Tuesday, October 11, 2011

Telur Di Hujung Tanduk Buat Juara Bertahan


Gol tempat lawan jaringan kapten, Badri Razi memastikan impian DOUBLE Kelantan yang kini boleh diibaratkan seperti ‘Telur Di Hujung Tanduk’ terus bernyala, sekaligus bakal menyaksikan gelanggang keramat Kota Bharu menjadi penentu hidup mati cabaran The Red Warriors dalam saingan Piala Malaysia musim ini.  

Kelantan tampak pasti memerlukan KEAJAIBAN andai mahu mengesahkan tiket beraksi di separuh akhir buat musim ke-3 berturut-turut, seterusnya mempertahankan trofi Piala Malaysia yang dimenangi tahun lalu, apabila bukan sahaja tewas 1-3 kepada Terengganu, malah kehilangan khidmat 3 pemain utama akibat dilayangkan kad merah, dalam aksi penuh tegang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin dan Mat Aziz Ismail, kesemuanya menerima perintah keluar padang daripada pengadil, Ahmad Nafeez Wahab – pengadil sama yang mengadili perlawanan akhir Piala FA antara kedua-dua pasukan Jun lalu, tatkala dua pemain Terengganu, Ismail Faruqi Ashaari dan Zubir Azmi turut menerima nasib sama.

Ismail sebelum itu menjaringkan gol pertama Terengganu, sebelum disamakan Piya, manakala dua lagi gol Terengganu jaringan Manaf Mamat dan Marzuki Yusoff. Sama ada kad merah yang dilayangkan wajar atau tidak, tidak dapat dipastikan kerana penulis tidak menonton perlawanan tersebut, mungkin mereka yang menyaksikan perlawanan lebih tahu akan situasi sebenar. 

Di Shah Alam, dua gol kapten skuad kebangsaan, Safiq Rahim, yang digugurkan atas alasan  UNDERPERFORM oleh Uncle Raja, membantu Selangor mencatat kemenangan 3-1 ke atas Perak. Satu lagi gol dijaringkan Amirulhadi Zainal, tatkala Perak mengalami kekalahan pertama dalam saingan musim ini.

11 comments:

Anonymous said...

kawe tarik ko ayat demo wat ngelast tuju ko uncle raja pado komen hok atas haha..de lg nyo selit skt2 haha..pe2 ado 90 minit lg..

Unknown said...

di KB lagi panas rasanya!!apa2 final milik selangor!!

Anonymous said...

Kelantan bukan hilang 3 pemain tp 5 pemain....
Chanturu, Zairul Fitree, Shakir, Daudsu, Aziz Ismail x dpt main di KB sbb kad kuning & merah...

tugas berat menanti M Karathu...

Anonymous said...

chan dgn zairul@ropiii injured ....

Anonymous said...

Blog ni boleh dapat 10x like... Kalo bersifat neutral. Ini tak, banyak ckap pasal Kelantan, Msia, Selangor, Kelantan balik... baik tukar blog name SuaraSukan1Kelate je...

Artikel dah mantap... tapi nampak sangat pilih kasihnye.

Anonymous said...

ler jgn r maroh ke aimang.....dh die sorang duk wat nulih.....xmboh bace jgn mai sni..slaam drg trg.....

pemerhati said...

ape ntah yang pilih kasihnye..aku tgk banyak jer brita selangor, dan pasukan2 lain..stakat baca 1,2 artikel terus nak cop pilih kasih..

Anonymous said...

Jgn slah pham...
Nk bgi pndangan je...
Yela kalo asik tumpu SEL KEL je... tv pun sebut bende same... Cuba kalo kreatif skit. Tulih psal player yg berpotensi mcm Failee tu ke, prestasi team lain ke, interbiu skit ke... bru mnarik.

artikel ni pun nmpak mcm ambik side klntan. pujile skit tganu tu, ref truk pun dia mmang main bagus.

diulangi, pandangan saje...

Anonymous said...

analisis skuad kebangsaan :
http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/usah-panggil-pemain-ke-kem-kebangsaan.html

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/10/5-0-sentuh-bola-sekadar-untuk-buat.html

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/tanpa-apek-kita-malu-besar-rajagobal.html

pasal KL : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/09/kami-boleh-main-kalau-gaji-bayar-no.html

pasal felda : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/09/felda-utd-6-mata-adalah-satu-kejayaan.html

pasal negri sembilan : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/09/seperti-biasa-negeri-sembilan-pakar.html

pasal selangor : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/09/selangor-tiada-x-factor-misi-33-tiada.html

interviu org lama : http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/09/jangan-samakan-safee-dengan-supermokh.html

isu / kontroversi sukan :
http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/08/msn-bayar-gaji-harun-kuartet-4x100.html

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/08/msn-tidak-pernah-lantik-harun-tapi-ada.html

pghrgaan kpd pemain/bekas atlet :
http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/08/goodluck-chow-chee-weng.html

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/10/tahniah-dato-noorul-ariffin.html

interviu player :
http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/05/pengesahan-norfarhan-akui-rindui.html

selebihnya anda boleh baca sendiri, ada dekat 300 artikel, segala ape yang disebut pernah ditulis, pasal player, jurulatih, bekas pemain, tokoh sukan, pandangan, analisis, bukan sahaj bol, tetapi juga sukan lain..luangkan masa membaca bukan hanya 1,2 artikel. cuba juga anda buat analisis adakah segala berita pasal kelantan & selangor itu berita positif semata-mata? ada juga berita menghentam, yang mana tidak dipapar di mana2 media. ada pro & cons. bukan tak pernah tulis..cuma kekangan masa n kesibukan kerja menyebabkan susah luangkan masa utk buat story2 macam tu sejak akhir2 ini. terima kasih atas pandangan. pandangan sememangnya dialu-alukan utk penambahbaikan di masa akan datang

-admin-

Anonymous said...

ni lagi satu :

http://suarasukan1mas.blogspot.com/2011/07/terengganu-lonjakkan-nama-saya-terima.html

baca dulu, ni berita ttg potensi abd hadi..dia bukan kelantan mahupun slangor, tp tganu..

Anonymous said...

mmg x dnafikan blog ni ad gak cte psl len selain dr klate...tp klo psl bola walaupun wat cte selain dr klate,ayat dlm blog ni smcam mnyindir je team2 len...mcm sel,trg ke..tp klo team klate memuji smpai x ingt langit...patot tuka name jd suara sukan klate..he