Sunday, April 29, 2012

Mat Zan Optimis Terengganu Bangkit, Nafi Doe Digantung


Orangnya mudah didekati, senang dibawa berbicara, senang berkongsi cerita, seorang yang cukup humble, itulah Mat Zan Mat Aris, Ketua Jurulatih Terengganu yang kini berdepan tekanan berat untuk mengembalikan reputasi hebat Sang Penyu selaku satu daripada kuasa besar bolasepak tanah air.

Ketika dihubungi SS, Mat Zan jelas tidak keberatan untuk berkongsi pandangannya mengenai peluang Terengganu yang sedang dalam usaha pulih daripada prestasi lesu, dan optimis naib juara liga super dan finalis Piala Malaysia musim lalu ini akan bangkit mempamer aksi lebih bertenaga selepas ini.

“pada saya, saya tak suka banyak berbicara, cakap camgitu camgini, sebab at the end prestasi pemain yang akan menentukan, so biar pemain buktikan bahawa mereka bagus. Saya sebagai jurulatih takboleh cakap sesuatu yang mungkin memberikan tekanan kepada pemain, saya boleh tentukan line-up, tentukan strategi, tentukan formasi mahupun taktikal, tapi yang mengaplikasikan di atas padang adalah pemain, dan saya yakin terhadap pemain saya, saya beri mereka peluang dan kepercayaan penuh..

“saya akui moral pemain sebelum ini ada yang terjejas ekoran beberapa insiden luar padang, seperti bantahan dan desakan penyokong, provokasi dan sebagainya. Namun tak semua penyokong macam tu, ada juga memberi sokongan penuh, dan pemain juga faham tanggungjawab, apa yang perlu mereka lakukan, kemenangan besar ke atas Song Lam sedikit sebanyak mengembalikan semangat mereka, dan saya mahu ia menjadi turning point untuk skuad ini..”. – Mat Zan Mat Aris.

Mat Zan percaya pemainnya juga sudah bersedia menterbalikkan kekalahan 1-2 kepada Sime Darby FC pada aksi separuh akhir pertama Piala FA tempoh hari, di mana Terengganu perlu mencari setidak-tidaknya kemenangan melebihi defisit 2 gol untuk mara buat kali kedua berturut-turut ke final seterusnya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu.

Tanpa Manaf Mamat yang diberitakan masih dalam proses merawat kecederaan, Mat Zan bagaimanapun yakin dapat menurunkan barisan kesebelasan terbaik dan dijangka sekali lagi menagih kudrat trio berbisa di barisan depan, Ashaari Shamsudin - Forkey Doe – Hadi Yahya.

Ditanya mengenai kontroversi di sebalik pengantungan yang sepatutnya dijalani pemain import, Forkey Doe, namun diturunkan pada separuh akhir pertama yang lalu malah menjaringkan gol penyamaan, Mat Zan menafikan perkara itu dan menganggap ianya hanya salah faham.

“saya rasa ianya salah faham, sebelum ini saya kata kita tidak dapat guna khidmat pemain seperti Ismail Faruqi, Zubir Azmi, Forkey Doe dan Manaf yang mana menjalani pengantungan dan kecederaan. Jadi pengantungan tu saya merujuk kepada Ismail dan Zubir, Doe dan Manaf pula kecederaan, itu jer, mungkin ada berlaku salah faham, dia tidak digantung cuma cedera ringan, tempoh hari kita terpaksa juga turunkan Doe sebab tiada pilihan lain, manakala Manaf pula saya berpendapat adalah tidak elok mengambil risiko memandangkan dia belum pulih sepenuhnya..”.

Terengganu baru-baru ini mengesahkan tiket ke pusingan kedua Piala AFC selepas membelasah Song Lam 6-2 di gelanggang sendiri, dan berada di tangga ketiga Liga Super di belakang Lions dan Kelantan, manakala dalam saingan Piala FA, mereka di ambang tersingkir selepas tewas di gelanggang sendiri kepada Sime Darby, namun berpotensi mengubah situasi itu jika para pemain mengekalkan konsistensi dan menunjukkan aksi sepertimana ketika membenam kelab dari Vietnam itu..

1 comment:

Anonymous said...

simple sangat la article ni bro..patutnye lpas dapat award lagi best cerita2 dlm blog..tapi takpelah..harap perbaiki di masa akan datang..ok chow..