Foto : Gegar Media |
Firasat mengatakan Tan Sri Annuar Musa akan dilepas tanpa
dikenakan sebarang hukuman, sekadar diberi amaran keras malah ramai juga rakan
media yang berpendapat sedemikian -- namun, skrip yang telah dicipta sejak awal
sememangnya tidak mampu diubah.
Hukuman gantung yang dikenakan sudah diduga sejak sebelum
perbicaraan bermula lagi malah tidak keterlaluan kiranya dikatakan bahawa usaha
Annuar mengumpulkan bahan bukti sama ada berbentuk teks mahupun rakaman video,
berhujah membela diri sebenarnya satu tindakan yang sia-sia.
Digantung 2 tahun setengah, atau 30 bulan berkuatkuasa 4
April 2012, tanpa sebarang peluang membuat rayuan memandangkan hukuman yang
dijatuhkan ini disifatkan sebagai paling MINIMA oleh Pengerusi Jawatankuasa
Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak, sekaligus bermakna arena bolasepak tempatan
kehilangan seorang lagi tokoh yang cukup berpengaruh di dalam
mentransformasikan bolasepak tempatan, khususnya di Kelantan.
Ditanya kepada Taufek apakah keputusan JK Tatatertib itu
relevan selepas mengambilkira hujah pembelaan yang dikemukakan Annuar, dan
adakah pertuduhan yang dikemukakan ke atas Annuar itu benar-benar meyakinkan
pihak pendakwa untuk menjatuhkan hukuman atau ia sebenarnya dipengaruhi
campurtangan pihak lain, jawapan Taufek amatlah mengecewakan.
“ya, kita telah meneliti, Tan Sri bukan sahaja menunjukkan teks
ucapan serta transkrip penuh temuramah, tetapi juga rakaman penuh video, kita
telah beri peluang yang sebaiknya untuk beliau membela diri, dan kita juga
telah berlaku adil kepada Tan Sri, selepas melihat bukti yang dikemuka, kami
hampir sebulat suara berpendapat dia bersalah, atas dua pertuduhan yang
dikemuka iaitu melanggar statut FAM di mana hanya Presiden boleh bersuara, dan
kedua melanggar titah seorang lagi Timbalan, Tengku Abdullah, iaitu
membicarakan hal-hal dalaman FAM kepada umum..”.
Apa yang dilihat sebagai mengecewakan, jawapan yang diberi
Taufek itu seolah ‘jawapan standby’ sejak sebelum perbicaraan bermula, dan bukannya
jawapan yang keluar secara spontan pada ketika soalan itu diajukan.
Bagaimana hampir semua ahli jawatankuasa, yang mana
dilaporkan dianggotai sebanyak 8 orang, boleh sebulat suara membuat keputusan
TSAM bersalah?
Adakah hujah membela diri yang dikemukakan TSAM, beserta rakaman
penuh video temuramah tidak langsung menimbulkan keraguan munasabah sama ada beliau
memang telah mengkritik, atau lebih kepada menyatakan pendapat – melainkan anggota
DB termasuk Taufek telah awal-awal lagi diarahkan untuk hanya mendengar dan
mengangguk apa jua hujah yang disampaikan TSAM, dan kemudian kononnya sebulat
suara kenakan hukuman paling minima?
Hukuman gantung 30 bulan ini juga bermakna, Annuar tidak
lagi boleh terlibat secara langsung dalam mana-mana aktiviti bolasepak yang
melibatkan FAM, termasuklah sebagai Presiden KAFA dan Pengerusi MSL, dan dia
juga secara automatic kehilangan peluang untuk bertanding di Kongres FAM yang
akan datang, yang mana pemilihannya dijangka
berlangsung pada Julai 2014.
Yang peliknya, apa yang disuarakan TSAM sebelum ini tidaklah
seteruk bekas Timbalan Presiden FAM pada penggal sebelum ini, Khairy Jamaludin,
yang lebih jelas dan lantang mengkritik kepimpinan FAM tanpa langsung
berselindung (baca sini). Pada ketika ini Khairy masih lagi bergelar Timbalan
Presiden, dan apa yang disuarakannya itu dengan jelas memberi gambaran dan imej
buruk kepada FAM.
Malah, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azuddin Ahmad juga sempat
memberi kenyataan balas dengan mengatakan dakwaan Khairy itu mengarut dalam
tempoh kurang 24 jam, tetapi tidak pula mengemukakan surat pertuduhan kepada
KJ?
Jika alasannya adalah kerana Khairy tidak akan
mempertahankan jawatan pada kongres yang berlangsung pada 31 Julai 2010,
bukankah ada 14 hari dari tarikh kenyataan itu disiarkan pada 18 Julai 2010?
Manakala untuk kemukakan surat pertuduhan hanya memerlukan masa sehari sahaja,
jadi dalam tempoh 14 hari itu, KJ masih boleh dibicarakan oleh DB, tetapi ianya
tidak berlaku??
Dan sebut pula tentang surat pertuduhan, ia juga membawa
kita ke satu lagi episode baru, di mana sebentar tadi Taufek MENAFIKAN bahawa
dia terlibat di dalam mengheret TSAM ke JK Disiplin sepertimana didakwa Azuddin
sebelum ini.
“ada pihak cuba mengaitkan saya atau DB sebagai individu
yang bertanggungjawab buat aduan dan keluarkan surat pertuduhan kepada TSAM, ia
TIDAK BENAR. Aduan berkenaan TSAM dibuat oleh secretariat, dan secretariat jugalah
yang bertangungjawab keluarkan surat pertuduhan. DB hanya MENERIMA surat
pertuduhan, dan membicarakan kes ini, itu sahaja peranan DB..bukan kita yg keluarkan surat pertuduhan kita bertindak atas surat pertuduhan yg diterima..jangan ada yang
salah faham dan cuba kaitkan DB..”.
Kenyataan Taufek ini amatlah bercanggah dengan kenyataan
Azuddin sebelum ini, yang mana Azuddin
mendakwa Taufek yang mengarahkannya untuk keluarkan surat pertuduhan. Jadi siapa
yang bercakap benar? Apa motif Azuddin sebenarnya, apakah dia mempunyai
personal agenda atau konspirasi menjatuhkan TSAM – satu lagi persoalan.
11 comments:
saya nak cadangkan sesuatu, berani tak kita peminat bola tempatan untuk berkumpul depan wisma FAM pada tarikh 28-4-2012, yee, sama tarikh dengan bersih, bukannya niat untuk menyokong bersih, tetapi ini peluang untuk menekan ketidak adilan FAM, menekan kerajaan yang memberi dana kepada FAM dan supaya kerajaan bertindak mengubah struktur FAM ni, selama ni kita dah puas jerit2, pasang banner sini sana, tp FAM x pernah dgr, x pnah layan suara peminat, siapa FAM kalau tanpa peminat, dan masa inilah kerajaan akan dengar suara peminat bola, saya menulis bukan atas kapasiti politik, saya cuma nampak ada peluang untuk menekan FAM... jika ada kebaikan, jom kita bersama berkumpul, jika lebih kepada keburukan, x mengapa, ini cuma cadangan saya peminat team harimaumalayaaaaa
statut juno, oresiden kuno dan setiausaha agung pun kuno. asuddin makin power skrg. lepas ini dia bubarkan msl supaya dia kontrol habis dan boleh terus temberang presiden.
lpas ni sy dh xnk sokong h.malaya slgi org yg tidak adil mengemudi...cukup terkilan sbg sorg penyokong bolasepak... :/
x payoh dok kumpul sekali ngan bersih la..banyok kijo lepah tu..biarla set bersih tu...xpasal2 keno heret masuk lokap...
best time to judge komen TSAM betul ke tak is masa AFF Suzuki Cup nti..kalu M'sia kaloh maso tu..kita sama2 tunggu je la..
Ada TSAM komen, kalau nk buat komen, kene rujuk secretariat, yg bersidang 3 kali setahun..what the heck is this???? hahah...tahla..FAM...FAM...
"hanya Presiden boleh bersuara,". Ini kesalahan pertama. Bukankah TAM jg tmbalan pengurusan skuad snior? Nampaknya ada monopoli kepimpinan..? Hanya pres yg blh bersuara..
Kesalahan 2 "... melanggar titah seorang lagi Timbalan, Tengku Abdullah ...". Tengku ni timbalan, TAM jg timbalan. Bukankah kedua2nya sama pangkat dlm pengurusan? Kalau ini dikatakan kesalahan, nampaknya FAM kena buat struktur baru kedudukan pegawai. Pertama Pres, 2- Pres 1. 3-Barulah timbalan, sterusnya Naib, dan begitulah sterusnya.
Mengkritik ditafsirkan spt mengutuk..
berat nanang doh belake.. ambe kenang dgn cara TSAM tadbir urus bola wlpn politik xbrpe sehala tp dgn penuh yakin ambe berani oyak kebangkitan bola sepak malaysia, kemeriahan liga super, penglibatan syarikat2 korporat menaja pasukan negeri semuanya ada kaitan dengan TSAM..
Hehehe..Without U also we can go on in fact much better, 25 years is a very long time jubli perak lah katakan ....
aku rasa kita kena buat surat protes utk badan induk bola sepak dunia untuk campur tangan dalam hal ni....mu ada member @ contact sapa2 kat FIFA x admin???
harap2 tengku abdullah main peranan dan jd org tengah dlm permasalahan TSAM..utk kebaikan bolasepak malaysia dan bolasepak kelantan amnya..kerana bolasepak kelantan bangkit hasil jasa dan usaha gigih TSAM.
Malas dah nak komen FAM pasal presidennya. Cuma satu saja, apa kata kita cipta satu slogan dan rentangkan setiap kali kita menonton bolasepak di mana2 stadium di Malaysia. Cth.. BOLASEPAK MALAYSIA AKAN MAJU TANPA PRESIDEN SEKARANG.
Jadikan ini sebagai tekanan untuk presiden letak jawatan, nak harap laetak jawatan sendiri mimpi la..
Post a Comment