Thursday, June 2, 2011

Malang Bertimpa Buat Kelantan, Terengganu Sedia Eksploit Kepincangan Sang Kijang


Ketika dikhabarkan penyerang berbisa Terengganu, Ashaari Shamsuddin bakal terlepas aksi POTENTIAL TITLE DECIDER menentang Kelantan pada 6 Jun gara-gara penggantungan perlawanan, sebilangan besar penyokong Kelantan sudahpun menarik nafas lega, menyangkakan ia satu kelebihan buat The Red Warriors, tidak perlu berdepan kelincahan pemain kebangsaan itu.

Mereka mungkin lupa betapa Terengganu mempunyai dua lagi penyerang yang boleh ‘membunuh’ tatkala dihidangkan peluang, Abdul Manaf Mamat dan Abdul Hadi Yahya, dua penjaring terbanyak Terengganu, yang bergabung menjaringkan 26 gol sesama mereka daripada jumlah keseluruhan 45 gol dalam saingan liga.


Gandingan yang boleh dilabel paling ‘panas’ dalam saingan liga itu - Hadi dengan 15 gol, dan Manaf (11) kini di kemuncak prestasi mereka dan ketiadaan Ashaari pastinya dapat ditutup dengan baik, malah diyakini tidak begitu dirasai dengan adanya Hadi dan Manaf, ditambah pula kelincahan Joseph Kalang Tie yang pastinya menghadirkan ancaman besar buat pertahanan Kelantan.

Tatkala Terengganu tetap berkelebihan tanpa kelibat Ashaari, Kelantan pula terus ditimpa malang.

Selepas penjaga gol utama, Khairul Fahmi Che Mat (Olimpik) dan pemain favourite di posisi bek kiri, Zairul Fitri Ishak (pengantungan) sah tidak dapat beraksi, nasib dua pemain pertahanan tengah, S.Subramaniam dan Farisham Ismail pula masih tidak menentu, gara-gara mengalami kecederaan.

Farisham, Zairul & Subra
Ia pastinya perkembangan kurang baik di kem Kelantan apatah lagi mereka kini berdepan krisis pertahanan meruncing, hanya mempunyai Daudsu Jamaludin (bek kanan) dan Rizal Fahmi Rosid sebagai pilihan tatkala Abdul Aziz Ismail pastinya mengambil alih posisi Zairul Fitri.

Subra ketika dihubungi berkata peluangnya untuk beraksi pada 6 Jun, masih 50-50, kerana mengalami Abducter Sprain dan berharap boleh pulih secepat mungkin seterusnya beraksi dalam kedua-dua perlawanan menentang skuad Penyu, lebih-lebih lagi kesakitannya sudah mula berkurangan.

Manakala Farisham pula, digugurkan dari skuad 22 pemain Rajagobal, juga kerana kecederaan namun sejauh mana tahap kecederaan Farisham tidak dapat dipastikan, namun dikhabarkan hanyalah kecederaan kecil.

Jika Datuk M.Karathu berani mengambil risiko, maka kesebelasan Kelantan (sekiranya Subra dan Farisham gagal pulih tepat pada masanya) mungkin juga menyaksikan kembalinya pertahanan berpengalaman, juga bekas pertahanan kebangsaan dan Terengganu, Wan Rohaimi Wan Ismail, namun dalam tempoh 4 hari akan datang, Subra dan Farisham berpotensi untuk kembali cergas.

Apapun, perit bagi Abdul Aziz, kerana di posisi bek kiri, dia berkemungkinan besar berdepan ancaman ‘Theo Walcott’ Terengganu, Joseph Kallang yang sukar dibaca gerak permainannya dan mampukah pemain muda ini menggalas tanggungjawab berat di bahunya? Di sinilah perlunya kekuatan mental, dan keyakinan diri yang tinggi, bak kata lagenda Kelantan, Hashim Mustapha.

6 comments:

egypt85 said...

mengharapkan farisham n subra sembuh secepat mgkin...mat aziz sebelum ni telah ganti zairul fitri,main 90minit..ape pendapt aiman mgenai permaina mat aziz?dan saya mgharapkan rizal fahmi dlm keadaan perform,cz ada sedikit penurunan aksinye...

Tokki said...

Masa kawe tahu yang Ashaari tk leh main, kawe tk tarik nafas lega pun sb kawe tau selain dr pemain tu, Tganu masih ada ramai lagi pemain yang berbisa yg boleh merobek pertahanan Kelate.

Cuma yg menjadi kerisauan seperti yg bro aiman kata laa...adakah pertahahan kita yg sedia ada..mampu melakukan sesuatu untuk menghalang asakan dr TRG.

Nik Zulkhairi said...

bro, joseph kallang bukan main winger macam theo walcott. dia lebih kpd attacking mdifieder macam iniesta.

Cesc Aiman said...

mat aziz mungkin takda masalah kalu kita tgk pada feedback mereka2 yg pernah tgk dia main..rohaimi pun should have no problem kalau ambik kira pengalaman dia, cuma prestasi pada malam tersebut, 1 kesilapan akan bawa padah...ramai leftback ternama pernah melakukan kesilpan pada saat getir, contoh paling diingati, GAEL CLICHY (arsenal) ketika lawan Tottenhan, seri 4-4, dia cuba pegang bola lama sangat, dipintas Lennon and gol utk Spurs...yg penting, elakkan kesilapan mudah!!

NZ : tq bro sebab perbetulkan, actually masa saya tgk skali tu dia main wing, tu yg ingatkan dia main winger hehe...slalu2 lah berkongsi idea k!!

Anonymous said...

kunci utama tganu ialah ketajaman hadi yahya,manaf n ashaari dlm mlakukan pyudah..kita d kem klate masih lg tkial2 utk mcri sbtir gol wlaupun wat trun striker utama.hak tu mjdi krisauan..

Lah Rabbani said...

bukan ke mat aziz dh 30+..apsal tulis 'pemain muda'??