Wednesday, June 15, 2011

Kelantan Hanya Perlu Seri 0-0, Kecuali …

Tatkala persaingan tiga penjuru untuk menjuarai trofi Liga Super antara Kelantan, Selangor, dan Terengganu berterusan hingga ke 90 minit terakhir musim ini selepas ketiga-tiganya mencatatkan kemenangan malam tadi, kelebihan masih lagi milik Kelantan apabila mereka hanya memerlukan keputusan seri menentang Sabah pada perlawanan terakhir untuk mengesahkan kejuaraan.

Dengan kelebihan 2 mata mengatasi Selangor dan 3 mata mengatasi Terengganu, Kelantan tidak perlu bersusah payah mengerah keringat mencari 3 mata kerana seri 0-0, 1-1, atau 2-2 sebenarnya sudah memadai buat anak buah Datuk M.Karathu merangkul trofi berusia 8 tahun itu, kecuali :
  • ·   Selangor menewaskan Perak 12-0, 13-1, 14-2 (defisit 12 gol atau lebih).
Andai tewas, Kelantan masih mampu bergelar juara sekiranya :
  • Selangor gagal mengutip mata penuh menentang Perak (seri atau kalah).
  • Terengganu gagal menang sekurang-kurangnya dengan defisit 5 gol (5-0, 6-1) 
Itu bercerita tentang peluang Kelantan. Selangor pula, peluang mereka tetap ada tetapi berbeza dengan Kelantan, anak buah K.Devan tiada pilihan lain, WAJIB MENANG, DAN Kelantan tewas tak kisah lah berapa gol walaupun 1-0. 

Manakala peluang Terengganu merangkul double sebenarnya lebih menarik untuk diperkatakan. Sang Penyu boleh muncul juara dengan SYARAT WAJIB, Kelantan tewas : 
  • Kelantan tewas 0-1, 1-2 (defisit 1 gol), Selangor seri atau kalah, dan Terengganu menang 5-0, 6-1 (defisit 5 gol) ke atas Felda.
  • Kelantan tewas 0-2, 1-3 (defisit 2 gol), Selangor seri atau kalah, dan Terengganu menang 4-0, 5-1 (defisit 4 gol) ke atas Felda.
Yang mana lagi menarik? Dengan bolasepak Malaysia langsung tidak boleh diduga, Kelantan pernah menewaskan Felda Utd (6-0), Selangor (5-1), Terengganu (3-0), dibelasah Perak (0-4), Selangor pernah menewaskan Perlis (7-1), Terengganu menewaskan N.Sembilan (3-0), Pahang (5-0), apakah mustahil kenduri gol untuk berlaku pada perlawanan terakhir?

9 comments:

wira merah said...

Kelantan dilihat lebih berpeluang...andai seri, Selangor perlu menjaringkan 12 gol...Boleh ke?

Anonymous said...

mustahil selangor akan skor 12 goal..kelantan perlu bijak mengubah strategic yang lebih menarik..pelbagaikan taktikal ..setiap musuh yang berlainan..amik iktibar perang badar n UHUD

Cesc Aiman said...

betul, kalau 3-0, 4-0 mungkin boleh terima la, tapi kalau 12 tu mmg mustahil, belum pernah, tapi perlu diingat, itu kalau seri...kalau kalah, selangor menang 1-0 pun dah cukup...manakala trganu juga berpeluang brgantung pada defisit jaringan...

Anonymous said...

ini memang cukup bahaya..jadi kesimpulannya... datuk M Karathu wajib membina benteng yang utuh lagi perkasa..seperti tembok besar cina..ibarat je tu..

Anonymous said...

jadi kenaling smula kawe bila baca hok demo ni aiman.. Bruni brasa sedap ati doh.. Adeh..

QasehAnaqi said...

aiman tuh..mnta tlg wat artikel berkenaan ngan bekas2 pemain import kito dulu2..contohnya boonphut,wiirawoot,sundram moorthy,kalkanov n yg lain2.kawe pasti setiap pemain tu mempunyai kisah yg menarik utk dikongsi disamping mengimbau kembali nostalgia wira2 import kito.harap tuh boh..tq

Nik Zulkhairi said...

amat bahayo kalu kito main target nok seri. main keno target nok meney sokmo.

h4n5 said...

kalau klntan nk seri mudah jer.. ltak je semua 11 player dpan gol.. xyah main bola.. duk je dpan tu smpai habis masa.. konfem bola tu xkan masuk.. kalau nmpak ada pluang buat la counter attack..kan ramai player2 yg laju..mane taw dpt menang ke.. anyway, mustahil la kalo slangor blh blasah perak 12-0.. perak bknnya team belasahan.. maybe menang tipis atau seri je kot.. tgk la perak masa lwn slangor kat shah alam aritu.. slangor cuma menang 1-0 je pun.. tp kali ni main away.. terengganu plak mayb ada chance nk kalahkan felda, tp xkan la smpai 5-0.. sbb felda pun tgh bangkit.. masa kalah ngan klntan 6-0 aritu pun sbb mmg musim diorg tgh down..lgpun keeper diorg masa tu bknnya hamsani.. tgk la camne felda main masa lwn slangor smlm.. almost seri.. slangor menang pun sbb dpt penalti jer.. tp semua ni cuma ikot logik je la.. dlm bola sepak mcm2 blh blaku.. kdang2 benda x logik pun blh blaku.. ape2 pun, wait n see okay..

kasimselamat said...

memang seperti yang diduga, kelantan akan ambil piala liga selepas terlepas atau melepaskan piala FA, dari segi logik kelantan akan mempunyai peluang yang amat cerah untuk mengarak piala di KB. memang permainan dengan sabah sebelum ni kelantan agak sukar tetapi kesukaran itu tidak akan terus sukar.... berjuang lah wira-wira kelantan....