Friday, October 14, 2011

‘PEMUSNAH HARAPAN’ Pilihan Irfan


Andai Kelantan merasakan barisan tengah Terengganu akan pincang tanpa kelibat pemain perancang berpengaruh, Ismail Faruqi Ashaari, ia nyata perkiraan kurang tepat kerana Irfan Bakti bersedia memberi kepercayaan kepada PEMUSNAH HARAPAN Piala FA The Red Warriors, Ahmad Nordin Alias, bagi mengisi kekosongan ditinggalkan Ismail.

Penyokong Kelantan pastinya masih ingat akan rembatan kencang minit ke-110 pemain tengah itu yang menewaskan Khairul Fahmi Che Mat di gawang Kelantan, seterusnya menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir Piala FA Jun lalu – sekaligus menghancurkan impian dan harapan peminat setia TRW melihat pasukan kesayangan mereka merangkul Piala FA buat pertama kali. 

“memang ketiadaan Ismail satu kerugian besar, dia perancang kita, tapi saya tidak perlu panic, kami ada ramai pengganti berwibawa, kita ada Nordin (Alias), serta Zarif (Husna). semuanya pemain berkualiti, saya melihat Nordin penganti terbaik, dan dia seharusnya tidak bermasalah untuk beraksi dalam kesebelasan, tapi siapapun diturunkan saya yakin mereka boleh galas tanggungjawab dengan baik..”. – Irfan Bakti ketika dihubungi penulis dua hari lalu.  

Terengganu bertandang ke Kota Bharu, dengan membawa bekalan selesa 2 gol hasil kemenangan 3-1 pada perlawanan pertama, yang dicemari insiden layangan 5 kad merah kepada pemain kedua-dua pasukan – Shakir Shaari, Daudsu Jamaludin, Mat Aziz Ismail (Kelantan), dan Ismail Faruqi, Zubir Azmi (Terengganu).

Ironinya, kedua-dua pasukan mempunyai sejarah pertembungan menarik musim ini, apabila Kelantan mengecewakan Terengganu untuk merangkul trofi juara Liga Super, manakala Terengganu sepertimana disebut tadi, menjuarai Piala FA menewaskan Kelantan menerusi jaringan masa tambahan Nordin, justeru kedua-dua pasukan kini berada dalam misi merangkul DOUBLE. 

Dengan Kelantan hampir pasti turun ditemani sorakan padu hampir 25 ribu penyokong di gelanggang sendiri, dengan MINDSET menyerang habis-habisan sebaik wisel sepak mula ditiup,  Irfan sedar betapa sebarang taktikal negatif oleh pasukannya hanya akan memakan diri, justeru mahu pemainnya melakukan ATTACK untuk mencari gol awal dan melebarkan jurang jaringan.

Peminat juga pastinya mahu melihat sejauh mana keberkesanan trio penggempur terbaik Liga Malaysia – Ashaari Shamsudin, Manaf Mamat, dan Abdul Hadi Yahya - apakah sengat mereka masih berbisa apabila berdepan antara pertahanan paling ampuh Liga Malaysia - S.Subramaniam, Rizal Fahmi Rosid, dan Farisham Ismail, ditunjangi kapten skuad Olimpik, Khairul Fahmi di gawang gol.  

Melihat kepada aksi tegang perlawanan pertama, timbul juga kebimbangan, apakah akan berlaku insiden tidak diingini di Kota Bharu, apatah lagi pertembungan jiran setempat yang juga musuh tradisi ini jarang sepi daripada kontroversi. Diharap kedua-dua pasukan dapat mempamer permainan yang menghiburkan dengan semangat kesukanan yang tinggi, manakala pengadil yang ditugaskan pula dapat mengawal keadaan dengan tenang, tidak terlalu beremosi, dan melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan. 

Sekali lagi, Terengganu atau Kelantan, MAY THE BEST TEAM WIN.

12 comments:

Anonymous said...

come on ganu...
u r d best team..
u will win..

nik said...

maen angin post admin. koho knalim kawe

Anonymous said...

cakak banyok..tau doh mung biah ke sek barakk..baser jahak

Anonymous said...

trg akan beraksi tanpa penyerang rajin manaf mamat...ayah meninggal

Anonymous said...

sek tganung nakut pahit.. hero kg..

Dunia Baru said...

pertembungan jiran setempat yang juga musuh tradisi ini jarang sepi daripada kontroversi. - pemilihan ayat yg terbaik...ekekeke....

trg akan beraksi tanpa penyerang rajin manaf mamat...ayah meninggal --> betul ko ni boh....Al-Fatihah..

Dayak Ganu said...

Jual tiket pon tipu hehehe.. kalu mene dgn kelate pon jupa sngor hanyutttttttt ke laut cina selatan

Anonymous said...

Ramalan : Dua-dua tak dapat double

Sebab? Dua-dua dah pancit sebab 2 kali high pace game. Dlm masa 4 hari nak perform lagi? Dgn pasukan kuat pulak tu.

Anonymous said...

Def Kelantan dijamin takkan own-goal. xde Daudsu.

Pena Biru said...

payah Kelantan nak menang...
aku ramal Kelantan 0-3 Terengganu (1-6 aggregat)...
Manaf skor hatrik malam nie nak beri hadiah kpd arwah ayah dia yg baru meninggal semalam...
mungkin semangat Manaf Mamat pelik semacam tahun nie berpunca daripada ayah dia yg sedang sakit....
jadi malam nie adalah malam Manaf Mamat menganas di KB...

anah00 said...

hebak apex loni..2 game lawe ganu 5 buitr lps..mana fan kipas susa mati apek..teruskan menyokong ya..wakaka

Anonymous said...

yeah!!!
ganu nelang boh...