Thursday, June 9, 2011

Bakar Bendera, PBNS Didenda RM30 Ribu


‘Sudah Jatuh Ditimpa Tangga’, mungkin itu ungkapan paling tepat untuk mendefinisikan nasib menimpa Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan, apabila didenda RM30 Ribu, gara-gara tindakan ‘seorang-dua’ penyokong yang membakar bendera negeri Kelantan ketika aksi Liga Super membabitkan Negeri Sembilan menentang Kelantan, 10 Mei lalu.

Keputusan ini pastinya perit untuk diterima PBNS, apatah lagi ianya hadir sebagai susulan kepada prestasi pasukan yang jatuh merudum, skuad Piala Presidennya disiasat Suruhanjaya Pencegah Rasuah dan hampir 80% mengaku terlibat dengan jurulatihnya ditahan, kini denda yang cukup berat, dek kerana tindakan bodoh segelintir penyokong nakal.

Isu ini sebelumnya hangat diperkatakan apatah lagi ia melambangkan kedaulatan negeri, malah Persatuan Bolasepak Malaysia juga hebat dikritik kerana mengambil masa terlalu lama untuk menjatuhkan hukuman, namun perkembangan terbaru ini pastinya dilihat adil dan semoga ia menjadi pengajaran bukan sahaja kepada penyokong Negeri Sembilan, tetapi kesemua peminat bolasepak. 

Jadilah penyokong berhemah, sokonglah dengan semangat kesukanan tinggi, bukan untuk menimbulkan kekecohan, akhirnya diri sendiri yang rugi.  

5 comments:

egypt85 said...

1 pengajarn y bguna u N9...taun ni d war2kan real madrid mlysia tp kesudahan y teruk saya rasa...dgn rasuah,pemain x perform tambah cedera lg..trnyta nasib xmnyebelahi N9 taun ni..mgkin taun depe ramai y akn kluar dr N9??aidil ke kelate???hehe

aif said...

kahkahkah...bodoh namanya..dah la poyo..banggang pulak tu...pasukan impian konon...haktuii..

umaraziz said...

pengajaran ... bukan sahaja kpd n9 ... tetapi juga untuk pasukan2 lain ... team bagus ... tapi ... penyokong tak bagus ... tak bagus jugak ... mesti semuanya bagus ... baru bagus ...

Anonymous said...

real madrid malaysia la sgttt..hahaha...
awal2 musim duk canang real madrid doh.... pah loni senyak..kah3...

Mo8 said...

semoga semua pemain/penyokong mengambil iktibar di atas kejadian ini...