Sunday, June 12, 2011

Terengganu Gegar Lagi, Ahmad Shafie, Ju Pha Somnet Atlet Terbaik Sukma KL 2011


Selepas pasukan bolasepaknya menjuarai Piala FA semalam, Terengganu terus mengegar arena sukan tanah air, apabila muncul juara keseluruhan Sukan Malaysia ke-14 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Mereka meraih 30 emas, manakala Selangor di tempat kedua dengan 26 emas, dan Johor di tempat ketiga 21 emas.

Sementara itu, atlet Kanu Johor, Ahmad Shafie Abdul Jabbar, dan Ratu Berbasikal Perlis, Ju Pha Somnet masing-masing dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Sukan Malaysia 2011 yang berakhir hari ini.

Ahmad Shafie mendominasi acara Kanu dengan 3 pingat emas, 1 Perak dan 1 gangsa. Dia meraih pingat emas acara individu K1-500meter dan K1-1000meter manakala pingat emas ketiga hadir menerusi acara K2 1000meter.

Manakala sensasi trek Perlis, Ju Pha pula ditabalkan sebagai Olahragawati selepas merangkul empat pingat emas individu acara berbasikal trek, iaitu SCRATCH RACE, INDIVIDUAL PURSUIT, PECUT dan UJIAN MASA 500 METER. Dia juga berjaya menambah satu lagi pingat, Perak menerusi acara Keirin.

Kedua-dua mereka dipilih panel/juri yang terdiri daripada Pegawai Majlis Sukan Negara, Majlis Olimpik Malaysia antaranya Ketua Pengarah MSN, Dato Zolkples Embong, serta Naib Presiden MOM, Low Beng Choo selain wartawan yang bertugas membuat liputan edisi ke-14 ini.

3 comments:

Anonymous said...

pada pendapat sy..orang yang baling flare adalah pihak atau kakitangan stadium tu sendiri..secara logiknya..kalau penyokong kelantan yang baling flare ..kenapa camera tidak tunjuk arah balingan..setahu sy camera di setiap penjuru memenuhi stadium..mgkin terdapat pihak yang tertentu ingin mensabotaj pasukan n penyokong kelantan...kalau sy silap bg pandagan sila jelaskan..?

kasimselamat said...

saya setuju pendapat anda... bukan nak menuduh, secara kasarnya penyokong kelantan telah cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan apa-apa yang menjejaskan permainan malah berkali-kali menasihati antara satu sama lain supaya berhemah... ini adalah agenda... wallahualam...

AZ BhumiLand Enterprise said...

ada logiknya juga.......tak seperti thn2 yg sudah, yang mana apabila penyokong kita nmembaling mercun atau objek, pastinya camera akan memfokus kan kpd penyokong kita......dan seperkara lagi.......ada 2 flare yg di baling, dan logiknya semasa flare yg ke2 itu dibaling adalah masa ramzul membawa bola dalam kotak penalti, takkan penyokong hendak menggangu sharbinee semasa ramzul membuat serangan?