Wednesday, April 25, 2012

Kemenangan Buat Semua



Pertamanya, setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan buat Astro Arena, kerana memilih Suara Sukan sebagai pemenang kategori blog sukan popular Anugerah Arena yang berlangsung malam tadi. Lebih manis, kategori ini pertama kali diperkenalkan dan penulis agak terkejut dan teruja apabila diumumkan sebagai pemenang sulung kategori ini.

Jutaan penghargaan dan terima kasih juga kepada semua pembaca, rakan-rakan, pengunjung blog ini yang mengundi dan memberi sokongan sama ada secara langsung atau tidak dalam memastikan SuaraSukan diiktiraf sebagai blog sukan terbaik, sesungguhnya kemenangan ini  TIDAK MANIS dan TIDAK BERMAKNA TANPA SOKONGAN anda semua. Kemenangan ini adalah MILIK KITA SEMUA.

Penulis juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi penghargaan kepada bekas sifu, SHAUKEI KAHAR, yang mana kalau bukan kerana peluang yang diberi beliau lebih kurang 6 tahun lalu untuk saya terlibat di dalam bidang kewartawanan atau penulisan sukan menerusi syarikatnya SILVERSPORTS/MEDIA SUKAN, saya mungkin tidak akan sampai ke tahap ini – bekas wartawan di Bernama TV, kini Ketua Pengarang di YAKEB dan berblogging untuk mencapai kepuasan dalam menulis.


Apapun saya tidak menganggap Suara Sukan atau diri saya lebih baik daripada calon-calon lain sebaliknya kita semua (Haresh Deol, Chris Raj) adalah sama, dan dalam masa sama akan cuba memperbaiki lagi setiap kelemahan yang ada – dengan kekangan MANPOWER, adalah sukar untuk SS mengikuti perkembangan semua jenis sukan, sebab itulah juga fokus lebih terarah kepada bolasepak.

InsyaAllah, SS akan kekal dengan matlamat atau misi yang sama - hadir dengan laporan, berita, kupasan, analisa dan pendedahan lebih BOMBASTIC, memberi peluang kepada atlet, bekas atlet dan pembaca-pembaca untuk menyuarakan pendapat, melontarkan cadangan demi pembangunan sukan itu sendiri – setiap komen-komen anda saya terima, saya baca dan nilai, maafkan sekiranya tidak sempat memberi maklumbalas, namun IT’S NOTED.

Terima kasih juga kepada blogger terkenal tanah air, Abang Rizal Hashim, kerana menyampaikan anugerah malam tadi, pastinya ia menjadi suntikan moral dan aspirasi kepada saya, agak berdebar sebenarnya, hinggakan apabila nama saya diumumkan terus naik ke atas pentas tanpa bersalam dengan rakan semeja (ralat yang perlu diperbetul di masa akan datang) - dan tiada sengketa antara saya dan RH sepertimana disebut MC, Akhbar Sahari, saya lebih suka mengatakan ianya sebagai perselisihan pendapat sahaja, tidak lebih dari itu.

Tahniah kepada semua pemenang Anugerah Arena malam tadi, kepada yang tidak berjaya, anda semua juga adalah yang terbaik di arena sukan negara. Agar ianya menjadi motivasi untuk kejayaan lebih cemerlang kepada anda semua di masa akan datang!

bersama Lee Hup Wei
Senarai Pemenang Anugerah Arena 2011: 

Blog Sukan : SUARA SUKAN (MUHAMMAD AIMAN)
Atlet Lelaki : Khairul Fahmi (Apek)
Atlet Wanita : Fatehah Mustapha
Jurulatih : Ong Kim Swee
Pemain Muda : Nazmi Faiz Mansor
Kebangkitan Pilihan : Lee Hup Wei
Meja Sukan : Harian Metro
Perlawanan Pilihan : Malaysia vs Indonesia (Final Sukan Sea)

8 comments:

mdfaizal said...

tahniah bro aiman.. lepas ni pasti ramai bos2 besar sukan akan tau blog ni. dan akan baca entry psl bola & FAM. yeeahhh. hehe

Dunia Baru said...

kelahh demo boh.....sokong demo..

siqa lirik said...

tahniah bro atas terpilih sebagai pemenang kategori blog sukan popular Anugerah Arena...keep on blogging
all da best

pang said...

Tahniah jugok dari kawe...lpeah ni demo ake dikenali atau lebih dikenali sbg pemberi info yg lebih ekslusif...tahniah sekali lagi...

zaza said...

Thniah!!!! Sya slalu follow ur blog. Pandangan dan kritikan yg dilontarkan adalah telus, tidak bias dan mendidik masyarakat untuk terus mencintai dunia sukan. Smoga kemenagan ini akan terus menambahkan semangat anda untuk trus berkarya. Keep it up!!!!!

ibun_jogho said...

Alhamdulillah. Tahniah. Lps ni biar kenamaan, kepimpinan, & persatuan sukan blh tgk dan baca sakali blog ni. Biar mrk tgk apa reaksi peminat sukan yg bkn hanya bersikap mengampu.

Kebanyakn media ada sikap mengampu; memuji perkara yg x patut dipuji, mengeji perkara yg x patut dikeji. Kali ni biar mrk mmbuka mata.

Buat kenamaan, persatuan, kempimpinan, Jangan leka terhadap pujian. Sekali skala baca dan teliti jg sumbangan kritikan..

Tahniah skali lg..

Anonymous said...

wow! Bru tahu ni.. Taniah aiman demo mmg sedap! *eyiez*

Anonymous said...

Jgn jadi mcm Rizal A Shame dan Ahmad Hawauri yg mempunyai agenda sendiri.