Tuesday, June 7, 2011

Gol Kedua Membunuh Semangat : Irfan Terkedu, Kecewa Aksi Pemain Kebangsaan

Terdiam jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim, melihat pertembungan antara pasukan bimbingannya menentang Kelantan, yang pada mulanya diramal dan dijangka sengit, sebaliknya berkesudahan dengan keputusan berat sebelah, memihak kepada Kelantan dengan jaringan 3-0.

 “apa saya nak kata, ini memang aksi paling buruk team saya sepanjang tahun ini secara keseluruhan, kecewa, 1 atau 2 gol adalah biasa, tapi tewas 3 gol, ia tak sepatutnya berakhir macam ni, apapun saya masih boleh menerima kekalahan ini, saya terima walaupun kalah pada saat getir, ketinggalan 3 mata, dengan berbaki 2 perlawanan apa-apa boleh jadi, kami takkan give up..”. – Irfan Bakti.

Ia diburukkan pula aksi longlai dan kurang menjadi 4 pemain kebangsaan, Ismail Faruqi, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, dan paling mengecewakan Sharbinee Alawi, wira Sukan Sea Laos 2009, yang dilihat menyumbang kepada kepincangan barisan pertahanan hasil 2 kesilapan mudah.

“bila dah bolos 1 gol sebenarnya game masih milik kita, kita yg menyerang kalau u tengok, kita control game, Kelantan sesekali mengasak menerusi counter attack je, gol kedua tu yang membunuh terus kebangkitan kami, saya tak nak salahkan sape-sape, tapi sharbinee patut lebih bijak, itu yang saya pelik, dia national player, tapi dia wat kesilapan macam tu, Hadi hilang sentuhan pemusnah dia, semua national player tak menjadi time penting macam ni..tapi saya taknak salahkan ssiapa, saya dah nampak kat mana silapnya, kita akan bangkit selepas ini..”, tambahnya.

Untuk rekod ini adalah kekalahan terburuk Terengganu tahun ini selepas 24 perlawanan dan kekalahan kedua berturut-turut selepas tewas kepada Kedah 0-1 minggu lalu, dan juga kekalahan kelima secara keseluruhan.

Kali terakhir Terengganu tewas dengan defisit 3 gol, adalah ketika tewas kepada Kedah 0-3 dalam saingan Piala Malaysia musim lalu, dan kekalahan terbaru ini, pastinya menyentap semangat juang pemain Terengganu yang dalam usaha merangkul gelaran double.

Namun Irfan yakin kekalahan ini sebenarnya akan menyemarakkan semangat pemainnya untuk bangkit lebih matang & lebih bersemangat menjelang aksi final Piala FA pada 11 Jun, dan tidak mahu kesilapan sama berulang kali ini.

Selepas perlawanan malam tadi, Terengganu tercicir satu anak tangga ke tangga ketiga, apabila dipintas Selangor yang berpesta gol membelasah Perlis 7-1 di Shah Alam, namun mereka masih berpotensi menamatkan musim 2011 selaku juara andai menang dua perlawanan berikutnya menentang T-Team dan Felda Utd, manakala Kelantan dan Selangor pula tercicir mata.

10 comments:

egypt85 said...

wahh......trbaik la kelate..ksilapan2 y dlakukan olh ganu d manfaatkn sepenuhnye oleh kelate td...3 jarinagn y ckup brmakna skali..final piala FA nnti mesti irfan bakti mau bals dendam..awas kelate..jgn leka ngn kemenagn mlm ni..lbh2 lg dgn kembalinye zubir n ashaari.....

wan said...

irfan mmg x hipokrit...klau kalah mmg dia salahkn pmain dia...bkn mcm coach gergasi tu....asyik x nak mngaku wlaupun kalah besar....bnyak alasan....tp apapun kwe tak puas hati jgk sbb irfan x bg komen ttg prmainan matyo mlm ni yg dia kata smalam tak la sehebat mana n senang dikwal....huhuhu...

ibun_jogho said...

Debaran ternoktah sekika. Opss..blm lg noktah, baru koma. Lihat bbrapa pkara;

Pertama - Lihat penampilan Sharizan. Dia msh berbisa. Langkahnya bagaikan pendekar. Terbang sana, terbang sini. Tahniah Mat Cah. Stiap gerakan yg diambil utk elakan risiko. Refleknya masih bfungsi. Springnya masih menjadi.

2 - Daudsu walaun kurang diasak tp dia btindak cmerlang. Gerakan menarik Chanturu - Daudsu, mmbolehkan Soleh meletakan Kelate d dpn. Serangan Ganu lbh dr sblh kiri. Mungkin krn anggap mudah utk lps Aziz Ismail (Mat) bbanding Daudsu. Tp Mat jg btindak cmerlang.

3 - Piya & Shakir penyumbang ptg jg walaupun kdg2 teragak2. Hantaran Piya utk gol 3 mmg cantik. Piya x tunggu lama utk passing bola. Kalau ditunggu lama x mustahil player Ganu dpt sambar bola di kaki Piya.

4 - Pujian jg mesti dberikan kpd Nurul Azwan Roya sntiasa rajin. Chanturu kena lbh tenang control bola.

5 - Hero mlm tdi, Idlan. Walaupun dia kerap mnjadi mangsa terjahan. Gol kedua & 3 mmg mnarik. Stlah terselamat drp mnjadi mangsa trjahan Sharbinie, Idlan bijak membawa masuk bola ke kwsn Ganu utk gol ke 2. Gol ke 3 jg Idlan bijak menyudahkan hantaran Piya. Trima ksh Piya. 2 gol Matyo skuran2nya dpt kunci sketika mulut Irfan yg mmperlekehkan keupayaan Matyo seblum ini. Soleh pmain muda yg jg pnyumbang gol ptg Kelate. Potensi utk berada dlm ksebelasan utama mmg cerah.

6 - Sharbinee, pjga gol yg kecewa mlm tadi. Gol ptama, dilihat saja bola bergolek masuk. Tp kalau terbangpun mmg susah nk capai. Gol kedua; tindakan gopoh. Sekali tgk mmg targetnya adalan Idlan, bkn bola. Tp malang, Idlan tlepas, bola tlepas, yg dpt, member sndiri. Ksian, tpaksa diusung keluar.

Player Kelate yg lain anda smua yg terbaik, tmasuk Wan Rohaimi & Khairan yg main x smpai 5 minit.

Anonymous said...

irfan kata xnak slahkan sape2, tp terang-terangan salahkan sharbinee ngan hadi,,,,ape daa....

Anonymous said...

Harap kita main lebih baik di final nanti..

Tgnu pasti nak tebus kekalahan..

Tp bukit jalil adalah tmpat kita.

Hrap dpt gelaran double utk musim ni, termasuk piala sumbangsih dah 3..

Gomo..

-ZP

Nik Zulkhairi said...

“bila dah bolos 1 gol sebenarnya game masih milik kita, kita yg menyerang kalau u tengok, kita control game, Kelantan sesekali mengasak menerusi counter attack je,"

1st half ball posession kelate 53%, 2nd half ball posession dah kendur sebab taktikal approach. tganung control game kok celoh mano?

biarlah, irfan nok ssedap hati dio.

Anonymous said...

syukur weh bener...

tapi lagy beh kita under dog utk lawan ganu bg FA Cup wpun kita bene malam.

tq abe Kar & abe Sathia

Nik

umaraziz said...

sepatutnya ... irfan atau mana2 wakil pihak pengurusan terengganu menyalahkan diri sendiri sebelum perlawanan dengan kelantan ... bukan selepas perlawanan [salahkan gol ke 2]... sebabnya ... 1. memberikan ulasan seolah2 pihak lawan [kelantan] tidak akan / tidak mampu berbuat apa2 [angkuh] ... 2. tidak muhasabah diri dan pasukan sebaik mungkin[asyik dengan ramalan yang menyebelahi terengganu] ... inilah padahnya ... pasukan terbaik segala-galanya [bukan sahaja di atas kertas] akan muncul juara ... tidak sabar menantikan tarikh 11 jun 2011 ... siapa juara piala FA ... pasukan yang terbaik segala-galanya ... tidak rugi sekiranya kita selalu merendah diri ...

khairul said...

terengganu telah pn membalas dendam di final fa cup..juara buat kali kedua...saha adalah nadi pasukan terengganu...greatest comeback dri terengganu..

Anonymous said...

saha is the best stiker and winger sahaaaaaa