Thursday, June 9, 2011

6 Pemain Kelantan Dahului Senarai, Shakir Wajah Baru Skuad Rajagobal


6 pemain Kelantan adalah antara 28 pemain yang dipanggil menjalani latihan pusat skuad kebangsaan oleh jurulatih, Datuk K.Rajagobal sebagai persiapan menghadapi perlawanan Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2014, menentang Taiwan pada 29 Jun depan.

Selain 5 pemain sedia ada – Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, S.Chanturu, Rizal Fahmi Rosid dan Farisham Ismail, pemain tengah bertahan (defensif midfielder) kental The Red Warriors, Shakir Shaari adalah nama baru yang turut disenaraikan untuk menjalani sessi latihan dan pemilihan bermula Rabu, 15 Jun 2011.

Ini menjadikan Kelantan pasukan yang memiliki paling ramai pelatih kebangsaan, diikuti Terengganu dan Harimau Muda A (4 pemain), serta Negeri Sembilan, Kedah, dan Selangor (3 pemain). 

Berikut senarai penuh 28 pemain yang disenaraikan Rajagobal.

Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu,
Farisham Ismail, Shakir Shaari
Kelantan
Ahmad Fakri Saarani, Aidil Zafuan, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Sharbinee Alawi, Ashaari Shamsudin, Abdul Hadi Yahya, Helmi Remeli
Terengganu
G.Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas
Harimau A
Shahrizal Saad
Johor Fc
Yong Kuan Yong
K.Lumpur
Mohamad Hishamuddin Shaari
Perak
Syed Adney Syed Hussin
Sabah
Safee Sali
Pelita Jaya

19 comments:

Imie penang said...

Shakir sepatutnya tahun lps lagi dinaiktaraf ke national team..dia antara player klate yg paling konsisten sejak tahun lepas..tak silap kawe shakir penah jadi kapten malaysia peringkat umur dulu..

Imie penang said...

Masih lagi mengharap piya dapat panggilan rajagopal tak lama lg..walaupun dia tak konsisten tp apa salahnya kalau rajagopal mencuba br ada pilihan di tengah antara safiq rahim n baddrol baktiar..

egypt85 said...

tahniah saykir...anda mmg layak..kini harapan kawe nk tgk azwan roya plk masuk list tem national....

Anonymous said...

kemah sek kito... nnt insyaAllah roya & piya pulok dio panggil lps tgk klate lwn tganu final fa nnt..

JustKelantanFA said...

satu perkembangan yang bgus untuk player kelate..harap Piya pun selepas ni akan di panggil..

Alexis Aiman said...

bila tengok one by one masuk national team, dulu shahrul n khairul jah, pastu chanturu, rizal, farisham, skrg shakir..sebenarnya harapan tu masih ada utk tgk nurul azwan n piya pulak pasni...tapi kena ingat sebenarnya pemilihan oleh rajagobal ni adalah berdasarkan rekemendation by chief coach stiap pasukan...so maknanya karathu sendiri blum rekemen nama piya or nurul azwan...kita kena tunggu masa tu tiba, insyaAllah...skrg klate lubuk pemain kebangsaan, dulu selangor n kedah jer...

anti-rasuah said...

Kenapa sabre abu dan nasriq baharom dari Kedah dan slangor tdk dipnggil aiman???

ijatav88 said...

sabre abu tempat nye telah di isi oleh mahali jasuli.. nasriq bahrom stakat ni muslim ahmad dan fahdli shas masih kental mempertahan kan kubu skuad ngara.. klu dlm pemerhatian sy lah..

zairy72 said...

Tahniah syakir...demo salah sorang terbaik..dan buat yg terbaik..kawe pon dok nunggu jugok..piya di panggil..dia setaraf la ngan syafiq rahim

Lah Rabbani said...

bg kwe, spatutnya shakir dipanggil tahun lpas lg.. dia better drpd amar rohidan, then piya lg bagus drpd safiq rahim.. line-up malaysia terbaik bg kwe: Apex-Mahali-Muslim Ahmad-Aidil Zafuan-Azmi Muslim-Kunalan-Baddrol-Shakir-Ashaari-Hadi-Matyo

Anonymous said...

kawe rasa rugi plak farhan dan azizi kalu kekal dengan kelate ada jugak peluang dia nak main dengan Malaysia

M.Wan said...

piya xlekat gak eh?

Anonymous said...

hrp2 piya la plop..

Anonymous said...

kawe harap ko awe lg

Nik Zulkhairi said...

kawe nok tengok ropy.

daudsu said...

daudsu pun patut bleh dh main skuad ngara...dia defend keras..sungguh..

Anonymous said...

Patutnye Joseph Kallang Tie boleh jadi alternatif kpd Amirulhadi

Akif Mazlan said...

bagi kawe, rizal tuh kureng sket.still x layak lagi main ngan team nasional. dulu masa dia tpilih dulu, kawe pon pelik, mugo time tuh hok main sedak nyo farisham. tapi, kawe bharap dio xkn direject oleh rajagopal utk pemilihan terakhir 22 pemain.

pemain hok sepatut nya ada dlm team nasional adlh daudsu dgn nurul.

daudsu tuh, kalu dibandingkan dgn mahali, daudsu lagi okey. dari segi permainan nya, dari segi kekerasan fizikal, dari segi kelajuan. cumanya dari segi disiplin bertahan, mahali lebih mempunyai kelebihan berbanding daudsu.

manakala nurul pulok, kalu nk dibangdingkan dgn kunalan, dua2 sama rajin, dua2 sama laju. kelebihan kunalan adlh stamina nya dan teknik gelecekan. kelebihan nurul pulok, mempunyai sepakan yang deras dan boleh nk shoot jauh.

Mo8 said...

ambo cadang daudsu dipanggil....dia mmg kentallah...