Tuesday, June 14, 2011

Kelantan Hampiri Mahkota Liga Super, Selangor, Terengganu Belum Mahu Mengalah


Gol tunggal jaringan penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-53, memastikan naib juara Piala FA, Kelantan menundukkan Perak 1-0, seterusnya semakin menghampiri gelaran juara Liga Super musim ini.

Norshahrul menjaringkan gol ke-17 peribadi dalam saingan liga, menerusi sentuhan penyudah cantik yang membias pertahanan perak, Khairi Zainuddin, sekaligus menyaksikan kelebihan 2 mata ke atas pencabar terdekat, Selangor, dibawa hingga ke aksi terakhir liga.

Selangor pula, belum mahu menyerah kalah dalam usaha mempertahankan kejuaraan, apabila menewaskan Felda Utd 2-1 di Shah Alam, terima kasih kepada gol jaringan cantik P.Gunalan, dan gol penalti Safiq Rahim.

Juara Piala FA, Terengganu turut menghidupkan peluang meraih double musim ini, apabila bangkit daripada ketinggalan menewaskan pasukan adik, T-Team, 3-2 di Kuala Terengganu.

Dengan keputusan yang memihak kepada 3 pasukan teratas ini, tiada perubahan dapat disaksikan pada perbezaan mata, dan debaran siapa yang akan bergelar juara liga hanya akan terjawab pada perlawanan terakhir, pada 14 Julai depan.

Keputusan lain : Kedah 1-1 N.Sembilan, Perlis 0-1 Sabah, Johor FC 2-1 Pahang

5 comments:

Anonymous said...

salam...rasanya game terakhir 6 julai..bukan 14

Cesc Aiman said...

terima kasih for the info =) al maklumla jadual FAM mana pernah tak berubah. 5 kali berubah dari jadual asal yg dikeluarkan. mula2 2 Julai, then 5 Julai, kemudian arena cakap 14 Julai, now 6 Julai? ... k i check dan betulkan, tq for the info.

mimi8412_ara said...

thniah utk TRW..kekalkan mmentum utk mnntang Sabah...dn sterusnya mmnangi gelaran juara liga super buat kali pertama...

Anonymous said...

dear KAFA,,

boleh sediakan tiket flight kepada fans yang terpilih?KAfA support separuh pun jadi la..

maafkan sy kepada punya blog..sy kemukakan permohonan di ruangan ini..

Cesc Aiman said...

takpe, akan cuba kami forwardkan kepada yg berkenaan.. ;)