Friday, June 17, 2011

Profesionalisma Zolkples Dipertikai Lagi, Siapa Mahu Bersihkan Nama Atlet?


Bukan pertama kali atau perkara baru, profesionalisma Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Zolkples Embong menjadi pertikaian.

Umum mengetahui perang dingin Zolkples dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia sebelum ini, manakala krisisnya dengan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) bukanlah sesuatu yang baru, yang masih berlanjutan hingga kini.

Tindakan bersungguh-sungguh MSN, menghebahkan kepada media tentang 6 atlet olahraga menghilangkan diri daripada ujian doping bulan lalu, mencetus satu lagi episod baru persengketaan, kali ini bukan sahaja dengan KOAM, tetapi juga atlet yang terlibat.

Pada ketika mereka seharusnya tampil menyiasat dan menjaga nama baik atlet daripada menjadi sasaran kritikan media, satu sidang media segera diadakan di MSN, dengan Zolkples dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara, Dato’ Ramlan Aziz, mendedahkan  perkara itu dan lebih malang nama atlet-atlet terbabit turut didedahkan.

Yang pelik tiada siapa pula tampil mempersoalkan kenapa MSN bersungguh-sungguh membuat pendedahan berkenaan, sedangkan perkara itu sebenarnya bukan di bawah bidang kuasa mereka. Untuk beberapa hari, topic ‘atlet hilang’ atau ‘atlet lari’ menjadi sensasi media, seterusnya mempopularkan atlet berkenaan untuk sebab yang tidak sepatutnya – lainlah kalau menjadi sensasi kerana menghadiahkan pingat emas Olimpik.

4 daripada 6, mereka tidak bersalah!
Selepas 11 atlet yang menjalani doping, kemudiannya disahkan negative, nampaknya MSN mulalah malu sendiri, kerana tujuan asal atau misi asal mereka tidak kesampaian, atau tergendala (rasanya tidak perlu disebut apa misi/tujuan asal itu, hanya yang faham akan faham).

Persoalannya sekarang, siapa pula yang mahu bertanggungjawab terhadap nama buruk serta imej negative yang diperoleh 6 atlet ini. Dilabel melarikan diri, menghilangkan diri, takut ujian doping, dilihat sebagai pesalah malah tempiasnya turut dirasai keluarga mereka. Kemudian didapati tidak bersalah, siapa pula mahu membersihkan nama mereka? 

Adakah ia tanggungjawab KOAM, yang berdiam diri sepanjang masa dan bertindak ‘silently’ menyelamatkan atlet mereka, atau MSN kerana menjadikan isu kecil ini satu sensasi, atau Zolkples kerana bersungguh-sungguh mendedahkan kepada media, seterusnya mengaibkan atlet ini? 

“masa kata mereka lari, bersungguh-sungguh buat PC, pastu buat doping, disahkan negative, takde sape pun nak buat PC utk bersihkan nama diorang, kesian sbb hingga arini pun diorang masih dicop ‘atlet lari’, kalau saya mungkin rasa nak quit, diorang berkrisis, atlet jadi mangsa, MSN kena professional, arini nama diorang tercemar bukan sebab coach Harun atau KOAM, tapi sebab MSN, laju jer panggil media..”. – rakan atlet yang tidak mahu nama dipetik.

SS bukan mahu menyebelahi sesiapa, namun dalam situasi ini, ada betulnya rungutan mereka, apa rasionalnya Zolkples, atau MSN  mendedahkan perihal seseorang atlet, atau sesebuah persatuan walhal mereka sendiri melarang atlet untuk mengeluarkan kenyataan menghentam persatuan atau MSN kepada media?

Bukankah pertemuan EMPAT MATA seharusnya boleh menjernihkan keadaan?

Malah, semalam, Ahli Parlimen BN-Arau, Datuk Ismail Kassim, menyelar rasionalnya tindakan MSN, atau Zolkples mendedahkan krisis dalaman sesebuah persatuan sukan, atau seseorang atlet kepada media, kerana ia akhirnya hanya mengundang kepada pelbagai kontroversi dan kesan lain. (baca di sini).

Ismail berkata MSN seharusnya belajar bagaimana menyelesaikan setiap masalah itu dengan baik, dan bukannya mencari publisiti dengan mengeluarkan kenyataan kontroversi di media, seterusnya mengganggu tumpuan mereka untuk bersaing di peringkat Asia, atau lebih tinggi.

Tindakan sebegini sebenarnya mengubah tanggapan atau persepsi seseorang atlet terhadap MSN, sebagai badan induk sukan negara, dan jika mahu dihormati, mereka perlu belajar untuk lebih profesional di masa akan datang.

4 comments:

Akif Mazlan said...

hahaha. kalu buke psl bola gak, xdop laluw ore komen. hehe

kasimselamat said...

zolkepeler saja nak cari nama...

kasimselamat said...

opppps silap eja...Zolkples

sory

Anonymous said...

pegang jawatan lama2 sagt pasti berkarat.