Sunday, June 12, 2011

Kenapa Salahkan Daudsu, Apabila Tewas Kerana Penyokong Sendiri

Ada yang salahkan pemain dek kerana dibuai keyakinan terlalu tinggi, ada yang salahkan pengadil dek kerana memberi masa kecederaan terlalu lama hingga terhasilnya gol penyamaan Terengganu, dan ada yang salahkan Daudsu Jamaluddin yang tertanduk masuk bola ke gawang sendiri.

Tetapi, takkan tiada siapa nak menyalahkan penyokong Kelantan sendiri, sebagai antara punca kekalahan skuad The Red Warriors pada aksi final Piala FA, yang berpihak kepada Terengganu dengan keputusan 2-1?

Takkan tiada siapa nak personal TINDAKAN BODOH penyokong membaling bunga api ke tengah padang, itupun betul-betul di belakang penjaga gol lawan, Sharbinee Allawee hingga memaksa perlawanan dihentikan selama 4 minit? 

Sekali lagi, episod sama berulang, dan nampaknya penyokong Kelantan sukar betul dididik untuk berkelakuan sopan, dan hadir memberikan sokongan dengan penuh semangat kesukanan.

Lihat, KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. Kerana segelintir penyokong yang sebenarnya memang datang ke stadium nak bikin kecoh, habis semua kena tempiasnya. 

Bagi yang tertanya-tanya apa pula kaitan insiden itu dengan kekalahan Kelantan, teruskan membaca, memang nak sebut satu-persatu.

Sudah berkali-kali diingatkan, datang ke stadium untuk beri sokongan, bukan cetus kekecohan, jadilah penyokong yang berhemah. Pelbagai kempen oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerusi Presidennya sendiri, Tan Sri Annuar Musa mahupun Kelab Penyokong untuk mendidik dan mendisiplinkan mereka namun nampaknya satu usaha pun tidak langsung dihargai.

Pada perlawanan yang turut disaksikan Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, KDYMM Sultan Kelantan, Tengku Mahkota Pahang dan ramai VVVIP lain, balingan objek, sampah, mercun, kibaran bendera parti antara yang menjadi ‘pencuci mata’ sepanjang berlangsungnya perlawanan. 

CUKUP MEMALUKAN - apabila digelar tidak bertamadun, atau dijatuhkan hukuman berat, tahu pula nak marah dan melatah namun undang-undang dan peraturan tidak pula mahu dihormati.

SEDAR TAK SEDAR, satu insiden pada minit ke-52, apabila balingan BUNGA API daripada penyokong Kelantan, mendarat di belakang Sharbinee, yang kemudiannya memaksa pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Wahab menghentikan perlawanan selama 4 minit, adalah titik tolak kekalahan Kelantan.

Ramai yang marah, merungut, dan mengeluarkan kata-kata maki hamun apabila pengadil melanjutkan permainan sehingga minit kelapan masa kecederaan sedangkan pegawai ke-4 menunjukkan hanya 4 minit tambahan masa diberi.

Hadir pula gol sendiri Daudsu menyemarakkan lagi kemarahan itu, sedangkan perlawanan masa sebenar hanya berlangsung 90+4 minit termasuk masa kecederaan, bukannya 90+8.

APAKAH MEREKA LUPA, apabila perlawanan berlanjutan hingga ke minit 98, ia adalah kerana perlawanan dihentikan 4 minit, justeru masa sebenar memang sepatutnya berakhir pada minit ke-94, tiada ragu.

Andai perlawanan berjalan lancar 90 minit tanpa dihentikan, apakah akan wujud minit ke-98 itu, dan adakah akan wujud gol penyamaan itu?? 

Satu tindakan bodoh, MENGUBAH KESELURUHAN RENTAK PERMAINAN dan yang MENJADI MANGSA adalah PEMAIN-PEMAIN, PASUKAN, dan PEMINAT SETIA yang BERKORBAN WANG, MASA DAN TENAGA, untuk hadir memberikan sokongan.

Bila sudah memasuki saat getir, pemain lazimnya tertekan, dan cuba sedaya upaya untuk pertahankan kelebihan malangnya dalam situasi semalam mereka gagal, dan terus dilabel pengkhianat?

GIVE RESPECT TO EARN RESPECT. Bagaimana mahu mengubah persepsi orang luar terhadap anda, jika budaya anda terang-terangan sebegini rupa.

*Usah wujudkan cerita baru plak, kata blogger atau media kutuk penyokong Kelantan. Penulis pun orang Kelantan juga, dan saya berbangga jadi anak Kelantan.

15 comments:

Pegash4rk said...

aku mengecam secukup-cukupnya fan yg mengutuk daudsu. cmni ke fan yg setia? mentaliti baling2 barang masih xhilang. org cmni aku nasihatkan duk umah,tgk bola kt tv. xpuas ati,baling je kt tv tu, perlawanan xkn terganggu. aku trima kekalahan TRW sbb menang kalah tu mmg adat prlawanan. ni kan pulak bola, 5saat pn bleh ubah scoreboard. dn yg kutuk2 daudsu tu, tlg g padang hari ni, set timer 98 minit,anda sila keliling padang tersebut smpai habis masa. biar kenal penat lelah daudsu.

Anonymous said...

seramai mane pn penyokong yg cemuh daudsu, lg ramai yg tk salahkan die...ak salah sorang...tp yg tk puas ati nye game klantan maen... suke maen bola tinggi..ilang possesion cmtu je...sathia ckp jgn maen bola tinggi, irfan ckp klantan kalah sbb slalu ilang bola... harap tk ulang game cmni.. next destination, kota bharu vs perak...GOOD LUCK TRW...

Anonymous said...

penyokong kelate yang baling mercun mmg bodoh.kalau mu nak selamat lebih baik mu serah diri pada polis..kalau tidak mu tak kan selamat hidup didunia dan akhirat..

pjoe said...

Let the record speak for itself. Our defensive line merupakan paling sedikit bolos dalam liga. As for the so called 'supporter' yang tak habis2 lagi main mercun, you should feel ashamed of yourself. Masa terhenti 4 minit.. momentum pun akan lari. Fokus player pun lari. Bakpo la masih ado lagi hok palo otok singkat gini. Sedih ambo tengok. At least hormatlah Sultan kita & Tok Guru....
Perjuangan masih panjang.. GKG

Amirul said...

aku sutuju betul penyokong juga kena tanggungjawab atas kekalan ini

kasimselamat said...

saya sokong artikel ini... nak bersorak sekuat mana pun lantak lah tapi jangan buat kerja yang akan menjrjaskan permainan kerana ianya akan menggangu fokus pemain.... semoga kelantan akan buat yang terbaik pada game akan datang...

Anonymous said...

mmg gong la kalu ada fan salah ko Daud Su...

ore ge tengok bola kita wak taik..efeknya kena ker player....

Daud Su dan player kelate..jangan ngaloh..cayok2

nik

Mo8 said...

macam mana ya nak ubah mentality penyokong ni ? ambo dok level 2 di stadium, tepi ambo selang 4 orang ado budok bawak dero PAS, masa referee stop the game...puok2 kita hok tok berapo cerdik tu suroh baling lg api suar tu...hmmm, betul2 makan diri...ambo rasalah, budok hok baling api suar tu menyesal sampai ke liang lahad...sebab dia lah kita kaloh....sorry aiman, ambo maroh benar nih...letih travel dr penang-kl-penang ambo boleh terima, tapi sedih hati ni tok leh nok royat...tp yg pasti daudsu lebih2 lg bersedih...percayalah kami x menyalahkan anda...anda memang kental...

Anonymous said...

aiman.. ssungguh nyer artikel kamu neh menjelaskan segalanya.. penyokong kelantan (yg bling mercun) tu mmg x bertamadun. apa lagi yg hrus d lakaukan spaya meraka ni x mgulangi kesilapan yg sama..? kenapa harus mbaling mercun, mengibarkan bendera parti..? pelik.. sukan adalah sukan dan bukan nya medan tuk berpolitik.. lega sungguh hati bile bca artikel kamu neh

Anonymous said...

supo la sek tganu x kibar dero parti,lg bsar hok ore klate bowok..jange wat buto gak.klu kaloh gak kes dero parti napok slalu..aku tgk puok tganu bowok dero pas xdok plok hok gege nyo,siap ltak gmbr MB d banner..klu fan klate letok gmbr MB kito rasonyo kna denda bgetar rasonyo..kes mekong sapoh bkn tkat ore klate jah,tganu supo tulo jah..klu nk petik,petik la blako

baiz said...

cesc aiman..pendapat saya...lepas nih...pihak pengurusan kene letak "mata2" di kalangan penyokong...seramai 2000 orang lebih polis tapi takde sorang yg boleh tangkap pembaling mercun tuh...tapi kalau polis duduk di kalangan penyokong rasenya tak mustahil nak tangkap mereka...nampak jer keluar mercun...tarik tangan kasik gari...abih citer..

Anonymous said...

macam x biasa final klate ngan mercun...yer ker tambah masa jadi 8 sbb mercun...kenapa pegawai ke 4 x set terus 8 minit masa tambahan..kenapa pegawai ke4 kata 4 minit & pengadil tambah sendiri 4 minit....mercun dibaling sblm gol nurul azwan roya lagi...kalau dibaling dalam masa kecederaan boleh diterima akal jika masa terhenti dan ditambah sampai 8-10 minit...kalau dah pegawai ke4 kata 4 minit sepatutnya wisel ditiup pada minit ke94 atau paling lama pon minit ke 95.....aku pon marah orang main mercun tapi kekalahan kelantan aku letak atas bahu pengadil.....

Apih El Nino said...

Game sebenar 90 minit bro. 4 minit pertama tambahan masa utk kecederaan, raikan gol dll. 4 minit berikutnya sebab penyokong Kelantan baling mercun.

Rintis Niaga said...

referee xleh wt gtu..caro dio gni..90+8 mnt..selesai..mental pemain kto pn nk lawe lg..coah pn leh wt strategi lain,msa pnjg lg..klo ikut msa ref gk,gol azwe roya buke mnt ke 79 tp 83 dh..apepun good job player klate,cuba lg piala ake dtg..

Niwa Kinsella Roosevelt said...

menarik! memang menarik...mohon copy ye ....