Sunday, June 12, 2011

Julang Piala FA, Irfan Bangga Kecewakan Bekas Sifu


foto : Bernama
Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mempunyai sebab tersendiri untuk tersenyum puas selepas membimbing pasukannya bangkit bergaya menewaskan Kelantan 2-1 pada aksi final seterusnya menjulang Piala FA buat kali kedua dalam sejarah.

Bukan mahu bercakap besar, atau riak, tetapi Irfan Bakti berbangga kejayaan skuad Penyu bukan sahaja  berjaya membalas dendam kekalahan besar 0-3 kepada lawan sama tempoh hari, tetapi dalam masa sama berjaya mengecewakan bekas ‘sifu’nya, Datuk M.Karathu.

“Ya betul, saya berbangga, tidak wujud sentimen. takde sentimen sama ada saya ni bekas pembantu dia, atau saya ni orang Kelantan. Saya jurulatih Terengganu, digaji PBSNT, di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, saya jalankan tanggungjawab saya, apapun malam ni membuktikan, saya lebih baik dari dia (karathu)..”. – Irfan Bakti.

Untuk rekod, Irfan Bakti, bekas pertahanan Kelantan adalah pembantu kepada Karathu ketika di Akademi Bolasepak Kebangsaan di Kuantan pada 1991 dan 1992, juga di Kelantan pada 1993, tahun yang menyaksikan Kelantan mara ke separuh akhir Piala Malaysia.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di hadapan kira-kira 90,000 penyokong kedua-dua pasukan, Kelantan hanya seminit dipisahkan daripada mencatat sejarah menjulang Piala FA buat kali pertama namun kealpaan membawa padah apabila Terengganu menyumbat gol penyamaan hasil jaringan sendiri Daudsu Jamaluddin yang tertanduk sepakan Abdul Manaf Mamat ke gawang sendiri di minit ketiga masa kecederaan.

Tatkala gol itu menjatuhkan terus moral pemain Kelantan, gol kemenangan Terengganu hadir pada minit ke-110, menerusi Nordin Alias. 

Menceritakan detik yang menterbalikkan keputusan perlawanan itu, Irfan yang kelihatan tidak senang duduk sepanjang 120 minit permainan dengan menampilkan pelbagai reaksi, berkata semangat juang dan komitmen tinggi pemainnya yang DIAJAR SUPAYA TIDAK BERPUTUS ASA, dan BERJUANG HINGGA TIUPAN WISEL TERAKHIR adalah faktor utama kebangkitan Terengganu.

“mereka komited, fokus, saya dah nasihatkan kepada pemain selagi wisel tak tiup never give up, akhirnya kita dapat gol penyamaan yg mana virtually game dah habis, kemudian kita manfaatkan kejatuhan moral player Kelantan skor gol di extra time, saya bagitahu player saya tak nak game berlanjutan ke penalty kick, itu menyeksakan..dan mereka melaksanakan dengan baik..”.

Kejayaan pada Sabtu, adalah kali kedua Terengganu menjulang Piala FA, selepas kali pertama melakukannya pada 2000, ketika itu menewaskan Pulau Pinang.

6 comments:

egypt85 said...

xleh komen byk2..sedih sgt2...xpolah..qodak qadar y mnenetukan doh tu..kelate tlh berusaha sbaik mgkin..

Anonymous said...

xpola....jnji pege liga super..bkn slh daudsu pom,,dio nk clear bola..tp xdhe...gol kmenangan tu..kawe rso,,,xptt slh jgk..psl nyo....moral player kito down doh..klu kawwe main..mmmm..brat lg braso..hahah

Anonymous said...

irfan bakti jgn bangga sgt,,harus bersyukur..td sy nampak irfan melompat2..tp kita harus ingat..kubur kata mai...rumah kata pergi..

Anonymous said...

org yg gumbira xkan nk dok diam jer...final piala FA tu boh...

Kertas Kosong said...

tak salah irfan kecek g2, dia mene dari segi moral, player dio dop putuh asa, main sapa last minit, tp hok kawe sedih sangat2 lonie.. penyokong kito.. sbb masa kna tunda tlalu lama jadi g2, klu takdop bedil wojib kita mene. kawe ulangi, kalu takdop bedil wojib kito mene, sesetengah penyokong kita masih ada mentaliti kelas bawahan, takdop smangat kesukanan sgup pekong bedil dng niat nok gangu pmainan.. c2 silap kita bena, daudsu dop saloh doh.. meme betul hok gapo dio buat,bola kejut.. klu x clear pong goal jugop.. dan kawe nok tulung pringat la sinie... kito tak kan jadi satu pasukan yg dihormati slagi penyokong kita tak dop tamadun...

umaraziz said...

kawe sokong pendapat kertas kosong ... segelintir penyokong kito masih lagi tidak mempunyai ciri2 penyokong yang sebenar / berdisiplin ... apa2 pun ... tahniah kelantan ... kerana telah mencuba sebaik mungkin ... cuba lagi tahun depan ... sasaran lo ni ... liga super + piala malaysia ... jangan putus asa ... semalam jadikan ianya pengajaran ... untuk kejayaan yang lebih gemilang ... gomo kelate gomo ...