Tamat aksi first leg separuh akhir Piala FA 2012, ternyata
skrip yang tercipta sukar untuk diduga kesudahannya namun apa yang pasti,
laluan getir menanti penyandang juara, Terengganu dan finalis musim lalu,
Kelantan.
Tatkala Kelantan dikecewakan jaringan penyamaan Vedran Gerc
selain sentuhan penyudah tumpul di laman sendiri, Terengganu pula dikejutkan
kekalahan 1-2 kepada pasukan GIANT KILLER dari Liga Perdana bimbingan Ismail
Zakaria, Sime Darby FC juga di laman sendiri – senario yang memberi kelebihan
kepada dua pasukan pelawat itu yang bakal melayan kunjungan dua gergasi Pantai
Timur ini pada aksi timbal balik, 1 Mei depan.
Kemenangan pada malam tadi menyaksikan Sime Darby membawa bukan
sahaja kelebihan satu gol, tetapi memiliki dua gol tempat lawan – sekaligus bermakna
anak buah Mat Zan Mat Aris, perlu sekurang-kurangnya menang 2-0 di Stadium
Selayang.
Norsharul diasak pemain Kedah, foto : BERNAMA |
Kedah pastinya tidak mahu mensesiakan kelebihan satu gol
tempat lawan yang dibawa pulang pada hari ini, ditambah pula dengan hakikat
betapa Kelantan akan kehilangan khidmat pemain pertahanan serba lasak, Daudsu
Jamaludin yang dilayangkan kad merah sebentar tadi, seterusnya tampil beraksi di
pentas final buat kali kelima – di mana keputusan 0-0 juga sudah memadai buat
anak buah Wan Jamak Wan Hassan mengesahkan tiket ke final.
Manakala Kelantan, mereka tiada pilihan lain selain misi
wajib menang di Alor Star, dan ia pastinya disuntik dengan kehadiran semula THE
NEWLY-BORN Norshahrul Idlan Talaha ke dalam kesebelasan utama, yang juga
meraikan gol pertamanya bersama Kelantan sejak kali terakhir menjaringkan gol
pada pertemuan menentang Terengganu dalam aksi Liga Super.
Apapun, Kedah juga dalam masa sama pastinya tidak mahu
igauan buruk dimalukan Kelantan 3-0 dalam aksi Liga pada awal tahun ini
berulang, dan perlu berada di kemuncak prestasi jika berhasrat menghalang
Kelantan daripada layak ke aksi final Piala FA ketiga dalam tempoh 4 tahun.
Lain pula ceritanya di kem Sime Darby, mereka hanya
selangkah lagi dipisahkan dari mencipta sejarah sebagai pasukan kelab pertama untuk
beraksi di final kejohanan berusia 22 tahun itu.
foto : DuniaSukan Online |
Di atas kertas, meskipun memiliki pemain berstatus bintang
seperti Manaf Mamat, Ashaari Shamsudin, Forkey Doe dan Joseph Kalang Tie, Sang
Penyu tetap dilihat bermasalah untuk menjinakkan Sime Darby - pasukan yang
menduduki tangga ketiga Liga Perdana - seterusnya menterbalikkan keputusan hari
ini dan mereka juga tiada pilihan lain selain mempamer aksi ALL OUT dalam usaha
mempertahankan trofi yang dimenangi tahun lalu.
Antara Wan Jamak, Bojan Hodak, Mat Zan dan Ismail Zakaria –
siapakah yang akan berjaya di dalam menyerap tekanan dan mengadaptasi taktikal
dan strategi ampuh seterusnya memacu pasukan mereka ke final, 90 minit
berikutnya akan menentukan - cuma kita harapkan PENGADIL yang lebih PROFESIONAL dan BERTAULIAH... SEMOGA BERJAYA!
2 comments:
Saudara aiman,
bkn ke pemain import kedah Vedran Gerc dlyan 2 kad kuning semasa perlawanan tersebut ( klu xsilap sy tgok live kat TV1 ) klu benda nie ksilapn penerbit ok lah. klu benda nie ksilapan pengadil, sy nak tahu dan peminat2 semua nak tahu peraturan mana yg dia pakai yg menbolehkan pemain yg mempunyai 2kad kuning masih boleh meneruskan permainan.
minta tlg saudara aiman yg lebih dekat dgn media tlg siasat perkara ini.TQ
insyaallah...cuma dari apa yg saya dengar dari mulut TSAM sebelum ini, beliau sendiri kata ia hanya salah faham di mana kad kuning pertama pengadil layangkan kepada pemain lain, cuma di TV dia paparkan Gerc yang kena...
Post a Comment