Wednesday, June 22, 2011

Terbuka Indonesia : Chong Wei Tiada Tandingan, Rekod Menjadi Sasaran


Tiada ‘speed-breaker’ yang mampu menyekat nafsu Datuk Lee Chong Wei ketika ini, apabila pemain nombor 1 dunia itu garang menjinakkan wakil tuan rumah, Tommy Sugiarto pada aksi pusingan pertama Siri Super Terbuka Indonesia sebentar tadi, seterusnya menghampiri sasaran mencipta satu lagi rekod peribadi, muncul pemain luar Indonesia pertama menjuarai Terbuka Indonesia, tiga kali berturut-turut.



Chong Wei sekadar memerlukan 33 minit untuk mencatat kemenangan straight set 21-16, 21-8 ke atas Tommy di Istora Senayan, sekaligus berada di landasan tepat menyamai pencapaian dua jaguh tuan rumah sebelum ini, Ardy Wiranata dan Taufik Hidayat.

Ardy meraih kejuaraan Terbuka Indonesia 3 kali berturut-turut, pada 1990, 1991 dan 1992, sebelum bekas jaguh Olimpik, Taufik melakukannya pada 2002, 2003 dan 2004, dan jika Chong Wei berjaya, dia akan muncul pemain ketiga, dan yang pertama dari luar Indonesia melakukannya.

Andai berjaya muncul juara, ia akan menjadi kejuaraan kelima diraih pemain berusia 29 tahun itu pada tahun ini, selepas Siri Super Terbuka Malaysia, All England, Terbuka India dan Grand Prix Gold Terbuka Malaysia.

1 comment:

kasimselamat said...

kalau ada lin dan kan sedap berentap, tapi apakan daya... dia takut nk expose nanti org dapat baca game dia... chong wei hero sejati yang tidak kisah siapa lawannya...