Thursday, June 30, 2011

Subahan Sasar Peringkat Kumpulan, Usah Pertikai Keputusan Rajagobal


Percaturan dan beberapa pindaan taktikal dilakukan jurulatih skuad negara, Datuk K.Rajagobal termasuk kejutan di barisan kesebelasan utama ketika menewaskan Taiwan 2-1 semalam, mendapat pelbagai reaksi negatif peminat bolasepak tanah air, yang kecewa skuad Harimau Malaya sekadar menang tipis ke atas pasukan kerdil itu.

Ada yang mempertikai tindakan menurunkan Safee Sali selaku penyerang tunggal, walhal Malaysia bermain dengan taktikal menyerang dan perlu menjaringkan seberapa banyak gol, ditambah pula dengan hakikat bahawa Rajagobal mempunyai empat pilihan penyerang lain untuk membantu Safee mencari gol.

Tidak kurang yang mempertikai keputusannya memberikan slot kesebelasan utama kepada Helmi Remeli yang terpaksa pula dikeluarkan belumpun sampai setengah jam permainan, manakala ada yang berpendapat Rajagobal gagal menggunakan sebaiknya pilihan pemain yang beliau ada – di mana Ashaari Shamsuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Muslim Ahmad dan Mahali Jasuli sekadar menjadi pemerhati, manakala Shakir Shaari diturunkan pada 10 minit terakhir.

Posisi Baddrol Bakhtiar pula mungkin lebih berkesan jika diisi lebih awal Abdul Hadi Yahya, Norshahrul, atau Ahmad Fakri Saarani, manakala Baddrol sendiri dikembangkan ke posisi sayap, namun pastinya Rajagobal mempunyai alasan tersendiri di atas segala permainan strategi, taktikal yang diterapkannya.

Beberapa bekas pemain negara yang berkongsi pandangan bersama SS, berharap agar peminat tidak menyalahkan atau mempertikai keputusan Rajagobal, kerana sebagai Ketua Jurulatih skuad negara beliau pastinya lebih arif tentang sesuatu keputusan yang dibuat.

“silap sebenarnya kalau kita pertikai keputusan Raja, mesti ada sebab kenapa Mahali tak main Helmi yang main, kenapa Ashaari tak main Baddrol yg main. Kalau menang semalam semua tu orang akan puji dan cakap sebaliknya, takkan ada yang nak pertikai.  Mungkin Raja sebenarnya nak expose Helmi to international game, sebab Mahali ni pemain Olimpik, so bila Mahali unavailable, Helmi tak kekok. As a coach dia percayakan pemain dia cuma dalam situasi semalam plan dia tak menjadi, tu yg kena rombak taktikal dan formasi. and u jamin ke kalau player lain yg main kita akan menang besar?..” – K.Gunalan, bekas pertahanan Selangor dan Kebangsaan.

“kita peminat jangan cuba jadi lebih pandai daripada coach. Bila jadi situasi macam ni, ada jer yang cakap itu tak betul, ini tak betul, kalau dengan taktikal yang sama semalam kita menang 3 atau 4-0, mesti takde yg nak kritik. Kita kena ubah mentality. Player yang tak jadi, mungkin bukan hari dia. Mungkin ada sesuatu yg bermain dalam pemikiran rajagobal, yang kita tak tahu. Kita harus ingat, semua pemain dalam kem negara adalah terbaik, kalau u nak mahali jer main kat posisi tu (pertahanan kanan), kenapa dia nak panggil Helmi ke kem skuad kebangsaan? Kalau u nak Norshahrul, atau Ashaari jer, atau sorang pemain yang sama jer main kat depan, takde gunalah dia panggil player2 lain dan training bersama…”. – Zolkifli Ahmad, bekas pertahanan Selangor dan Kebangsaan.

Sementara itu, Pengurus Pasukan Kebangsaan, Datuk Subahan Kamal, optimis mengenai peluang pasukan negara untuk mara lebih jauh dalam Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014, yang bermula dengan perlawanan menentang Taiwan.

Subahan yakin Malaysia akan berjaya menumbangkan Taiwan seterusnya menempah pertemuan menentang Singapura di pusingan kedua, seterusnya mencipta satu lagi sejarah gemilang bolasepak tanah air, susulan kepada kejayaan di Sukan Sea Laos 2009, dan Piala AFF Suzuki 2010. 

“Definitely, kita kena ingat bola Malaysia sudah meningkat maju, sekarang kita hanya perlu fikir menentang Taiwan di Taipei, lepas tu baru fikir Singapura, dan menentang Singapura bukan mudah, mereka pastinya akan memberi saingan hebat, kalau kita berikan terbaik, kita akan mara ke pusingan tiga dan target saya sendiri adalah pusingan ketiga (GROUP STAGE), itu yang kita harap, dan kita boleh lakukannya.. di situlah pendedahan terbaik untuk kita, kerana untuk dapat bermain dgn team-team top asia,  top 20 bukan mudah dan itu pencapaian yang pastinya menakjubkan..”. – Datuk Subahan Kamal

8 comments:

anti-mercun! said...

Kita sebagai peminat sepatutnya bersyukur dengan kemenangan tipis ini daripada mengalami keputusan seri atau kalah atau lebih buruk kalah besar.Harus diingat tidak semua pasukan menang setiap perlawanan dan tidak semua pasukan kalah setiap perlawanan.Adakah anda sebagai peminat ingin melihat skuad kita main seperti Barcelona atau MU yg selalu menjaringkan gol yg besar?Come on,ini bola sepak.Apa pun boleh terjadi,saya pasti Datuk K ada muslihat yang tersendiri dengan merehatkan Mahali,Muslim,Ashaari,Apex,Matyo dan beberapa player lain.GOMO MALAYSIA GOMO!

Anonymous said...

pesanan dan mesej dari peminat bola sepak : kami tidak mahu pemain tercari-cari bagi menghasilkan jaringan yang fancy-fancy. cukup untuk sekadar jaringan yang biasa sahaja kerana apabila kita mendapat gol, ke-fancy-an gol itu akan terserlah dengan sedirinya di mata peminat-peminat yang menyaksikan bola sepak pada masa itu.

Anonymous said...

Rasanya tak banyak jurang antara ranking 143 dengan 160 dunia

Anonymous said...

mmg betul apa yg org2 lma tu ckp.. tp kna ingat ni main home dpn pnykong sndiri. Nanti main kat sna lain aura dia, lebih lg taiwan dah dpt away gol sbijik..

Apa2 pun kawe ttp percayakan taktikal rajagopal, mgkin smlm ada pemain xprform je..

-ZP

Anonymous said...

diharap rajagopal lbh terbuka dlm pemilihan player ahad nanti. Taiwan dah tahu kelemahan kita.. jgn terlalu selesa dgn 2-1, seluruh rakyat mengharapkan kemenangan.

rajugopi said...

bukan masalah kalau menang 3-0,4-0 peminat akan berpuas hati la weiii..ni pun kita menang 2-1 tp peminat tahu bahawa game vs taipei tu mmg kita main tak bagus..palyer byk yg off form..90mins takde pun gerakan menarik atau pun orang panggil sure goal..nnt tgk la kat taipei kalau kita out,tertunggu2 nak dgr komen lantang rajagopal tu..

Azremiey said...

Semua org komen..team kita tak main dgn baik.. bukan satu dua.. hampir keseluruhan team.. seolah2 mcm tak ada kerjasama satu pasukan dan tak kreatif dlm menjana lorongan2 bola....

Akif Mazlan said...

masuk peringkat kumpulan tuh, kira ganah doh tuh. mugo kawe dok berasa malaysia akn wat kejutan kalu sek kito masuk peringkat kumpulan.

HURMMM, bkpo kito nk pertikai keputusan yg dibuat olek king raja nyoh? ini adlh perlawanan pertama setelah kita berehat pjg after AFF suzuki hari tuh. biasa doh plawanan ptama jadi ginih. sek kito keno rlek dulu lakow2. huhu