Thursday, April 19, 2012

Pencalonan Satu Pengiktirafan, Sekalung Penghargaan Buat Astro Arena



Pertama sekali setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Astro Arena yang meraikan ulangtahun kedua mereka bulan Mac tahun ini, seterusnya sebagai memeriahkan lagi HARI LAHIR mereka, menganjurkan Anugerah Astro Arena sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlang para atlet dan personaliti sukan tanah air.

Anugerah Arena bukan sesuatu yang baru sebenarnya buat peminat sukan tanah air, apabila anugerah itu yang julung kali diperkenalkan tahun lalu menyaksikan pengiktirafan buat Safee Sali, Nur Ayuni Abdul Halim (Menembak) dan Khairul Fahmi Che Mat sebagai atlet harapan pilihan.

Tahun ini hanya Khairul Fahmi yang masih kekal bersaing bagi kategori atlet lelaki pilihan, tatkala penerjun sensasi yang baru dinobatkan Olahragawati Kebangsaan, Pandalela Rinong dan pemenang 5 pingat emas Sukan Sea, Katrina Ann mendahului pencalonan bagi kategori wanita. 

Apapun, majlis pada tahun ini dijangka lebih meriah, dengan tiga kategori baru diperkenalkan termasuklah blog sukan pilihan yang mengiktiraf sumbangan blogger sukan tanah air.

Ironinya, calon-calon yang tersenarai kesemuanya dari kalangan wartawan atau bekas wartawan iaitu Christopher Raj (bekas wartawan NST Sport), Satwant Singh (bekas wartawan Mailsport), Haresh Deol (wartawan MalayMail) dan penulis sendiri, bekas wartawan Bernama TV.

Penulis cukup terharu dengan pencalonan ini, dan berterima kasih kepada Astro Arena  kerana sudi mencalonkan blog Suara Sukan sebagai satu daripada 4 blog sukan pilihan – dengan undian orang ramai, peminat sukan tanah air akan menentukan siapa yang muncul pemenang.

Bagi SS, sememangnya peluang untuk menang agak tipis jika dibandingkan calon yang lain, namun sekali lagi, tercalon di salah satu anugerah sukan berprestij tanah air ini sendiri sudah dianggap sebagai satu pengiktirafan, dan SS menganggapnya sebagai satu kemenangan moral.

Berikut calon-calon bagi 8 kategori anugerah yang dipertandingkan :

Atlet Lelaki Pilihan Berpasukan :
Khairul Fahmi (Bolasepak), Adrian Ang (Boling), Bryan Nickson Lomas (Terjun), Cheng Chu Sian (Memanah), Madzli Ikmar (Hoki)

Atlet Wanita Pilihan Berpasukan :
Pandalela Rinong (Terjun), Jaqueline Sijore (Boling), Katrina Ann Hadi (Renang Berirama), Png Hui Chuen (Renang Berirama), Nur Fatehah Mustapha (Berbasikal)

Atlet Muda Pilihan :
Zulfadli Zulkifli (Badminton), Nazmi Faiz (Bolasepak), Aaliyah Yoong (Ski Air), Jupha Somnet (Berbasikal), Adeq Husaini (Berbasikal)

Kebangkitan Pilihan :
Sam Chong (Snuker), Lee Hup Wei (Lompat Tinggi)

OKS, calon jurulatih pilihan
Jurulatih Pilihan :
Yang Zhu Lian (Terjun), Holloway Cheah (Boling), Lee Jae Hyun (Memanah), Ong Kim Swee (Bolasepak), John Beasley (Berbasikal)
Blog Sukan Pilihan :

Haresh Deol (Foul), Chris Raj (Jaiho Malaysia), SS Dhaliwal (SportsMalaysia), Muhammad Aiman (Suara Sukan 1Mas)

Perlawanan Pilihan :
Malaysia vs Indonesia (Final Bolasepak Sukan Sea), Lee Chong Wei vs Lin Dan (Final All England), Terengganu vs Negeri Sembilan (Final Piala Malaysia), Malaysia vs Singapura (Kelayakan Piala Dunia), Malaysia vs Australia (Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor)

Meja Sukan Pilihan :
The Star, Kosmo, Berita Harian, New Straits Times, Harian Metro, Kosmo

1 comment:

Dunia Baru said...

Blog Sukan Pilihan - SuaraSukan1Mas (Mohd Aiman)

Tahniah bohhhhhhhhhhhhhh