Monday, June 13, 2011

Nasihat Akmal Rizal Kepada Bekas Rakan Sepasukan Di Kelantan


foto : Perak F.A
Di atas padang, lawan tetap lawan. Tiada kompromi, tiada tolak ansur, tiada rasa hormat, tiada rasa gentar dan tiada rasa kasihan. Tetapi itu semua hanya untuk tempoh 90 minit permainan, dan sebagai bekas pemain Kelantan, jauh di sudut hati Akmal Rizal Ahmad Rakhli, dia mahu bekas rakan sepasukannya segera bangkit melupakan kekecewaan tewas kepada Terengganu 2 hari lalu.

Akmal, penjaring terbanyak Perak dalam saingan Liga Super musim ini dengan 9 gol, berkata dalam situasi sekarang di mana Kelantan sedang memimpin carta liga dengan kelebihan 2 mata, mereka harus memandang ke depan dan pastikan kejuaraan liga tidak terlepas daripada genggaman mereka.

“atas padang jer kami ni lawan, di luar kami ni kawan. Saya faham kecewa kalah, moral down, susah nak bangkit, tapi benda dah lepas tak usah lah dikenang.lupakan saja, belum ada rezeki, liga super masih ada dan inilah cabaran mereka, harus tengok ke depan, mereka perlu buktikan, menang baki dua perlawanan dan seterusnya muncul juara liga..”, katanya ketika dihubungi SS.

Apapun, itu tidak bermakna Akmal akan bersimpati dengan nasib bekas pasukannya, kerana baki 2 perlawanan Kelantan termasuklah menentang Perak malam esok, di Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu, justeru adakah ini mainan psikologi cuba dicetus Akmal, agar tidak menjadi sasaran ejekan atau kritikan penyokong setia Kelantan?

Bagi Akmal, dia menghormati penyokong Kelantan, dan yakin penyokong Kelantan juga akan bersikap professional justeru pertama kali bertandang ke Kota Bharu selepas meninggalkan skuad finalis Piala FA itu awal musim ini, Akmal mahu namanya menjadi sebutan adalah kerana prestasinya di atas padang, bukan sebarang isu lain.

“ya, berdepan bekas penyokong sendiri, bagi saya itu cabaran amat berat, saya tak pernah ada masalah dgn mereka (penyokong), hubungan kami baik, dan ini game yg cukup besar, saya hanya mahu fokus game, bukan unsur lain, sebenarnya ini peluang yg baik juga untuk perak, moral di kem Kelantan terjejas teruk, rehat pula hanya 2 hari, so kami akan cuba ambil kesempatan, setiap pemain bersemangat dan kalau ikutkan prestasi semasa, 50-50. Saya juga mahu memberi aksi terbaik, insyaAllah ada rezeki skor goal, kami bersedia lakukan kejutan dan mengintai kedudukan top 4..”, tambahnya.

Perlawanan malam esok, adalah yang ke-25 liga, dan andai menang, Kelantan semakin hampir menjuarai Liga Super buat pertama kali sejak ia diperkenalkan pada 2004, namun andai berlaku sebaliknya, Selangor dan Terengganu sedia menanti untuk memanfaatkan setiap kesilapan.

5 comments:

egypt85 said...

terbaik la akmal.....bru profesinal ckit..pyokong pon beres jah ngn akmal..matang dlm stiap tindakn..

Anonymous said...

dio oyak gtu mugo nk ambik hati...nk mari KB tu...berdepn nge lautn merah.....jadi,ada baik utk drinyer jugk.

lockman said...

akmal takpo, kito nga dio takdok masaloh, indra nga azizi jah nk keno bui nimbuk...

Anonymous said...

supoh kawe serabut tgk indra....

Anonymous said...

Sian ko kemal semale.. keno masok spital..