Sunday, June 12, 2011

Masa Untuk Kembali Fokus Saingan Liga Super


Tamat sudah final Piala FA, dengan Terengganu dinobatkan juara menewaskan Kelantan. Jika di Liga Perdana Inggeris (BPL), aksi akhir Piala FA biasanya diadakan selepas tamat semua perlawanan liga, dengan juaranya sudah diketahui dan pasukan yang menjuarai Piala FA boleh berpesta meraikan kejayaan, lain pula ceritanya di Liga Malaysia.

Hanya selepas 2 hari, perlawanan Liga Super akan kembali bersambung pada 14 Jun ini, dengan Terengganu boleh melupakan seketika mood berpesta mereka, turun menentang pasukan adik, T-Team di gelanggang sendiri. 

Ketinggalan 3 mata di belakang Kelantan, Terengganu wajib menang perlawanan ini atau boleh melupakan terus impian merangkul double, meskipun penat pastinya belum hilang jika dibandingkan T-Team yang berehat 7 hari selepas perlawanan terakhir menentang N.Sembilan.

Manakala Kelantan, dengan kelebihan dua mata mengatasi Selangor, mampu mengukuhkan kedudukan di persada liga jika berjaya menewaskan Perak, pasukan yang menewaskan mereka 4-0 di Ipoh di pusingan pertama.

Di sinilah karakteristik  dan mental pemain bimbingan Datuk M.Karathu akan diuji sama ada mereka mampu bangkit dari kejutan tempoh hari, dan mempamerkan rentak Sang Juara atau membenarkan kekecewaan semalam terus menguasai aksi mereka untuk baki 2 perlawanan penting musim ini.

Manakala Selangor, pastinya sudah bangkit daripada siri prestasi suram, kemenangan 7-1 ke atas Perlis membuktikannya, dan tempoh rehat 7 hari pastinya digunakan sebaik mungkin K.Devan untuk mempersiapkan pasukannya sebaik mungkin menentang Felda Utd.

Sedikit kesilapan oleh Kelantan, akan menyaksikan Selangor berpeluang memintas kedudukan mereka, seterusnya mengintai ruang mengekalkan trofi Liga Super di Shah Alam buat kali ketiga berturut-turut.

Jadual perlawanan 14 Jun 2011.

Johor Fc lwn Pahang
Kedah lwn N.Sembilan
Kelantan lwn Perak
Selangor lwn Felda Utd
Terengganu lwn T-Team
Perlis lwn Sabah

8 comments:

Nik Zulkhairi said...

masa zaman kawe study dulu kawe suka main game championshipmanager (cm). dlm game ni, salah satu kriteria paling penting untuk pilih line -up team ialah player punya moral. dia punya level ada superb, very happy, happy, average, unhappy & very unhappy. kalau 50% team moral kita unhappy,maka peluang untuk team kita menang almost zero.harap2 benda x berlaku dlm TRW.

Anonymous said...

yap dont give up player kito...bina semula kekuatan kita..kita x kaloh ..cuma da yang x tamadun baling mercun dan tarik permainan kepada masa tambahan yang panjang akibat puak2 x tmadun nie jer semalam...

remember player..we dont blame you

Nik

Anonymous said...

kalah final piala FA dh bukan rezeki kelantan...mungkin rezeki untuk menjuara liga utama yang tidak pernah kelantan genggam(rasanya begitulah)..ini yang lebih penting...

pjoe said...

Kelantan perlu fokus. Kawe yakin, TSAM ada formula sendiri untuk menaikkan semula moral pemain. 2 game terakhir penentu perjuangan liga Kelantan season ni. To all players, hadiahkan kejuaraan LIGA SUPER untuk rakyat Kelantan. Kawe yakin! GKG

THE TITTLE IS THERE FOR US TO GRAB IT!

Mo8 said...

ya betul, sekarang semua pemain perlu lupakan kesedihan dan bangkit utk next game...buktikan anda semua adalah WARRIOR kelate...

Anonymous said...

pada pendapat sy..orang yang baling flare adalah pihak atau kakitangan stadium tu sendiri..secara logiknya..kalau penyokong kelantan yang baling flare ..kenapa camera tidak tunjuk arah balingan..setahu sy camera di setiap penjuru memenuhi stadium..mgkin terdapat pihak yang tertentu ingin mensabotaj pasukan n penyokong kelantan...kalau sy silap bg pandagan sila jelaskan..?

Anonymous said...

saya sokong tu..
rasa macam ada tangan ghaib yang buat onar..
pengadil pun sama buat onar.
sebb tu masa botol dibaling kat FRU ada penyokong kelatee pi baling balik kat penyokong yg baling botol tu dan marah2.
nasib baik tak bergaduh sama sendiri.

kasimselamat said...

lupakan yang lalu, jadikanlah sebagai sempadan dan pengajaran yang berguna untuk menempuhi masa akan datang, bangkitlah wahai pahlawan merah... buktikan kepada semua bahawa kita adalah PERWIRA.....