Syarikat Pengurusan Acara dan Pembangunan Sukan, Hitch
Marketing, tampil sebagai penaja utama Majlis Pelancaran Kad Diskaun Yayasan
Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim semalam.
Penulis ketika menemuramah Reduan minggu lalu |
Pengerusi Hitch, Reduan Abdullah yang juga bekas pemain
bolasepak kebangsaan era 70-an, berkata pihaknya melihat YAKEB sebagai platform
terbaik untuk berbakti kepada bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara,
dan berbangga diberi peluang menjalinkan kerjasama di dalam membelas nasib
bekas atlet.
“Saya sendiri sebagai bekas atlet, dan ahli YAKEB,
menghargai peranan yang dimainkan YAKEB, sebagai ahli kita menerima banyak
manfaat dari YAKEB, mereka perlukan sokongan terutamanya dari segi kewangan
untuk bantu ahli, dan ini saya lihat sebagai menyumbang balik kepada YAKEB,
untuk mengurangkan beban mereka.
“Ini adalah permulaan dan saya harap kerjasama antara Hitch
dan YAKEB akan berterusan untuk jangka panjang, kami selalu fikirkan bagaimana
mahu menyumbang, dan ini salah satu cara yang kami fikirkan sesuai. Diharap
kedua-dua pihak menikmati manfaat hasil kerjasama ini, bekas atlet menyumbang
untuk kebajikan bekas atlet,” ujar Reduan.
Pengurus Besar Hitch, Ashraff Mazlan ketika menjelaskan
mengenai perkhidmatan ditawarkan Hitch, berkata, “kita terlibat secara langsung
di dalam memberi khidmat nasihat dari segi nutrisi pemakanan dan membekalkan
Nutrien kepada atlet melalui kerjasama dengan Institut Sukan Negara, khidmat
nasihat dan kaunseling dalam bidang sukan, bekerjasama dan menyelaras Akademi
Bolasepak, penajaan korporat dan sebagainya.”
Untuk makluman, Hitch ditubuhkan pada 2009, didaftarkan sebagai Hitch Resources Sdn Bhd sebelum dikenali dengan nama Hitch Marketing bermula tahun 2011.
2 comments:
Blog Sukan Pilihan - SuaraSukan1Mas (Mohd Aiman)
Tahniah bohhhhhhhhhh
Aiman...saya kenal Reduan Abdullah disekitar akhir tahun 60han,diketika itu beliau bermain dengan kelab bolasepak Pemuda UMNO Selangor dalam liga division satu, saya masih ingat semasa itu nama2 seperti Zulkifli Norbit, Mokhtar Dahari, Khalid Ali, Sadar Khan dan adiknya Datuk Dil Akhbar Khan (Bekas SU Agung FAM), jamaludin Norbit, Abdullah Nordin, Rozaini Nasron dan Mazlan Harun . Jurulatihnya Che Abdul Ghani Minhat (masa itu belum mendapat gelaran Datuk lagi) Inilah nama2 yang menjadi ikon kepada saya di saat saya mula2 meminati bolasepak. Stadium MINDEF di Jalan Padang Tembak, padang piolis depot di Jalan Gurney, stadium TPCA di Jalan Raja Muda dan padang Kelab Sultan Sulaiman di Kg Baru, inilah venue2 yang tersohor diketika itu selain daripada Stadium Merdeka. Inilah nama2 yang amat nostalgik bagi saya yang setiap petang terpaksa berbaisikal dari Kg Datuk Keramat ke venue2 tersebut apabila ada perlawanan yang melibatkan pasukan Pemuda UMNO. Antara pasukan2 lain yang bermain di liga division satu Selangor ketika itu ialah Kelab SCRC (Selangor Chinese Recreation Club diketuai oleh Arthur Khor),TPCA (Tamilian Physical and Cultural Association di ketuai oleh M.Chandran)nama2 ini tidak asing bagi peminat2 bolasepak Selangor ketika itu,
Untuk sdr Redu, khidmat sdr dan rakan2 yang saya paparkan amat besar untuk kenajuan bolasepak Selangor khususnya dan negara amnya...tksh
Post a Comment