Saturday, June 11, 2011

Tribute To Final : Piya The Superb Inspirational Captain, Tugas Sukar Buat Reeshafiq


 Badhri Razi VS Reeshafiq Alwi


Tahukah anda, nama kapten Kelantan, Badri Razi adalah nama pertama dipetik ketika khabar angin tersebar meluas mengatakan Kelantan ‘jual’ perlawanan akhir Piala FA kepada Terengganu, dek kerana pengaruh besarnya di dalam skuad The Red Warriors.

Itu semua hanyalah khabar angin, cakap-cakap kosong sekadar rencah menhangatkan saingan final tahun ini, atau mungkin juga permainan psikologi untuk menyentap moral di kem Kelantan, atau lebih tepat MEMINIMAKAN sokongan peminat Kelantan di stadium, yang mana sehingga kini dikhabarkan sudah mencecah angka 55,000.

Sebut sahaja nama Badri Razi atau PIYA, pastinya disambut dengan sorakan dan tepukan gemuruh membuktikan betapa berpengaruh, besarnya reputasi kapten Kelantan ini.
 
Dia bukanlah seorang yang memiliki skill tersendiri seperti Norshahrul Idlan atau kental seperti Shakir Shaari, namun PERINGATAN BUAT TERENGGANU, jangan sekalipun terlepas pandang akan pergerakannya – anda tidak akan tahu di mana Piya akan berada, pantang diberi ruang, maka PADAH menimpa lawan.

Piya boleh dikatakan contoh kapten berinspirasi tinggi, komited, dan wajar dijadikan role model dalam pasukan. Lihat saja bagaimana dia bangkit memadam segala kritikan tentang kejatuhan prestasinya apabila muncul pemain pertama menjaringkan hattrik musim ini, ketika menewaskan Perlis 5-1. 

Padah juga menanti barisan pertahanan Terengganu, andai melepaskan sepakan percuma di posisi kegemaran Piya – di luar kotak penalti.

Piya juga penjaring kedua terbanyak Kelantan musim ini, dengan 13 gol (Liga+FA) dan 10 gol jaringannya dalam saingan Liga Super meletakkan namanya selaku satu-satunya pemain tengah di kelompok 10 teratas carta penjaring Liga Super, 9 yang lain diisi pemain di posisi penyerang.

Mengawal pergerakan Piya sebenarnya tidak mudah, namun tidak juga sukar. Dia ligat, lihat sahaja bagaimana pertahanan Selangor, dan Negeri Sembilan diporak-perandakannya dalam aksi separuh akhir dan akhir final Piala Malaysia tahun lalu dan itulah yang menjadi cabaran hebat buat defensive midfielder Terengganu, Reeshafiq Alwi.

Reeshafiq, pemain VERSATILE, boleh beraksi di 3 posisi tengah (attacking mid, mid, dan def mid) namun mengambil kira ancaman dihadirkan Piya, Irfan mungkin memilih pemain ini untuk menyekat pergerakan atau menghalang bola daripada sampai kepadanya. (taktikal, strategi sebenar bergantung kepada jurulatih).

Dari aspek defensive, Reeshafiq, bekas pemain Kuala Lumpur dan KL Plus – dikatakan mampu HOLD dan mengawal bola dengan bijak, malah jika dia ON FORM, jangan harap bola boleh melepasi kawalan pemain ini. Dia juga dikatakan bijak mencari ruang untuk melakukan hantaran kepada rakan, dan dari aspek attacking, pemain ini mempunyai kekuatan sepakan jarak jauh.

Apakah Reeshafiq mampu merantai, mengunci pergerakan Piya seterusnya memastikan barisan depan Kelantan ‘mati kutu’ malam ini, atau Piya bakal mengemudi Pahlawan Merah mencipta satu lagi sejarah gemilang bolasepak Kelantan, kita tunggu dan lihat.

1 comment:

Anonymous said...

hok kawe hairan nyo aiman... Di page ganu fc dok sohor puok dio ramai pada puok kito... Haha