Monday, April 23, 2012

Pahang Jadi Tumpuan, Intai Gelaran Kali Keempat Berturut-Turut

Walaupun juara bertahan Pahang merahsiakan persiapan mereka untuk menghadapi Kejohanan Silat Kebangsaan e-16 kali ini, tidak dinafikan mereka adalah pasukan yang harus ditewaskan apabila kejohanan itu membuka gelanggang di Stadium Badminton Cheras, esok.
  
Pasukan Pantai Timur itu memenangi kejuaraan keseluruhan sejak tiga edisi lalu (2004, 2006 dan 2010) dan mereka adalah satu daripada dua pasukan yang mampu muncul juara tiga kali berturut-turut. Pasukan lain ialah Lincah Malaysia yang muncul juara pada 1998, 2000 dan 2002.

Presiden Persekutuan Silat (PESAKA) Kuala Lumpur, Tuan Haji Adnan Zakaria, berkata kebanyakan pasukan tidak mahu terlalu mendedahkan persiapan mereka untuk menghadapi kejohanan itu.

“Kejohanan ini sering berlangsung dengan begitu sengit kerana ada empat cabang silat yang mengambil bahagian," kata Adnan.  "Semua mahu muncul juara kerana ia akan memberi penghormatan yang tinggi untuk cabang silat mereka."

Dengan lebih 500 pesilat mewakili cabang perguruan mereka yang mengambil bahagian dalam kejohanan tahun ini, kejohanan ini bakal menyaksikan pertempuran daripada perguruan Silat Gayong, silat Lincah, silat Cekak dan Silat Gayong Fatani.

Adnan berkata, persiapan terakhir untuk menghadapi kejohanan itu kini berjalan lancar di mana hari ini, mereka memutuskan untuk memindahkan lokasi perhimpunan dengan Perdana Menteri pada Rabu ini ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras.

Gambar : Media247

Dijangkakan, lebih 25,000 pengamal silat di seluruh negara akan menghadiri majlis perhimpunan ini.

“Kami agak bimbangkan keadaan keselamatan dan itulah sebab mengapa kami membuat keputusan tidak mengadakannya di Dataran Merdeka," tambah Adnan.

Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 dilancarkan baru-baru ini oleh Presiden PESAKA yang juga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Berikutan kerjasama dengan Astro Arena, perlawanan separuh akhir dfan akhir Kejohanan Silat Kebangsaan ke-16 ini akan disiarkan secara langsung di Saluran 801 Astro Arena. ~~Media247~~

JUARA LALU

1984 – Gayong Malaysia

1985 – Juara tidak diumumkan kerana kontroversi

1986 – Gayong Malaysia

1988 – Selangor

1990 – Selangor

1991 – Kedah

1992 – Gayong Fatani Malaysia

1994 – Sarawak

1996 – Sarawak

1998 – Lincah Malaysia

2000 – Lincah Malaysia

2002 – Lincah Malaysia

2004 – Pahang

2006 – Pahang

2010 - Pahang

1 comment:

Musa Noor said...

Aiman.. maaf tukar tajuk sikit,pagi besok saya akan buat "MINUM PAGI" kesyukuran untuk member2 di kedai kopi sebelah rumah sekadar teh tarik dan roti canai kosong sebiji sahaja kerana SS dan APEK menang ANUGERAH ASTRO ARENA 2012 he..he..he..