Saturday, June 11, 2011

Tribute To Final : Bisa Ashaari Atau Kekebalan Daudsu


 Ashaari Shamsuddin VS Daudsu Jamaluddin


Terengganu mungkin boleh berbangga mempunyai rangkaian penyerang terbaik negara menerusi kombinasi Abdul Hadi Yahya dan Manaf Mamat, dengan kedua-dua mereka sudahpun berganding menjaringkan 30 gol (Liga+FA) musim ini.

Namun, rangkaian barisan depan Terengganu tidak lengkap kiranya, tanpa WINGER COMES FORWARD mereka, Ashaari Shamsuddin – pemain harapan dan sandaran Irfan Bakti Abu Salim andai Terengganu mengidam untuk menewaskan Kelantan seterusnya mendakap Piala FA malam ini.

Peminat setia Terengganu, pastinya mengetahui di mana kelebihan pemain berusia 26 tahun ini, yang berpotensi bertindak sebagai MATCH WINNER dan  tanpa kehadirannya barisan depan Terengganu ibarat hilang sengat dan tidak mampu beraksi sepertimana biasa.

Bukti yang jelas – ketika tewas 0-3 kepada Kelantan 6 Jun lalu tanpa Ashaari yang digantung perlawanan, di mana jentera serangan Sang Penyu diketuai Abdul Hadi langsung gagal berfungsi dengan baik, malah beberapa peluang keemasan di depan gol juga dipersiakan begitu sahaja – situasi yang jarang berlaku apabila Ashaari beraksi.

Pemain kelahiran Marang ini, bukan sahaja dikenali dek kerana kemahiran mengawal bola mengelirukan, tetapi juga hantaran cantik, larian pantas memerangkap pertahanan lawan, selain kebijaksanaannya meloloskan diri ke dalam kotak penalti dan mencipta ruang buat rakan sepasukan.

Musim ini Ashaari sudahpun menjaringkan 13 gol dalam Liga Malaysia, dan kembalinya dia di dalam kesebelasan utama malam ini, pastinya menambahkan nafsu barisan depan Terengganu memburu gol awal, sekaligus memastikan kehadirannya dirasai.

Apapun, di kem Kelantan, seperti lazimnya pemain yang ditugaskan mengawal pergerakan Ashaari, bukan calang-calang pemain, ianya ‘Dani Alves’ Kelantan, Daudsu Jamaluddin.

Daudsu bukanlah nama asing di arena bolasepak tanah air, merupakan bekas pemain kebangsaan malah boleh diangkat selaku salah seorang bek kanan terbaik negara ekoran aksi kental dan kesukaran pemain lawan melepasi kawalan ketatnya.

Ramai yang mempersoalkan disiplin bertahan pemain ini yang gemar melakukan OVERLAPPING dan kadangkala HANTARAN LIAR ke dalam kotak penalti, namun kelajuan serta komitmen pemain yang sama usia dengan Ashaari ini nyata tidak boleh dipertikaikan, malah ada yang menggelarnya ‘orang besi’ dek kerana kekuatan fizikalnya, di sebalik tubuhnya yang bersaiz kecil.

Menarik untuk melihat pertembungan Ashaari dan Daudsu, yang pastinya bakal menentukan siapa yang lebih layak digelar maestro sebenar, sama ada bisa Ashaari, atau kekebalan Daudsu, sama-sama kita nantikan debarannya jam 8:45 malam nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Oke lah tu.. Ovlappng daudsu banyak mmbantu pemain lain mncipta gol menerusi hantaran menariknya.. Tempat daudsu ms dia bt ovlpg blh dijaga olh pemain prtahanan yg lain.. GkG!!!

ibun_jogho said...

Daudsu pmain harapan kwe ni. kita biasanya disajikan dgn kelincahan Idlan, ketangkasan Apex, tp kita kurang memperkatakan kekebalan Daudsu.

Overlap Daudsu jg tlh mghasilkan gol ptama Kelate minggu lalu di Kuala Terengganu.

Keserasian Daudsu dgn Apex / MatCah mmg baik. Kalu bola dlm kawalan kepala Daudsu, dia tahu cara nk passing / tanduk kpd keeper.

Kawalan bola & pemain lwn mmg tbaik drp Daudsu stakat ni. Jarang2 pmain lwn dpt lps Daudsu. Kalu nk lps biasanya pmain lwn x pegang bola lama, tp trus passing. Kalu terlucut & tlepas, dikejarnya besungguh2. Kalu x dpt bola, dpt org..

Sbg bekas national player (kalu x silap zaman B.Sathianathan), agak2 Datuk Rajagobal x teringin ke ambil Daudsu semula. Kalau ambl Daudsu rasanya cukup baik, sbb, dia ada keserasian dgn Apex, slaku keeper nombor 1 ngr.

Apa2pun smg Daudsu beraksi cmerlang. Kalu blh skor gol pun x pelik. Thn lalu Daudsu tercatat nama sbg slh seorang penjaring Kelate.. Cuma thn ni xde..