Sunday, May 22, 2011

Harimau Rencatkan Larian Sang Kijang, Sang Penyu Gelak Sakan


Pendahulu liga, Kelantan gagal memanfaatkan kesempatan beraksi di hadapan lebih 5,000 penyokong ‘sendiri’, apabila hampir dikejutkan dengan kekalahan - dua kali bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat keputusan seri 2-2 menentang skuad bawah 21 tahun negara, Harimau Muda, di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Ketinggalan pada minit ke-15 menerusi jaringan lob cantik Izzaq Faris Ramlan, Kelantan menyamakan kedudukan menerusi tandukan S.Chanturu hasil sepakan sudut Badri Razi, namun gagal mencipta walau satupun gerakan atau peluang berbahaya selepas itu.

HANYA SATU percubaan menerusi hantaran Norsharul Idlan yang gagal ditolak masuk Ramzul Zahini Adnan di depan gol ketika penjaga gol sudah tertewas pada minit ke-67 menjadi milik Kelantan, tatkala Izzaq Faris menggandakan kelebihan Harimau, menolak masuk hantaran rakan sepasukan gara-gara kekalutan di depan pintu gol.

Apapun, Norsharul Idlan Talaha muncul penyelamat dengan gol minit ke-85, menerusi jaringan dari sudut sukar, hasil gerakan menarik diciptanya sendiri.

Keputusan seri Kelantan pastinya melegakan Selangor, yang turut tewas 1-2 kepada Pahang di Darul Makmur, namun pasukan yang paling gembira malam ini, pastinya Terengganu, yang kini berkongsi  kedudukan pendahulu dengan Kelantan, selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Negeri Sembilan.

Kedua-dua pasukan kini dipisahkan hanya menerusi kelebihan jaringan.

10 comments:

aNaS90 said...

PAHANG 2-1 SELANGOR

Cesc Aiman said...

tq bro =)

Anonymous said...

buke kow 3-2 kow?

kasimselamat said...

bukan semua perkara yang kita nak kita akan dapat..... kita hanya berusaha bersungguh-sungguh.... tq kepada pejuang TRW.

cikgu jimmy said...

Jangan leka pada perlawanan akan datang. Keputusan seri memadai, janji tidak ditinggalkan oleh pasukan Terengganu.

Cesc Aiman said...

3-2?? tiada tambahan jaringan di shah alam..90 minit 2-2, sepertimana diulas.

BaizWealth said...

cesc aiman...astro arena umum 3-2 semalam...berita nadi arena pon sama...3-2...hampeh tul derang nih

Cesc Aiman said...

saya rasa saya tahu kenapa kekeliruan ini berlaku. ini pandangan saya sebagai bekas wartawan yg pernah kerja ngn stesen tv..mungkin situasi sama hehehe..

astro mmg ada hantar wartawan ke lokasi, saya ada nampak, hamizan tak silap nama dia..cuma mungkin repoter dia tak sempat update result, atau maybe call tak dapat, atau masa call tgh interviu ker..so alternatif lain yg selalu digunapakai dlm situasi mcm ni, rujuk pada website yg papar keputusan bola malaysia, malangnya kat malaysia ni, FAM sendiri lambat update website diorang, dan rujukan utama adalah website bookie/judi..selalunya jarang double check sbb keputusan di bookie selalunya betul..so, saya rasa arena pun sama, tak dapat contact repoter, mereka update dari website bookie, sebab semua bookie cakap kelantan menang 3-2, malah kebanyakan blog pun tertipu terus update 3-2, (yer la website cakap 3-2, arena cakap 3-2) ...skrg dah jadi macam ni, hope pihak berkenaan lebih berhati-hati di masa akan datang..

cikgu jimmy said...

sepatutnya astro arena kena hantar wartawan bersama kamera seperti siaran langsung supaya liputan lebih jelas dan siaran tertunda dapat disiarkan. Kalau tak semua game pun, game2 yang dirasa sengit dan hebat pun ok la. Baru la peminat akan suka lagi. Lagi satu wujudkan satu channel kat astro tu...astro liga malaysia ke astro league ke apa saja la...astro penaja utama liga malaysia.

Ini hanya cadangan dari seorang peminat tegar liga malaysia.

Anonymous said...

kawe cayo demo aiman.