Wednesday, June 22, 2011

Malaysia Terdesak, Tiada Kelebihan : Dato’ Ghani Minhat


Malaysia tidak memiliki sebarang kelebihan, di sebalik keputusan seri tanpa jaringan berjaya dibawa pulang dari Beirut, serta beraksi di gelanggang sendiri pada perlawanan timbal balik Kelayakan Olimpik Zon Asia menentang Lubnan, esok.

Itu pendapat lagenda bolasepak tanah air, Datuk Ghani Minhat, yang dikenali sebagai ‘raja bola’ di kalangan peminat bolasepak tanah air.

Mungkin ramai yang ceria dengan keputusan seri itu, malah tidak kurang yang memuji aksi bertenaga separuh masa kedua anak buah Ong Kim Swee pada perlawanan pertama tempoh hari, namun bagi Ghani, beliau akan lebih gembira sekiranya setiap peluang itu diterjemah kepada jaringan atau setidak-tidaknya membawa pulang kemenangan 1-0.

“bahaya, u boleh kata kita elak kalah kita bagus, tapi tak bagus. Kalau kita menang 1 atau 2-0 kat sana (Beirut) then kita boleh main sedikit rileks, takde tekanan kat sini. Sekarang u confirm ke boleh stop Lubnan dari skor gol kat sini? Kalau lubnan skor 1 gol habislah kelam kabut kita, kita pula tertekan, terdesak utk cari gol. Kalau dia skor 1 kita skor 2 takpe, u kena ingat dia nak seri, kita tak boleh seri kena menang..so siapa ada kelebihan?..”. – Datuk Ghani Minhat.

Andai mahu mara ke peringkat seterusnya, Malaysia WAJIB menang perlawanan ini, tidak boleh bermain untuk seri. Sebarang keputusan seri dengan jaringan (1-1, 2-2) akan menyaksikan Malaysia tersingkir atas kiraan gol tempat lawan, manakala seri tanpa jaringan sekali lagi (120 minit) akan menyaksikan perlawanan berlanjutan ke penentuan sepakan penalti.

Kim Swee dijangka sekali lagi menagih aksi mantap barisan pertahanan dibarisi Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Zubir Azmi, untuk menyekat barisan depan Lubnan, tatkala Wan Zack Haikal pastinya diberi perhatian lebih serius oleh jurulatih Lubnan, Samir Saat ekoran aksi lincahnya yang berjaya memporak-perandakan pertahanan pasukannya di Beirut.

Penyerang Izzaq Faris Ramlan pula perlu memperkemas sentuhan penyudahnya jika mahu kekal di kesebelasan utama, sekaligus menebus hampa terlepas deretan peluang keemasan di depan gol 19 Jun lalu.

5 comments:

pjoe said...

of course we're going to play against the odd. kalau lihat ranking pun kita memang jauh terkebelakang. tapi sampai bila kita nak ada mentaliti pesimis macam ni.

sorry to say, sudah2lah hidup dengan 'sejarah'. Mari kita bina 'sejarah' baru. Yang lama kita kenang, yang baru sama2 kita sokong. tak salah rasanya kalau kita ada rasa optimis.

anti-mercun! said...

Jika dilihat di sini memang benar kata-kata "RAJA BOLA" ini dan boleh diterima akal.Tahniah Datuk Ghani kerana menkritik yg dpt membina semangat serta mengembalikan semula kekuatan sebenar HARIMAU MALAYA.Kata2 "Raja Bola" kita hanya 90% yang benar.Manakala 10% lagi tidak benar kita mempunyai kelebihan dari segi bermain di tempat sendiri serta dengan bantuan pemain ke-12.Semua itu pasti sukar untuk Lubnan bermain dgn lebih baik.Tapi Malaysia juga berdepan kesukaran bila Mahali pertahanan kental mndpt kad kuning jadi satu kerugian buat kita dan pasti memeningkan Ong merancang strategi nanti.Amacam admin?Betul tak komen ni?Haha..cer komen admin...

Nik Zulkhairi said...

sokong pjoe. malam ni kita bukan lawan maldives ataupun timor leste. kita lawan team yg ranking lebih tinggi dari malaysia, kita kena tau dia punya expectation. bola kita tengah nak maju, kena pandang ke depan.

Anonymous said...

mcm ni satu malaysia..br sy leh faham..tak der pekat loghat kelantan sgt..terima kasih..

Nik Zulkhairi said...

raja bola dah silap!