Friday, May 20, 2011

Elavarasan Persoal Mutu Pengadilan, Tatkala Kelantan Kembali Ke Puncak


Melihat pasukannya tewas lagi, kekalahan ketujuh musim ini, kali ini 1-3 kepada Kelantan, masih boleh diterima pengendali Felda United, E.Elavarasan, namun yang membuatkannya tidak lagi mampu beralah adalah keputusan-keputusan ‘bodoh’ pengadil yang padanya boleh dipertikai dan dipersoal.

“You sebagai Press, you kena komen how was the referee, sebagai Press…better you kena komen, I tak boleh komen..”

“pengadilan QUESTIONABLE, u kena tulis questionable, kita tak nak cakap dia bagus atau tak bagus, questionable decision dalam game, itu yang menjadikan satu game yang interesting, bagus, jadi macam ... … apa pendapat you? Overall (game) ok lah,  sepatutnya kita dapat penalty, GOL tu, macam mana dia boleh suruh ambil semula? Once gol is an advantage gol, walaupun dia (Kelantan) punya striker, defend masuk dalam, DALAM PERATURAN PERMAINAN ianya gol, sebab tidak menganggu permainan, kecuali player kita (Felda) masuk dalam ianya foul, beza taw..yg 1 gol tu akan mengubah permainan, betul tak? Kenapa nak suruh ambil semula? Memang boleh dipersoalkan. Next one, ok kita down 2 gol, kita comeback 1-2, tapi kemudian 1 lagi penalty, sini pun ada handball, saya akui Kelantan pun ada situasi macam tu (penalty tak diberi, pengadilan kurang memuaskan), openly, dua-dua team main bagus, Kelantan ada banyak peluang, kita pun ada peluang kita , bezanya, kita miss dia miss, kita miss lagi, dia skor..team ni main bagus, cuma bezanya mereka tak pandai convert chances, itu yang merugikan, kadang2 keputusan pengadil menjadi tanda tanya, bukan 1 game, selalu, banyak game..”, tegas Elavarasan.

Mereka yang menyaksikan perlawanan, sama ada di Stadium Bolasepak Cheras, atau di kaca TV (Siaran Langsung Astro Arena) pastinya bersetuju dengan rintihan Elavarasan, bahawa betapa mutu pengadilan Liga Malaysia semakin hari semakin teruk, dengan terlalu banyak keputusan-keputusan kurang bijak dibuat, menampakkan seolah-olah pengadil Malaysia, tidak ada ilmu bolasepak.

Antara yang jelas dapat dilihat penulis sendiri yang berada di stadium, linesman (Mohd Ilham Mohd Tahir), atau penjaga garisan teragak-agak sama ada kedudukan pemain Felda offsaid atau tidak, tetapi dengan confident mengangkat bendera offsaid, apabila ada pemain menjerit offsaid ke arahnya (IKUT KATA PLAYER RUPANYA).

Insiden lain, 3 rayuan penalti (2 Kelantan, 1 Felda) yang memang sepatutnya penalti langsung tidak diendahkan, kononnya advantage atau clear tackle (TAKUT BUAT KEPUTUSAN, SEBAB AWAL-AWAL MINIT KEDUA DAH BAGI PENALTI, NANTI ORANG CAKAP REF GILA PENALTI). 

Ada satu ketika, pemain Felda dirempuh dari belakang, dan terbaring kesakitan, pengadil, Abu Bakar Mohd Noor, boleh suruh teruskan perlawanan, advantage kepada Kelantan, sebelum pemain Kelantan mengeluarkan bola atas semangat kesukanan (PEMAIN LEBIH TAHU SEMANGAT KESUKANAN & BILA NAK TAKE ADVANTAGE BERBANDING REFEREE).

Dan yang paling perlu ditekankan di Jabatan Pengadil, pastinya tentang apa itu offsaid, nampaknya linesman sekarang sudah tidak tahu apakah yang menyebabkan offsaid, janji player lari ke depan sahaja, terus angkat offsaid. Bola sudah melepasi dua pemain pertahanan Felda, dan dua pemain Kelantan (Norshahrul/Ramzul) datang daripada belakang boleh dikatakan offsaid? (NI TAK TAHU NAK CAKAP APA DAH).

Pastinya ramai yang merindui arwah Nazri Abdullah, Kapten Abdul Halim, serta Cikgu Subkhiddin Salleh (kini jarang mengadili perlawanan, lama tak nampak) yang layak ditabal antara pengadil terbaik pernah dilahirkan Malaysia.

Kembali ke topic Liga Super, kemenangan Kelantan bermakna mereka kini menerajui carta Liga Super, dengan kelebihan satu mata mengatasi Selangor, yang tewas kepada T-Team 1-2.

Manakala Terengganu yang menewaskan Harimau Muda juga 2-1, kekal di tangga ketiga, dengan beza 2 mata.

7 comments:

vicemecca said...

Saya fikir ni la realiti sebenar negara kita. Bapa borek anak rintik. Kita boleh tengok betapa teruknya profesionalism kita dalam semua bidang. Mutu pengadilan bola sepak sama je dengan mutu pilihanraya umum, panghakiman mahkamah, polis yang senag di rasuah, kakitangan kerajaan yang suka makan gaji buta, pentadbiran yang caca merba.. You just need to get over it....

Cesc Aiman said...

yes, i admit it..we just need to get over it..reality..

m_kamal5566 said...

bukan semua kakitangan kerajaan makan gaji buta. vicemecca x dapat kerja dengan kerajaan sebab tu cakap macam tu.... belajar kena rajin, guna fikiran dgn bijak.....

sephia said...

ref semalam agak jemm..kalo dtg stadium nampak la kekelam-kabutan ref nk angkat bendera offside..suma nak kasi offside!

Nik Zulkhairi said...

saya fan kelantan. tp saya rasa goal felda yg kedua (bola heading) tidak offsaid. saya rasa la..

King said...

Saya fan kelantan jgk..mmg gol Felda yg 2nd tu x offside..yg penalti awal2 tu pun x patut cancel..

Ore Mache said...

sebagai penyokong klate kawe meme sakit ati ref bui penalti awal2 ko felda, tp spatutnya gol tu x cancel, supo abe ela oyak la, kalu pemain klate masuk dlm kotok penalti, mana foul..tnya la ore cerdik pandai FAM foul ko dop...gol kedua felda pun CONFIRM x offsaid, yg ni pulok kawe sokong admin, linesman x tahu ape yg mnyebabkan offsaid..dio napok player lari, trus akat bui offsaid..hok klate pulok, x silap kawe bkn 2, tapi 3 rayuan penalti, kawe rasolah...meme betul ada handball kena tange subra ko farise x silap kawe...mmg betul ref pun manusia, ado 2 mato jah, tapi jnge la jadikan itu alase pah ceroh, cuba perbaiki..