Friday, May 27, 2011

Dollah Tak Terkejut Kalah Di Terengganu, Harap Dapat Tambah Derita Kelantan


“Saya TAK PELIK kita kalah dgn Trganu, yg SAYA PELIK camne leh menang dgn Selangor, u tahu tak first eleven saya 7,8 pemain cedera, pemain reserve yg ada semua tak kena posisi, saya dgn assistant dah pening nak susun line up, LAWAN SELANGOR SAYA HARAP TAK KALAH 3 atau 4 gol, tp Selangor pulak bangang main macam tu, kita menang terkejut saya (tergelak besar). Lawan trganu saya MAIN STRATEGI SAMA, tapi terperangkap, tapi sebab dia nk kena menang 5 gol utk pintas Kelantan, kita pun kalah 5-0 mula lah bunyi macam2, padahal masalah team saya adalah takde player reserve yg UP TO THE STANDARD, diorang TAK SAMA LEVEL..” – Dollah Salleh.

Kata-kata Dollah menjelang aksi penting pasukannya, Pahang menentang pasukan tangga kedua liga, Kelantan malam esok, seolah-olah cuba mengatakan bahawa Kelantan memiliki kelebihan besar pada aksi keempat terakhir Liga Super  yang akan berlangsung di Kota Bharu.

Tanpa beberapa pemain utama seperti kata Dollah, antaranya DUA pemain berkongsi nama sama, R.Surendran (Harmstring), R.Surendran (Gastrik), Fazli Baharudin, Alafi Mahmud, Fazirul Zakaria dan Faizul Hussin, skuad Tok Gajah jelas tempang untuk bertandang ke Stadium Sultan Muhammad ke-4, gelanggang yang akhirnya dinoktahkan status KEBAL oleh T-Team, ekoran kekalahan pertama musim ini, Rabu lalu.

“Nak lawan Kelantan lagilah saya pening nak congak strategi, memang T-Team menang di KB, tapi dia lain, dia cukup player, player semua star, Pahang lain, malah Munir (Amran) pun cedera, tapi saya tetap turunkan dia sebab takde pilihan, nak buat macam mana?..”

Perlawanan esok, sama ada peminat setuju atau tidak akan menjadi penentu sama ada Kelantan mampu meneruskan cabaran mengejar kejuaraan liga, manakala bagi Pahang, ia adalah keputusan HIDUP MATI mereka dalam Liga Super, sama ada kekal, atau tersingkir buat pertama kali ke Liga Perdana.

“Tekanan memang kuat, setiap game kita memang ada tekanan, 3 game berturut-turut jumpa top 3, memang tertekan, TAPI DALAM SITUASI SEKARANG, KELANTAN PUN TERTEKAN, KITA BERGELUT DI ZON PENYINGKIRAN, SAYA MENGHARAPKAN SESUATU DARI PLAYER SAYA, MAGIC, KITA PERLUKAN MAGIC PERFOMANCE, KITA NAK TAMBAH DERITA KELANTAN, DAN KITA KENA KELUAR DARI KEDUDUKAN BAHAYA, DALAM BOLA IA TIDAK MUSTAHIL…”, jelasnya mengakhiri perbualan.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Pahang menang 2-0 di Kuantan, namun kali terakhir mereka bertemu di Kota Bharu, Kelantan menang 2-1. Apapun, rekod juga membuktikan Pahang pernah menang di Kota Bharu, pada 15 Februari 2003, 4-1 hasil jaringan Helton Soares, Azizul Kamaludin, Hairudin Omar, dan Juzaili Samion.

Kedudukan 5 Teratas Liga:

Terengganu
22
14
5
3
45
18
+27
47
Kelantan
22
13
5
4
45
20
+25
44
Selangor
22
13
3
6
31
22
+9
42
Perak
22
9
8
5
28
22
+6
35
Kedah
22
10
5
7
20
18
+2
35

Kedudukan 5 Terbawah Liga :
Felda Utd
22
6
7
9
22
29
-7
25
K.Lumpur
22
5
8
9
19
26
-7
23
Sabah
22
5
7
10
19
28
-7
22
Pahang
22
5
7
10
18
30
-12
22
Perlis
22
2
4
16
19
50
-31
10

7 comments:

egypt85 said...

peluang u kelate tu cz ramai pemain cedera..harap menenamg

egypt85 said...

ala....kalu pahang terjerumus u ke liga perdana..akan d tukar pulok format u liga super...xpelik pon..2 @3 ari lepas pun bunyi doh nk tukar..mgamok la pkns n sarawak...pelik2 fam ni.....pahang kan hebat..xpnh "jatuh" liga perdana..gila la pahnag ni..haha

aPihnaikZ said...

klu nk ikut mmg klate blh menang...xdo masalah,,tpi bola ni bulat...hope klate amik pngjaran time lwn tteam ari 2

Alexis Aiman said...

betul, stuju, skrg ni dah timbul tangan2 ghaib dlm fam, ligat nk tukar format pulok..
kelate jauh lebih kuat banding ngn pehe, tp masalahnya tak konsisten supo ganu, tgk lawe tteam n rimau sbgai contoh...perlu bangkit...

Anonymous said...

cesc aiman,sapo hok tgn2 ghaib 2?? adakah president fam?

Alexis Aiman said...

tokleh nk refer secara spesifik bro tnagan ghaib tu sape, tapi the fact is pahang pasukan 'diraja'..presiden n timbalan royal pehe, tp kito xleh oyak merekalah yg mahu mnyelamatkan pehe dari trsingkir...mcm kelate la, bila isu mmbabitkan kelate jah, kito kato ado slalu anasir2 nk jatuh hukume berat la, team lain x kena la..tp kito pun xtahu apakah tange ghaib itu ore selangor, sbb dlm 1 jwtnkuasa ada bnyak pulok cabang2 dio hahaha..

Anonymous said...

salam..kawe raso kalu pehe duk 2nd tercorot, x mustahil fam ake uboh format pasukan bertanding kpd 16 team...kalu 14 team, automatik pehe akn turun...mitok2 kelate mene dgn pehe sambil mengharapkn ganu keciciran mato...ambik balik moral tuk saingan liga n final FA nanti..