Monday, May 30, 2011

Hero Bolasepak Kelantan, Belum Ada Pengganti Setanding Hashim

Sejak zaman Hussein Ahmad, Nik Mahmud Nik Daud, Datuk Ahmad Rastom Ahmad Maher hinggalah ke era kepimpinan Tan Sri Annuar Musa pada hari ini, bolasepak Kelantan telah melalui pelbagai revolusi dan hari ini, tanpa ragu Kelantan boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan pasukan yang layak dilabel kuasa bolasepak tanah air.

Wira silih berganti, mungkin ramai yang sudah lupa nama-nama seperti Dali Omar, Wan Zawawi Yusof, Mahadi Yusof, Wan Hassan Wan Ibrahim mahupun Nik Leh Nik Man, namun jutaan peminat bolasepak Kelantan, pastinya tidak lupa akan nama wira sepanjang zaman mereka, HASHIM MUSTAPHA.

foto kredit : kelate.net
Sebut sahaja nama lagenda bolasepak tanah air dan Kelantan ini, ia persis Diego Maradona di Argentina, Pele di Brazil, dan Roberto Baggio di Italy, begitulah popularnya pemain ini sepanjang lebih 20 tahun mencipta nama di persada bolasepak tanah air, dan antarabangsa hingga digelar antara pemain Melayu paling hebat pernah dilahirkan.

Siapa yang boleh lupa gol TANDUKAN TERBANGnya ketika membantu Malaysia menewaskan Thailand 2-0 di Sukan Sea Jakarta 1987, atau GOL TERPANTAS Liga Malaysia jaringannya selepas hanya 26 saat perlawanan bermula ketika seri 2-2 menentang Pahang pada 1988 (dilaporkan rekod itu diatasi selepas 21 tahun oleh Safee Sali pada 2009, 11 saat), atau DUA GOL SEPAKAN GUNTINGnya ketika Kelantan menewaskan Johor di suku akhir Piala FA 1993?

Itu baru mukadimah, dan berborak panjang dengan Hashim yang nyata cukup peramah, mudah mesra dan tidak cerewet apabila diajak berkongsi pengalamannya ketika bergelar pemain, makin banyak yang boleh dicerita tentang anak jati Kota Bharu ini.

foto kredit : kelate.net
Antara detik yang sukar dilupakannya, dilabel ‘JAGUH KAMPUNG’ oleh bekas jurulatih kebangsaan, Claude Le Roy, yang membimbing skuad Sukan Asia Hiroshima 1994, gara-gara tersingkir awal di peringkat kumpulan.

“oleh sebab saya penjaring terbanyak liga masa tu (30 gol), harapan terhadap saya memang tinggi, tapi saya pun dah cakap awal2 lagi, orang lain trening 2 tahun, saya trening sebulan, kena pula national team saya bukan 1st eleven, supersub, 94 tu saya dipanggil semula selepas 4 tahun tinggalkan skuad negara, memang sakit atilah..”.

Skuad negara ketika itu yang turut diperkuatkan antaranya Khairul Azman, Ong Kim Swee, K.Sanbagamaran, Azizol Abu Hanifah, Dollah Salleh, Azman Adnan dan Shahrin Majid, sekadar mencatat 1 kemenangan ke atas Hong Kong, seri menentang Thailand, dan tewas kepada Arab Saudi dan Uzbekistan, yang kemudiannya muncul juara di kejohanan itu.

foto : kelate.net
Mengimbau pembabitan Hashim selaku pemain bolasepak, anak keenam dari Sembilan beradik ini, mula aktif sejak zaman sekolah lagi, apabila mewakili Sekolah Rendah Ismail (2) dan Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI) di pelbagai peringkat umur, sebelum ‘bergraduat’ ke Kolej Sultan Ismail (SIC, medan utama lahirnya bakat-bakat baru bolasepak Kelantan  ketika itu).

Penampilan pertamanya selaku pemain Kelantan, adalah pada 1982 ketika mewakili skuad Piala Emas Raja-Raja menentang Melaka di suku akhir, dan sejak itu, Hashim mula mengorak langkah demi langkah dalam menempa nama dan mengukuhkan reputasinya selaku bintang bolasepak tanah air.

Meskipun memilih untuk memberi tumpuan terhadap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun berikutnya, Hashim kembali pada 1985 sebagai seorang pemain yang lebih matang, menjadi asset pasukan dan dipanggil menyertai skuad negara pada usia 20 tahun, ketika itu skuad negara di bawah bimbingan Datuk M.Chandran.

Lebih dikenali sebagai supersub, Hashim antara tonggak yang memainkan peranan penting dalam kejayaan skuad negara meraih pingat Perak Sukan Sea 1987, apabila menjaringkan gol di separuh akhir, bersama Dollah Salleh, sebelum tunduk kepada tuan rumah, Indonesia dalam aksi final.

Dua tahun berikutnya ketika Malaysia meraih emas di bumi sendiri, Hashim tiada dalam senarai pemain, apabila memilih untuk memberi keutamaan terhadap keluarga - melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang abang.

Memasuki era 90-an, nama Hashim semakin meletup di arena bolasepak tanah air, malah reputasi dan kehebatannya menenggelamkan barisan pemain import tersohor negara ketika itu antaranya Scott Olerenshaw, Abbas Saad dan Alistair Edward. 

Ingin tahu lebih lanjut tentang pencapaian hebat pemain ini, dan mengapa Hashim bersara walhal dia pernah bercita-cita menjadi seperti Paolo Maldini dan Teddy Sheringham (beraksi hingga usia 40 tahun), teruskan bersama Suara Sukan, part 2 akan menyusul.

8 comments:

egypt85 said...

agak sukar u mcari pemain seprti hashim....nath dimana silapnye..lamo betul nk tggu pemain sperti hashim muncul...ada y kata shahrul azwari..tp masa zamri ramli "menjadi"dia jg dikatakn mamapu jadi macm hashim tp skrg jarg d turunkn sluad liga super malah xlekat pon..tp xpe dia msih muda..harap 1 ari nnti akn lahir pmain trbaik sperti hashim..

Cesc Aiman said...

ramai merindui aksi Hshim..dia lagenda sukar dicari ganti..mungkinkah wan zaharulnizam? hehehe satu poin penting yg turut dikongsi hashim pemain skrg malas...

egypt85 said...

emmm..baru perasan..umur berape hashim bersara??kenape?nntikan part 2...ceh..macm aku plk pmilk blog..ehhe..sory cesc aiman..hehe....cepat ckit part 2 tu..

Anonymous said...

cepat bro.mno part 2 tu...kalu ado letok video gol2 comey legend kito 2 etek.

ibun_jogho said...

Zawawi Yusof pun ada? Mcm nama penceramah bebas tu. Hahaha..

Hashim ialah lagenda. Walaupun aku x pernah tgk Hashim bermain. Tp, kata org2 lama, Hashim, Halim Napi, & (bberapa org lg hero Kelantan)mmg melekat & disebut2 org.

Harap2 utk masa akan dtg Hashim dpt lesen kejurulatihan kelas A spya Hashim blh melatih skuad Kelantan secara "penuh".

Skrg ni jd pnolong Jurulatih, jd apa2 pun kena ikut kata ketua. Kalu dh jadi ketua jurulatih baru mantap.

Tokki said...

Salam Bro,
Bro lupa nak masukan gosip Hashim Mustapha dengan artis tanah air ketika dia tgh meletop dulu..

Cheni said...

Kasut Emas sinonim dgn Hashim..kalau dulu,pemenang kasut emas akan menerimanya masa Final Piala Malaysia. http://www.facebook.com/pages/Hashim-Mustapha/114725728543906

Anonymous said...

mto honda gbo abe hashim maso mulo main bola dulu ado lg ko..cesc aiman kna tnya abe hashim tu lgu mano ore dlu training.start dr umoh ko pade staro mano,buke supo bdk loni