Saturday, June 4, 2011

Pembaca Bertuah Menangi Tiket Final Piala Fa


Seminggu lagi menjelang aksi final Piala Fa antara Kelantan dan Terengganu, seperti dijanjikan Suara Sukan menghargai pembaca-pembaca yang meluangkan masa melawat, membaca dan memberikan komen di entri-entri yang berkaitan. 

Oleh sebab ini yang pertama kali, maka hadiahnya tidaklah sebesar mana, hanya berupa sekeping tiket final Piala Fa, tapi cukuplah untuk menjimatkan paling tidak pun RM30.

Untuk memilih tiga pemenang bertuah bukan mudah, lebih-lebih lagi SS tak nak dilabel pilih kasih atau berat sebelah. Pemilihan pemenang bagi ‘edisi’ pertama kali ini, mengambil kira siapa yang paling banyak komen (keseluruhan), serta inisiatif diambil mereka untuk turut sama mem’promote’ blog Suara Sukan.

Ada beberapa nama yang memang HOT, tapi SS hanya boleh pilih 3, yang tak terpilih insyaAllah next time, jangan kecil hati. Kalau hadiah tak seberapa tu, next time ada rezeki kita bagi yang besar.  

Pemenang :

1.       Fazdli Budok Klate – Antara pengunjung paling aktif, siap promote kat kawan-kawan sekolah dia, dan siap create Group Suara Sukan 1 Mas kat FB. Terima Kasih Bro.

2.       Egypt85 – Ni dulu-dulu tak pernah dengar nama, cuma sejak seminggu dua kebelakangan ni terlalu aktif mengomen dan mengomen, dan antara yang sering bertanya tentang entri baru. 

3.       Tokki – nama sering kali kelihatan di ruangan chatbox, sering berkongsi pandangan dan komen.

SS yakin ada ramai lagi pengunjung aktif, antaranya Ibun_Jogho, Nik Zulkhairi, Syafiq Salim dan sebagainya, insyaAllah rezeki di waktu akan datang. Cuma, bagi kebanyakkan pembaca, rajin-rajin la komen, atau sembang kat ruangan chatbox, itu antara cara kita dapat kesan siapa yang aktif. Kalau tak, mana SS nak tahu kan?

p/s : kalau ada pemenang yang tak nak hadiah (maybe tak jadi turun KL atau sebagainya) sila beritahu awal-awal, boleh SS pass kat pembaca bertuah lain.

9 comments:

ibun_jogho said...

Assalamualaikum bro. Tq, ada jg nama aku walaupun x menang. Hadiah tu bkn tujuan utama aku komen (hehe... ayat hero drama Melayu sikit).

Slalu baca blg SS sbb byk info yg xde dlm media massa perdana tp ada SS. Jdi, baca, komen, perhati mmg best.

Bak kata Ramli Sarip "aku menulis bukan kerna nama"..

Tokki said...

Salam Bro,
Wah nama kawe pun ado jugak..kawe komen sb kawe minat blog demo bro..cara penulisan demo..dan kebetulan lak demo sekapal nga kawe dan geng2 lain..pahtu kebetulan sekali lagi..peminat TRW..

Blog SS ni sudah menjadi kepastian bagi kawe buka setiap online internet...ni bukan bodek tp Tuhan yg tahu...ehehehe

Roti Telur said...

majulah sukan untuk negara..

egypt85 said...

to cesc Aiman:timo kasih byak2 diats hadiah(tiket final)..tp.........apakan daya..saya berada d lusar kawasan..hehe..saya skrg berada d cairo,egypt..sebab tu nickname kawe egypt85..ehhe..ape2 pon tima kasih byk2 saudara aiman,trharu gjk cz terpilih walupon xsebesar rakan2 fb TSAM..y penting org hargai kita,soal byk @ ckit lain kira...tq aiman..insyallah saya akn pulng ke malysia akhir bln 7 @ awal bln 8..ada masa kite ketemu..he..hadiah saya tu,trpulng la pd saudara nk bg pada sape..saya serakn pd saudara k..insyallah ada masa saya akn sentiasa bg komen sbgai tnada sokongan pd SS..SS mmg trbaik..

Alexis Aiman said...

IBUN_JOGHO, ada tiket kamu & TOKKI, sila bagitahu macam mana nak contact. fadzli dah contact trough FB...

Tokki said...

Salam,
Bro leh contact sy melalui emel di farid2020@gmail.com.

Terima kasih bro

ibun_jogho said...

Salam ya sahabat. Trima ksh byk. Tp maaf, kita x dpt brsama. Skrg ni xleh tinggal Kelate. Bonda x sihat; awl thn ni bonda kena operate kaki, kncing manis. Skrg msh blm blh bjalan.

Kat rmh xde org. Susah bonda nk begerak k klinik / hspital. Ayah xleh bawa keta. So kwe kena ada kat rmh slalu.

Kalu stakat nk tgk bola kat SSM VI, KB & tgk Astro Arena 801 kat kedai dgn member2 blh la. Tp nk kluar Kelate blm blh lg.

Apa2 pun terima kasih BANYAK & MINTA MAAF BANYAK2. Bkn x mhargai tp ada kekangan lain.

Sorry..

Nik Zulkhairi said...

salam bos aiman. terharu namo kawe ada disebut dlm blog demo. timo kasih. kalu ditakdirkan kawe menang teket tu, mcm mana nak claim? hehe..

Anonymous said...

Hahaha.. Tahniah belaka..
En. Aiman, kawe pun nak hadiah jgk..
Gurau jah...

-Zek Putrajaya