Friday, June 24, 2011

Malaysia Pecah Rekod 27 Tahun, ‘Attitude Problem’ Nyaris Lenyapkan Impian Olimpik


Tiada individu lebih gembira, berbanding Jurulatih Skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee apabila mendengar tiupan wisel penamat pengadil dari Jepun, Toma Maasaki yang mana sekaligus membawa Malaysia ke Pusingan Akhir Kelayakan Sukan Olimpik 2012 selepas menewaskan Lubnan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan bersejarah ini, sekaligus menoktahkan penantian lama 27 tahun, sejak 1984, skuad negara untuk beraksi di peringkat kumpulan atau fasa akhir Pusingan Kelayakan. 

Di peringkat kumpulan yang dijadual bermula 21 September depan, sebanyak 12 pasukan akan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Juara setiap kumpulan (3 pasukan) akan layak secara automatik ke Sukan Olimpik di London, manakala dua pasukan naib juara terbaik (BEST TWO RUNNERS-UP) akan beraksi PLAYOFF, dan pemenang akan bertemu Juara CONCACAF untuk merebut satu lagi slot.

Bagi Kim Swee, beliau tahu harapan semakin tinggi disandarkan kepada barisan pemainnya apabila sudah berada di kelompok 12 terakhir, dan beliau tidak kisah siapa sekalipun lawan di peringkat kumpulan nanti.

Keyakinannya tetap utuh skuad ini mempunyai potensi untuk mencipta kejutan sekiranya mempamer aksi sama seperti menentang Lubnan, meskipun berdepan prospek diundi bersama skuad gergasi Asia seperti Korea Selatan, Jepun mahupun Australia.

Kemenangan skuad negara ke atas Lubnan pada Khamis, bagaimanapun tidak hadir dengan mudah, malah impian Olimpik negara mungkin berkecai andai Lubnan memanfaatkan setiap peluang yang diperolehi dan menjaringkan satu gol penyamaan pada babak akhir permainan, semuanya dek kerana masalah attitude pemain kita sendiri.

Tatkala berkelebihan 2-0 hasil jaringan Irfan Fazail dan Wan Zack Haikal menuju rehat, Malaysia terpaksa beraksi 10 pemain apabila Gary Steven Robbat dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua, pada minit ke-50.

Manakala keengganan seorang pun pemain FLANKER negara melakukan OVERLAP atau barisan tengah membantu serangan, dengan MINDSET untuk bertahan, sekadar menyaksikan hanya pemain gantian Wan Zaharulnizam berlegar di kawasan Lubnan tanpa bantuan rakan bagi tempoh 20 minit terakhir. 

Lubnan memanfaatkan sepenuhnya ‘attitudde problem’ itu, namun sayangnya gol yang dicari tidak juga hadir.

“Gary baru 19 tahun, saya percaya ia pengajaran baik buatnya, awak harus tahu pemain-pemain ni masih muda, mudah melakukan kesilapan, di perlawanan antarabangsa, u buat mistake, u kena hukum, ia pengajaran baik, bukan sahaja utk dia, tapi juga pemain lain, satu pasukan secara keseluruhan. Mereka pastinya tahu silap mereka, dan sekarang mereka tahu tangungjawab mereka..”. – Ong Kim Swee.

Pada perlawanan itu juga, Kim Swee memilih untuk merehatkan Izzaq Faris Ramlan dan posisinya diambil Syahrul Azwari, sementara Mahali Jasuli yang digantung perlawanan digantikan dengan Mohd Afize Faisal, dan Kim Swee berpuas hati dengan aksi kedua-duanya.

6 comments:

Hairul said...

utk 3rd round, bukan 2 best runners up layak ke playoff...ketiga-tiga team yg duduk tempat ke-2 main perlawanan timbal balik dkt satu centralized venue..pemenang baru masuk playoff jumpe pemenang zon CAF(Afrika)

Nik Zulkhairi said...

tahniah harimau malaya. saya berada di stadium mlm tadi, memang berdiri bulu roma tgk game tu. All the best for next round. Tak kisah siapa yang datang, kita lawan habis-habisan.

anti-mercun! said...

Tahniah dan syabas daripada saya Kelantan fans kerana komitmen dan kesungguhan pemain2 Harimau Malaya akhirnya membuahkan hasil yang baik.Tetapi kesilapan masih lagi sama iaitu kelemahan bahagian tengah yg tdk mampu menyekat pergerakan pemain Lubnan.Jelas semalam,pemain Lubnan menggunakan kemahiran individu skills yg begitu menarik(kalaulah pemain negara ada)yang menarik utk menggelecek bek kita.Tapi syabas muslim dan fadhli bermain brtahan dgn begitu baik.Lepas ni harap dpt jumpa Qatar utk balas dendam kekalahan tempoh hari.Insyallah!

Anonymous said...

kelantan x nak ambik pemain lubnan nama Haidar ke main dengan dia...senang-senang dia makan 5 orang player kita.

Anonymous said...

Haidar kaki tok membunuh. klau kaki membunuh dio blh sumbat gol satu, duo @ tigo. lubnan dri segi skill dan passing very good.. tpi lemah dlm penyudah. tok minat kawe kalu Haidar main utk kelate..

Akif Mazlan said...

Malaysia Main sedak doh. kawe rasa, susah utk mana2 player bwh 23 utk bersaing dgn bdk2 harimau muda nih utk dpt caps pertama wakil malaysia bwh 23. diorang penuh dgn pengalaman doh.
Kawe berharap, agar diorang dpt cipta lagi kejutan layak ke olimpik