Sunday, June 26, 2011

Azmi Tangisi Nasib Malang, Asrar Mahu Mengganas Lagi!


Pemain pertahanan kiri skuad negara, Azmi Muslim terus menangisi nasib malangnya terlepas deretan perlawanan peringkat antarabangsa, kali ini tersisih setidak-tidaknya 2 minggu gara-gara kecederaan buku lali dialami pada perlawanan persahabatan menentang Harimau Muda, Jumaat lalu.

Azmi nyata kecewa dengan perkembangan terbaru kecederaannya ini, apatah lagi dia baru kembali ke skuad kebangsaan setelah tidak beraksi di beberapa kejohanan besar antaranya Sukan Asia dan Piala AFF Suzuki 2010, gara-gara kecederaan Harmstring yang dialami pada saingan Piala Malaysia tahun lalu.

“sedih dan kecewalah, bila nak main game besar jer mesti injured, mungkin takde rezeki saya, dan harap ada hikmah di sebalik semua ni, sekarang saya tengah berubat kat FAM, mungkin ambil masa seminggu dua juga la utk pulih. Sukan Asia pun saya tak main, sebelum tu lagi saya kena harmstring, sekarang buku lali last minit..”. – Azmi Muslim.

Apapun, kecederaan menimpa Azmi, dijangka tidak memberi masalah besar kepada Datuk K.Rajagobal, yang mempunyai seorang lagi pemain serba boleh yang juga pilihan utama posisi bek kiri, Asrarudin Putra Omar.

Pemain VERSATILE Selangor itu, ketika ditemui penulis di Wisma FAM, yakin mampu menggalas cabaran dengan baik, dan berjanji memberi aksi ALL OUT dalam memastikan Malaysia membawa bekalan selesa untuk perlawanan timbal balik.

“kita main kita punya game, fokus 90 minit insyaAllah boleh menang, memang kita tak tahu kekuatan atau kelemahan mereka, tak pernah jumpa sebelum ni, tapi kita itu bukan alasan, kita kena All Out la, kena bawa bekalan selesa, pada saya coach pasti ada strategi dia, dia mungkin dah study game, so kita as player beri yg terbaik, tapi tu lah, kita cakap saja tak guna, kena buktikan atas padang, dan saya mahu buktikan..”. – Asrarudin Putra Omar.

Asrar, 23 tahun, beraksi cemerlang dan konsisten sejak beberapa perlawanan lalu untuk Selangor, dibantu tindakan jurulatih Selangor, K.Devan menggunakan sebaiknya kelebihan pemain ini yang boleh beraksi di pelbagai posisi termasuk centreback, bek kanan selain tengah dan posisi sayap.

Ini termasuklah kejayaannya menjaringkan 6 gol musim ini, termasuk 4 gol ketika menewaskan Perlis 7-1 di Shah Alam – ketika itu Asrar beraksi di posisi tengah.

Malah, Asrar sendiri tidak kisah sekiranya Rajagobal juga mahu mempraktikkan cara sama dengan SWAP posisinya dengan pemain lain, sekiranya ia boleh mendatangkan manfaat kepada pasukan, namun dengan ketiadaan pemain lain yang lebih sesuai di bek kiri, Asrar yakin dia akan kekal di posisi asal, dan bertekad bukan sahaja mengekang pergerakan barisan depan Taiwan, tetapi juga membantu barisan serangan menjaringkan gol.

2 comments:

Akif Mazlan said...

Rajagopal meme x pening sengoti nok pilih defend. Malaysia penuh ngan Defend yg hebak2.

Anonymous said...

Bagi saya nasib tidak menyebelahi Azmi,banyak kecederaan mungkin akan sedikit sebanyak menjejaskan prestasi beliau tatkala mempunyai impian untuk beraksi bersama skuad senior.Harap beliau cepat sembuh dan berusaha untuk mengembalikan semula kualiti permainan azmi.Sayang sebab andalah antara tonggak utama skuad EMAS sukan sea pd 2009.