Saturday, April 28, 2012

Pahang Unggul Seperti Diramal


Nur Jannah Alias amat gemuruh sebelum bermula Kejohanan Silat Kebangsaan edisi ke-16 tetapi kini dia boleh berbangga selepas menyumbang tiga pingat emas dalam acara Silat Seni.


Pahang menguasai lapan daripada 12 pingat emas yang dipertandingkan dalam kategori Silat Seni dan pesilat 18 tahun dari Temerloh itu yang mula berjinak-jinak dengan sukan itu sejak Tingkatan 3, kini bergelar juara kebangsaan dalam tiga acara.

“Saya tidak memasang sebarang sasaran ketika menyertai kejohanan ini kerana ini adalah kejohanan pertama saya sertai di peringkat tertinggi," kata Nur Jannah, yang memenangi pingat emas dalam acara jurus tunggal ganda dengan kembarnya, Nur Atikah Alias dan dua emas lagi bersama-sama Siti Nur Fadhillah Abu Karim dalam Tempur berpasangan tangan kosong dan berpasangan senjata.

“Saya agak gemuruh sebelum pertandingan bermjula dan kini lega segala-galanya sudah berakhir! Saya perlu berterima kasih kepada jurulatih saya, Suzie Sulaiman yang menjadi sumber inspirasi kepada saya.”

Suzie mula-mula mengesan bakat kembar itu dan mula menonton persembahan mereka pada satu majlis perkahwinan, dan memanggil mereka untuk menjalani latihan bersama pasukan negeri.

“Saya berada di Tingkatan 5 ketika mula menyertai pertandingan di peringkat daerah dan terkejut kerana menang. Ia memberi keyakinan kepada saya untuk terus serius dalam sukan ini," kata Nur Jannah yang akan mencecah usia 19 tahun pada Halloween.
  
“Kini sasaran utama saya ialah terpilih ke dalam skuad kebangsaan. Saya mahu mencuba nasib bersama pasukan kebangsaan supaya terpilih ke Kejohanan Dunia yang akan diadakan penghujung tahun ini."

Ketika ditanya sama ada dia bercita-cita mahu menjadi juara dunia pula, Nur Jannah menjawab: "Saya sentiasa memberikan 100% setiap kali turun gelanggang. Semua mahu menjadi juara dunia dan saya tiada bezanya."

Tentera, Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu semuanya mengutip baki satu pingat dalam kategori Silat Seni. --- Media247 ---

KEPUTUSAN (Akhir) :

Putra
Solo Kreatif: 1. Amirul Akmal Abdullah (ATM) 200 mata, 2. Hafizzuddin Mohamad (Terengganu) 197 mata, 3. Muhamad Hazri Yahid Kasimi (Perak) 195 mata

Tempur Berpasangan Tangan Kosong: 1. Mohd Hairi Jupri-Indra Putraya Adi April (Kuala Lumpur) 213 mata, 2. Muhammad Abdullah-Muhammad Hazri Zahid Kasimi (Perak) 203 mata, 3. Mohammad Firdaus Sabarudin-Abdul Hanif Hasbullah (Pahang) 203 mata
* Perak menang menerusi kekayaan teknik

Tempur Berpasangan Senjata: 1. Mohd Ahfiz Mohammad Arif-Mohd Taqiyuddin Hamid (Pahang) 208 mata, 2. Muhd Akmal Hafiz Jamaluddin-Muhd Azim Abd Aziz (Selangor) 204 mata, 3. Muhammad Abdullah-Muhammad Hazri Zahid Kassim (Perak) 198 mata.

Jurus Tunggal: 1. Mohd Faqiyuddin Hamid (Pahang) 453 mata, 2. Hilmi Asmawi Zakaria 443 mata, 3. Amirul Akmal Abdullah (ATM) 441 mata

Ganda: 1. Mohd Hafiz Mohammad Arif-Mohammad Tqiyuddin Hamid (Pahang) 552 mata, 2. Mohd Asyraf Ridzuan-Mohd Aminul Hakim Hani Salwan (Selangor) 522 points, 3. Muhammad Syafik Zikri Sulong-Muhammad Faiz Faisal Zikri (Terengganu) 515 mata

Regu: 1. Mohd Nazreen Zulkefli, Mohd Hafidzul Hakimi Ibrahim, Rosli Mohd Sharif (Pahang) 452 mata, 2.  Muhd Hanif Aminuddin, Mohd Irzad Amier Mat Ali, Nazrul Azam Aliasaa (Selangor) 447 mata, 3. Mohamad Rosidi Md Yunus, Douglas Mut Jelian, Mohd Shahiddan Din (ATM) 438 mata

Putri
Solo Kreatif: 1. Nur Atikah Alias (Pahang) 201 mata, 2. Roslinda Jupri (Kuala Lumpur) 195 mata, 3. Nur Fazira Abd Hamid (Selangor) 191 mata

Tempur Berpasangan Tangan Kosong: 1. Siti Nur Fadhillah Abu Karim-Nur Jannah Alias (Pahang) 219 mata, 2. Nabila Rojangi-Nor Amira Mat Sapie@Mat Shafie (Perak) 215 mata, 3. Nur Amirah Abdul Halim-Nur Syuhada Nordin (Kuala Lumpur) 210 mata

Tempur Berpasangan Senjata: 1. Siti Nur Fadhillah Abu Karim-Nur Jannah Alias (Pahang) 192 mata, 2. Nabila Rojangi-Nor Amira Mat Sapie@Mat Shafie (Perak) 175 mata, 3. Nur Khairani Surianto-Amirah Adbidah Adenan (Melaka) 167 mata

Jurus Tunggal: 1. Nurul Syahidah Hishamuddin (Selangor) 446 mata, 2. Nir Naema Nayan (Perak) 445 mata, 3. Nur Atikah Alias (Pahang) 444 mata.


Ganda: 1. Nur Atikah Alias-Nur Jannah Alias (Pahang) 541 mata, 2. Nor Hamizah Abu Hassan-Nur Syazreen A. Malik (Gayong Fatani) 525 mata, 3. Nor Amira Mat Sapie@Mat Shafie-Nabila Rojangi (Perak) 513 mata

Regu: 1. Wan Fatin Hana Wan Mohd Noor, Tengku Shariza Tengku Azahar, Tengku Sharina Tengku Azahar (Terengganu) 449 mata, 2. Sharipah Nor Hafizah Syed Azhar, Syahidah Atiqah Omar, Fiaz Noraini Omar (Selangor) 448 mata, 3. Nor Afizah Ariffin, Nurul Hidayah Sobri, Nur Inani Rahmat (Melaka) 446 mata

No comments: