Tuesday, April 17, 2012

Sesuatu Yang Hanya Berlaku Di Malaysia ..


Tertarik membaca artikel ‘Referee Atkinson Says Sorry ToRedknapp’ – kenyataan yang hadir selepas  pengadil itu (Martin Atkinson) teruk dikecam gara-gara membenarkan gol kedua Chelsea ‘jaringan’ Juan Mata dalam kemenangan besar 5-1 pasukan itu ke atas Tottenham Hotspurs pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris Ahad lalu.

Jurulatih Spurs, Harry Redknapp lantang mengkritik Atkinson di atas kesilapan HIGH PROFILE dilakukan pengadil berusia 41 tahun itu, yang mana bola rembatan Mata bukan sahaja tidak melintasi garisan gol tetapi tidak langsung menghampiri garisan gol sepertimana DIAKUI pemain Chelsea sendiri, John Terry – Terry mengatakan bola melantun terkena badannya dan masih berada dalam permainan.

Lebih perit, keputusan mengesahkan ‘gol’ berkenaan dibuat sendiri Atkinson tanpa berunding terlebih dahulu bersama penjaga garisan.

Apa yang mahu disampaikan SS di sini, bukanlah tentang bolasepak inggeris tetapi professionalisme di dalam setiap tindakan susulan – Atkinson telah melakukan kesilapan yang cukup besar, dan dia tahu apa yang telah terjadi tidak lagi mampu diubah, SECARA PROFESSIONAL, dia telah meminta maaf secara peribadi kepada Redknapp tanpa mahu mempertahankan keputusannya menghadiahkan gol itu.

Senarionya di Malaysia jika ada pengadil membuat kesilapan, tiada pula di antara mereka ataupun majikan mereka – Persatuan Bolasepak Malaysia - tampil memohon maaf meskipun kesilapan itu pastinya tidak disengajakan.

Wan Jamak antara mangsa
Jurulatih yang mengkritik keputusan pengadil pula walaupun mempunyai asas yang kukuh pantas ‘dianugerahkan’ hukuman gantung tidak munasabah beserta denda,  sepertimana pernah dilalui Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan – alasannya tidak menggunakan saluran yang betul untuk bersuara – hanya di Malaysia sahaja semua ini berlaku.

SS nak juga bertanya adakah dalam hal ini Redknapp menggunakan saluran yang betul untuk bersuara? Tempoh hari Wigan tewas 1-2 kepada Chelsea juga angkara gol offsaid, dan Roberto Martinez lantang mengkritik pengadil, adakah dia menggunakan saluran betul (baca sini)? Pengadil Mike Riley turut memohon maaf selepas itu (baca sini). 

Bagaimana pula dengan Jose Mourinho, Pengurus Real Madrid ini terhadap pengadil Liga Sepanyol? (Baca sini - siap senaraikan lagi berapa banyak kesilapan yang dilakukan), atau bagaimana pula dengan kenyataan Boss Benfica, Luis Felipe Viera ini (baca sini)? Pemain juga boleh bersuara (baca sini). 

Persoalan sama ada mereka dihukum atau tidak oleh badan induk masing-masing adalah isu lain, ada juga pengurus yang dihukum akibat kelantangan mereka tapi takdelah pula kena sampai 6 bulan atau 18 perlawanan. Apa yang hendak diperkata tidak salah untuk FAM turun merendah diri memohon maaf, menyelesai kekusutan andai mereka berada di pihak yang salah.  

Sathia pernah digantung
Relevan sebagai persatuan yang suka mendenda dan mengantung, FAM menyebabkan Liga-M tidak ubah seperti sebuah liga yang BISU – bukan sahaja pengurus, jurulatih mahupun pemain, malah pegawai atasan juga semakin hari semakin takut untuk bersuara, takut untuk memberikan sebarang pandangan, atas alasan ianya akan disalah tafsir dan membawa kepada pengantungan kerana bersuara.

Rata-rata mengambil pendekatan NO KOMEN, membisu, pasrah dan redha dengan amateurism di dalam Liga-M, baik membabitkan pegawai perlawanan mahupun perkara lain umpamanya komen tentang jadual liga yang padat - tiada yang mahu melontarkan idea even untuk pembangunan bolasepak itu sendiri, kerana khuatir dituduh cuba berlagak pandai di depan Setiausaha Agung - perlu diingat apa jua kesalahan, yang mengeluarkan SURAT PERTUDUHAN untuk mengheret mereka ke MAHKAMAH FAM adalah The ONE & ONLY Datuk Azuddin Ahmad.

B.Satianathan, Reduan Abdullah, Abdul Rahman Ibrahim,, dan terbaru Tan Sri Annuar Musa adalah mangsa-mangsa amateurism FAM yang kesemua mereka dihukum kerana bersuara. Ramai lagi yang mahu membuka mulut, berbicara tentang ketidak-relevanan jadual liga yang begitu padat, namun apakan daya, buka mulut terus dipotong lidah.

Mungkin oleh sebab itu jugalah, bekas pemain kebangsaan yang kini pengulas dan pengkritik sukan, Serbegeth Singh melabel betapa murahnya jawatan tinggi di dalam FAM, dan berpendapat hanya yang tidak mempunyai pendapat sahaja layak berada di FAM. Mungkin selepas ini, HANYA YANG BISU LAYAK BERADA DI FAM.

p/s : Undi blog Suara Sukan sebagai blog pilihan anda di Anugerah Arena. --> www.stadiumastro.com/Arena/AnugerahArena.aspx

8 comments:

Anonymous said...

aku teringin nk baca komen rizal hashim pasal isu2 FAM kebelakangan ni...bro SS boleh tlg dapatkan ke?

Anonymous said...

Di Malaysia Setiap Bantahan yang ingin diperkatakan Perlu ada WANG DEPOSIT...ini bkn sahaja berlaku di pringkat FAM tetapi juga berlaku di peringkat sekolah²..Dan ini ada lah prosedure yang betol bg Persatuan Bolasepak Malaysia...so No MOney No Talk..kalau Talk Gak Akan digantung dan Di DENDA dgn Money..

ibun_jogho said...

Demo plok x takot ko kritik FAM ni? Hahaha...

FAM kononnya nk tunjuk berani dan benar dgn perlembagaannya. Dh namanya "lembaga", memang hantu betullah. Ditegur, dkritik akan menjadi isu besar dan mandatori buat pegawai dan ahli gabungannya. Sampai bila?

Saluran yg betul? Stakat ini brapa kes diadili dgn betul dn benar melalui saluran yang kononnya betul?

Dr sudut lain pula, wartawan jg kena ambik peranan dan sensitif dalam hal ini. Selalunya jg wartawan bertanya soalan yang akan membawa pada kpd yg menjawabnya. Cth, yg berlaku pd TAM. TAM menjawab soalan yg ditanya, kmudian TAM yg kena.

Redhuan Abdullah, digantung krn isu "yo-yo"..

bb said...

Mmg fam sial...rizalhashim kecuk telor nk komen fam..takut xleh msuk tv lg.

Tycoon said...

Anda semua tak rasa bodoh ke apabila kita membicarakan soal profesionalisme sepakbola di negara kita???

Sudah berapa lama kita asyik mengitar semula isu2 yg akhirnya dipandang sepi oleh badan terbabit.

Sedikit tips, daripada kita naik darah atau tekanan darah kita meninggi apabila memikirkan isu pengurusan sepakbola di Malaysia, ada baik kita menganggap sukan ini sebagai satu "hiburan" yg tak perlu diambil serius.

Jika terlalu minat, cukup sekadar bersorak di stadium atau depan TV masing2 apabila pasukan tempatan pilihan masing2 menjaringkan gol atau meraih kemenangan.

p/s : Wartawan aka Blogger sukan tersohor Rizal Hashim tu bukan ada prinsip. Cakap bergegar satu Bukit Jalil tapi hanya berani kritik pada yang "kecil". Dia cukup anti kalau politician menjadi anggota pengurusan sukan. Nak kutuk lebih2 pada FAM nanti tak dapat cari makan. Tgk ulasan akhir2 ni dari dia, play safe selepas usaha2 kecil dia memperlahankan pengaruh dan aura kebangkitan pasukan @ individu tertentu semakin berhasil. Wait for your turn lah Rizal!! Kita bukan selalu di atas.

Dunia Baru said...

jemmm palo kalu dgr nama rizal hasim..ngapu jek tau....sbb jaga periuk sendiri....

gua minat komen2 dr Azlan Johar...hehehe

MUSA said...

Jose Mourinho kata gol pertama jaringan Bayern Munich OFFSIDE , kalu di Malaysia siaplah kau....

HBFA said...

ada team bola ker malaysia......
malaysia main bola lagi.........
HAHAHAHAHHAHA