Sunday, June 19, 2011

Aidil Akan Kembali Dalam 10 Hari, Hanya Cedera Kecil


Pemain pertahanan serba boleh, Aidil Zafuan Abdul Razak, meminta penyokong tidak risau akan kecederaan dialaminya pada perlawanan persahabatan menentang Myanmar pada Sabtu.  

Aidil memaklumkan kecederaannya tidak begitu serius, hanya mengalami luka (OPEN WOUND) kerana terkena stud, hingga menyebabkan kulitnya terkoyak, dan dijangka tersisih antara 10-14 hari.

Perkara ini disahkan Jurulatih Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah yang segera menghubungi Aidil awal pagi tadi.

Azraai berkata beliau lega apabila Aidil sendiri memaklumkan kecederaan itu tidak seserius dijangka apatah lagi daripada gambaran awal ia seolah kecederaan teruk, dengan luka yang menampakkan tulang, dan darah yang mengalir keluar tanpa henti.

“Alhamdulillah, nothing serious, saya bercakap dengan dia personally, dan dia minta don’t worry, hanya small OPEN WOUND. Fisio nasihatkan dia dibawa ke hospital utk x-ray, sebab khuatir ada keretakan so on, tapi Alhamdulillah nothing bad. Dia boleh kembali dalam seminggu dua, kita minta dia cepat sembuh, sebab dia pemain yg penting..”. – Azraai Khor Abdullah

Apapun, Azraai tidak pasti sama ada Aidil boleh diturunkan pada perlawanan terakhir liga menentang Perlis di Paroi, dan semuanya bergantung kepada secepat mana Aidil pulih daripada kecederaannya ini.

Sementara itu, cubaan SS untuk mendapatkan pandangan Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan, Datuk K.Rajagobal mengenai pengganti Aidil untuk perlawanan menentang Taiwan pada perlawanan kelayakan Piala Dunia, andai Aidil tidak sempat pulih tepat pada waktunya belum berhasil, selepas beberapa panggilan tidak berjawab. 

Malaysia akan menentang Taiwan dalam dua perlawanan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia, pada 29 Jun dan 3 Julai depan, selain persiapan untuk beberapa perlawanan persahabatan selepas itu.

6 comments:

Akif Mazlan said...

kaawe raso farisham adalah pemain wajib utk skuad msia lepas2 nih. Farisham x kn jadi mcm rizal kowt, mcm 1st debut lwn etoile dia ada, tp lwn hong kong nama dia disisihkan

ibun_jogho said...

Alhamdulillah, smpat jg tgk Malaysia vs Myamar. Nk crta sikit pasal game smlm (walaupun ramai yg dh tau).

Mlm tadi Aidil defend yg rajin. Ke kiri ke kanan hambat bola. Moga2 kecederaannya cpt smbuh.

Amirul Hadi pun rajin jg mlm tadi. Serangan sblh kanan idup dgn gerakan Amirul.

Syakir & Farishan tunjukan psembahan yg baik. Shakir spt biasa tenang & bsahaja mgawal & pass bola. Rizal Fahmi mcm biasa je. Mungkin dimasukan lewat psembahan biasa je.

Pnyokong Myamar pun ada mlm tadi. D sblh kiri astaka, blkg gol, ramai geng Myamar duk bkumpul.

Tp kawe x puas ati betul. Masih ada lg yg babil & tolol mmbaling bekas air k pdg. Tp mujo x ramai yg buat mcm tu.

Ultral ok, tp, asap flare tu.. Berkepol2 asap. Nasib baik kawe x duk skli nga ultras..

Kalaulah x hujan, pmainan ckp mnarik kdua2 pasukan. Pnonton pun akan bnambah ramai. Tp inilah ketentuaan Allah, hujan, kemarau, ribut, petir, smuanya kehendak-Nya..

kasimselamat said...

permainan myanmar sehebat malaysia, x sangka cepat betul perkembangan bolasepak di sana....

anti-mercun! said...

Syukur alhamdulilah,mujur aiman cepat tulis berita yg pling gembiro ni klu tidok pning datuk K nok pilih pmain bek hok sdap2..Kalau nak kte rizal or farisham blum ckup pngalaman..tpi yg pnting kene ade Aidil dlm skuad utama..dihrap nasib yg dialami zaquan tdk sama spt aidil..hrap juga zaquan cepat smbuh...insyallah..Hari ini datuk K akn bertemu pakar fisioterapi utk mengethui kecederaan Aidil dan semoga aidil dpt bermain di pra piala dunia nanti..

Anonymous said...

aku sakit hati dengan laporan harian metro, ketinggalan zaman!!! kalau macam ni baik baca Suara sukan jer setiap hari, takyah beli paper. korang tengoklah dia punya tajuk aidil cedera, raja resah, aidil akan berehat panjang. macam sial, diorang tulis apa yg raja cakap malam game tu, iaitu malam aidil cedera, tapi update selepas dia pergi x-ray yg mengatakan dia hanya cedera ringan takde....kalau macam ni, sapa nak baca hmetro pasni?? lain kali update la, tq Suara Sukan kerana mnyampaikan berita gembira ni..

peminat fanatik aidil & zaquan

Anonymous said...

sy kurang stuju..jika aidil dibawa masuk ke kelantan musim depan..sbbnya
stu je sebabnya..selalu injured