Monday, June 6, 2011

Misi Double, Tapi Kelantan Mungkin Korban Trofi Liga Super?


Jurulatih Kelantan, Datuk M.Karathu tampak tersepit ketika ini dalam membuat keputusan sama ada menurunkan kesebelasan TERBAIK malam ini menentang Terengganu dalam saingan Liga Super, atau memilih untuk menurunkan barisan LEBIH BAIK menentang lawan sama pada aksi final Piala FA, 11 Jun depan.

Jika beliau memilih untuk menurunkan yang TERBAIK, maka kelibat beberapa pemain yang sebelum ini diwar-warkan tidak dapat beraksi seperti Farisham Ismail dan S.Subramaniam mungkin dapat disaksikan di Kuala Terengganu, namun aksi mereka mungkin juga di tahap minima, dan bukannya komited 100%, kerana baru pulih dari kecederaan dan perlu rehat yang secukupnya.

Karathu, pilihan pemain kecil
Manakala jika Karathu memilih menurunkan barisan LEBIH BAIK, bermakna perlawanan malam ini bakal menyaksikan Kelantan tanpa pemain tonggak – sudahlah kehilangan Khairul Fahmi dan Zairul Fitri, kelibat Subra, Farisham dan Khalid Jamlus (semuanya cedera) pula pastinya mahu disimpan untuk aksi final bersejarah, agar kesemua mereka AVAILABLE dalam keadaan cergas sepenuhnya.

Malah, kenyataan dipetik daripada Laman FB Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa menyebut, “besar kemungkinan kita terpaksa beri KEUTAMAAN kepada final FA cup, justeru tanpa Apek dan Ropi, mungkin coach merehatkan Khalid, Subra dan Farisham, BERMAKNA KITA TRUN DENGAN SEPARUH KEKUATAN TETAPI TAKTIKAL BERBEZA YG MAMPU MEMERANJATKAN TERENGGANU, BERDOALAH AGAR TRW TETAP MENEWASKAN TERENGGANU..”.

Kenyataan TSAM pastinya sekadar cetusan perang psikologi, namun jika benar Karathu mengambil keputusan merehatkan pemain utama, Kelantan sebenarnya tidaklah ketandusan pemain berpotensi, Wan Rohaimi Wan Ismail adalah bekas pemain kebangsaan yang berpengalaman luas, manakala kelebihan Rizal Fahmi Rosid juga diketahui ramai, malah dia juga dikenali sebagai KERETA KEBAL di kalangan penyokong Kelantan.

Di bahagian serangan, selain Norshahrul Idlan dan Ramzul Zahini, Kelantan turut mempunyai supersub Nizad Ayub, justeru ketiadaan Khalid bukanlah satu masalah besar. 

Justeru cakap-cakap bahawa Kelantan mungkin mengorbankan salah satu buruan kejuaraan hanyalah KHABAR ANGIN, dan pastinya kita berharap saingan sengit ini berterusan hingga perlawanan terakhir musim ini, dan LET’S HOPE THE BEST TEAM WIN.

9 comments:

Nik Zulkhairi said...

taktik nak fokus salah satu kejuaraan itu tak patut. sepatutnya kena gomo dua-dua, takut yg dikejar tak dapat, yg dikendong keciciran.

Cesc Aiman said...

betul, kawe stuju...belum tentu kalu foku FA, bulih dapat, last2 sia2 sahaja segala usaha...

Tokki said...

kawe pun stuju gak hok demo oyat tu ...kena gomo dua2...kalau salah so tk leh...boleh so lagi...

Presiden TSAM bakali napok doh tekane keatas TRW utk game male ni..sb tu dia oyat pete lagi..nok folus pd final FA..

Anonymous said...

hahaha..

Kawe setuju dgn Zulkhairi..

-ZP

egypt85 said...

sajo tsam jah tu dok beraso...dok pere belako lg loni..irfan bakti kato matyo buke pndai sgt pon ngolek..keh2...kito jadi underdog loni...tu hok molek ckit..kurngkan tekanan..tingkatkn prestasi..

Anonymous said...

cesc aiman,jolo kow tsam pakat doh nga tgnu nk bgi piala? kito amek liga super tganu amek fa cup.jolo ko kaba angin ni?

Cesc Aiman said...

tu hanya kabar angin bro. takdok unsur lagu tu, setakat ni semua bersih meme takdok kato kito nok bui fa, ambik liga atau sebaliknya....usah percaya, in TRW we trust!!

ibun_jogho said...
This comment has been removed by the author.
ibun_jogho said...

Kelantan slalu ambil jln slmt dlm stiap kata2. Di kem Ganu, mrk sring ckp besar. Baru2 ini Irfan kata Ganu ada potensi utk dpt trofi liga & Fa. Kmudian yg tbaru cuba mmperlekehkan skill Matyo. Dgn kawalan ketat Matyo sukar utk lepasi benteng Ganu. Itu kata pihak lawan.

Sebaliknya, Kelate x prnah memperkecilkan lawan. Apa yg dtekankan stiasa bhati2 dgn stiap lwn, lawaupun lwn itu berada di tangga tercorot.

Lbh baik diam drp berkata2. Kalau ckap besar, lps tu menang, xpe. Tp kalu ckap besar lps tu KALAH, gapo demo ghasa..

Psikologi psikologi psikologi. Psikologi utk hilangkan gemuruh. Psikologi utk lemahnkan lawan.

Ada kita takut dgn psikologi mereka?
******************
1 Februari lalu aku sempat menonton Kelate vs Ganu di SSM VI.. Waktu itu kputusan seri 1-1.

MAAF, aku skadar nk berkongsi cerita yg x seberapa. Ini yg aku nampak. Tgk link ni; http://ramboview.blogspot.com/2011/02/cerita-bola-kelantan-tewas.html