Tuesday, June 28, 2011

Apek Tersisih, Duo Kelantan Sedia Balas Kepercayaan


Penjaga gol utama negara, Khairul Fahmi Che Mat HAMPIR PASTI tidak beraksi pada perlawanan Pusingan Pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan, malam esok.

Khairul Fahmi, atau lebih glamer dengan panggilan Apek, dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan bahu yang dialami ketika beraksi bersama Skuad Olimpik, dan dilihat sekadar menjalani latihan ringan di tepi padang, ditemani jurulatih penjaga gol, Faozi Mukhlas.

Apapun, Datuk K.Rajagobal seharusnya tidak pening kepala mencari pengganti, apatah lagi mempunyai dua pengganti berwibawa iaitu penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli dan Nasril Nordin (Perak).

“saya tak boleh kata dia tersisih terus. Kita kena sentiasa alert, bahu dia masih sakit, kalau kita push itu akan efek performance dia, kita masih ada masa sehingga esok, kita akan pantau keadaan time to time, jangan risau kita masih ada Sharbinee, dan Nasril dan saya yakin siapapun main mereka adalah yang terbaik, takkan kecewakan kita..”. – Datuk K.Rajagobal.

Shakir & Farisham ketika sesi latihan
Sementara itu, CENTREBACK, Farisham Ismail dan tonggak tengah kental The Red Warriors, Shakir Shaari bersedia membalas kepercayaan Rajagobal, andai diturunkan untuk beraksi malam esok.

Farisham dan Shakir, pastinya diakui antara tunjang kekuatan Kelantan dalam saingan Liga Malaysia musim ini, dan berada di dalam skuad kebangsaan, pastinya satu pengalaman berbeza buat mereka berdua, NAMUN matlamat mereka hanya satu – LAKUKAN YANG TERBAIK DEMI MARUAH HARIMAU MALAYA, sama ada beraksi di dalam kesebelasan utama, mahupun sebagai pemain gantian.

Bagi Farisham, peluang untuk diturunkan di STARTING LINE UP agak tipis, andai melihat kepada prestasi semasa Muslim Ahmad dan Fadhli Shas, selain adanya Aidil Zafuan yang baru pulih daripada kecederaan.  

“Terpulang pada coach nak start dengan sape, kalau dapat peluang, saya buat terbaik. Yang penting concentrate, dan fokus harap menang. Sebenarnya dengan adanya pemain berpengalaman membuatkan persaingan merebut tempat lagi sihat, dan membantu diri kita sendiri untuk menjadi lebih baik. Memang mula-mula dulu kekok, persefahaman tak berapa ok, tp sekarang da lama bersama, kita pun dah macam family dah. Insyaallah kalau semua bagi komitmen penuh dan kita main rentak kita, boleh menang takda masalah”. – Farisham Ismail. 

Manakala Shakir pula, seperti dilaporkan sebelum ini (baca sini), perlu bersaing dengan 3 lagi pemain – Safiq Rahim, Amar Rohidan dan G.Gurusamy untuk mengisi satu daripada dua slot di posisi tengah.

Meskipun merupakan satu-satunya pemain baru di antara 22 pemain lain, Shakir dilihat pantas menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan, dan menyuarakan keyakinan Malaysia akan menang jika beraksi tanpa tekanan.

- Dua lagi entry menyusul selepas ini -

9 comments:

ibun_jogho said...

o o o oooo.. Sayang skli kalau Apex x dpt main. Tp bg kawe Nasril Nordin lbh layak utk ganti Apex.

Farisham blh buat yg tbaik. Muslim tu rasanya x la bagus sgt; kdg2 nmpak gelabah. Masa lwn Lubnan (klyakan Olimpik) ari tu defend ada sdikit kalut dpn gol. & hasilny Apex bolos jg. Aidil blh bgandingan dgn Farisham.

Amar& Shafiq pilihan K.Raja.. Tp kalau ikut prestasi smasa (MSL) kawe berani mngatakan Shakir lbh layak.

Matyo dilaporkan blm pulih 100%; kalau diturunkan bmbang kecederaan mungkin blanjutan. Tp kalau xde Matyo, jentera serangan kurang kreatif & efektif. Walaupun kita ada Safie Sali sbg pnyerang, ia blm tentu mnjanjikan ssuatu. AFF thn lalu Safie bjaya mnjaringkan gol hasil hantaran cantik Matyo & rakan2 yg lain. Apa2pun, diharapkan Safie Sali mnjadi PEMUSNAH pasukan lawan. Statusnya sbg pmain import (Pelita Jaya) mesti diterjemahkan dgn psembahan yg mnarik.

Harapan mnggunung diletakan kpd Safie Sali utk mmbawa bekal selesa ke Taiwan nanti.

Utk smua player, tunjukan kpd kami, peminat dan pnyokong Malaysia, bhw anda smua adalah harapan kami.

kasimselamat said...

gandingan safee sali dan mat yo amat di tagih.... kekuatan mereka berdua akan membakar semangat pemain2 sepasukan.... harap team malaysia membuat satu persembahan yang menakjubkan malam esok...

Nik Zulkhairi said...

harap apek boleh ambil balik tempat dia dlm 1st eleven. jgn jadi mcm farizal marlias masa sea game tempoh hari, dia injured, sharbinee perform baik punya, terus dia xleh ambik balik posisi utama. dan memang sukar utk farisham masuk 1st eleven, muslim & fadli tgh superb skrg.

Akif Mazlan said...

xpo apek, 3hb lawe di taiwan, mg mesti main!

Anonymous said...

Kawe nak g stadium tgok Msia main..
Sambil2 bleh tgok apek, mat yo, shakir dll..

Xceria rsa puok2 tu xmain..huhu..

-ZP

Cesc Aiman said...

ZP, jangan lupa tuntut tiket demo esok ok..

Anonymous said...

Kawe gi stdium lps blik krja, mybe sblm kul 8 sampai.. Game start 8.45 kn..?

Kawe smpai stdium call demo ke lgu mna..?

-ZP

Amremyz said...

safee dgn hadi karekter lebih kurang sama...perlukan matyo jugak utk feed bola..striker yg lain selain matyo cara main lebih kurang je..

Dunia Baru said...

matyo tetap terbaekkk..