Sunday, July 24, 2011

Tewas 3-5, Undang Reaksi Pelbagai Bekas Pemain


Kekalahan 3-5 skuad HARIMAU MALAYA kepada Singapura pada aksi pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia malam tadi, mengundang reaksi pelbagai beberapa bekas pemain kebangsaan yang ditemui Suara Sukan pada majlis makan malam Koperasi Atlet Malaysia Berhad di Ipoh, Perak.

Rata-ratanya berpendapat kemenangan Singapura bukanlah kerana mereka lebih hebat, sebaliknya kerana setiap inci kelemahan Malaysia sudahpun dikesan, dikaji dan dimanfaatkan sebaiknya jurulatih Singapura, Radojko Avramovic – semuanya gara-gara aksi persahabatan kononnya berprofil tinggi menentang Kelab EPL yang diatur FAM, baru-baru ini.

Berikut antara beberapa komen yang sempat dikumpul.

 “you tengok singapura friendly lawan Taiwan, Maldives, Etoile Fc jer pun, DIORANG TAK TERLALU AMBITIOUS nak mencuba kekuatan dengan pasukan hebat, SAMBIL TU DIA INTIP kekuatan, kelemahan kita. KITA PULA SIBUK nak lawan EPL, memang katanya sebagai persiapan lawan Singapura, tapi persiapan Singapura kita tak ambil tahu sebab TERLALU GHAIRAH nak lawan Arsenal, Liverpool. 2 pasukan tu dah mendedahkan kepincangan kita, COACH PUN TAHU TAPI TAK RETI nak betulkan. Singapura bolehlah ucap terima kasih kepada FAM..”. – Shukor Salleh, bekas pemain skuad Olimpik 1980.

“perlawanan menentang kelab EPL YANG BAIKNYA menDEDAHkan kelemahan kita, yang TAK BAIKnya kita GAGAL TAMPAL kelemahan itu. masa lawan Arsenal dan Liverpool barisan pemain yang diturunkan serta formasi adalah sama, Singapura dengan jelas BOLEH BACA game kita, pendapat saya sepatutnya turunkan dua skuad yang berbeza, biar lawan (Singapura) keliru. dia nampak kita utilize kunalan dan safiq, bocornya pertahanan, kelemahan goalkeeper, semuanya dia dapat kaji melalui 2 game tu. pada saya FAM biarlah lebih realistic, saya tak kata salah lawan kelab besar ni, tapi TIMING TAK KENA, BUKAN INI MASANYA. terima kasihlah FAM menyentap harapan kami..”. – Johari Maina, bekas pemain kebangsaan.

“pemain mungkin penatlah kot, 2 game lawan team besar dalam 3 hari adalah berbeza dengan 2 game lawan team macam Thailand, Vietnam dalam tempoh masa sama. player dah perah tenaga mereka, mungkin tidak dapat rehat secukupnya. Memang singapura lawan Taiwan pun 4 hari sebelum game, tapi macam saya kata tadi, lawan Taiwan dan lawan Liverpool berbeza. saya tak setuju jika kata kita tak boleh lawan kelab EPL, memang ia berguna untuk memberi pengalaman, tapi dalam situasi ni ia memberi kelebihan kepada Singapura, mereka nampak pertahanan kita lemah, saya harap mereka dapat terbalikkan keputusan di Bukit Jalil nanti..”. – Md Nor Yaakob, bekas pemain kebangsaan.

“kita dah tahu kelemahan kita kat mana, tapi kita tak perbaiki. Takde guna coach asyik nak melenting kata defend lemah, tapi tak ambil pendekatan nak tutup kelemahan tu, kalau duk bolos 4,5,6 gol, striker skor 3,4 gol pun takleh nak wat ape..masa AFF defend lah main peranan penting sekarang sebaliknya so something wrong la tu. sekarang ni jangan cari sebarang alasan, kita masih ada peluang, belum tertutup. We must be positif, menang 2-0 pun dah cukup, kita boleh lakukannya walaupun saya yakin tekanan kuat menghimpit kita..”. – Kamarulzaman Yusoff, bekas pemain kebangsaan.

“bagi saya tekanan dan harapan terlalu tinggi. kita tak boleh salahkan mereka, lawan kelab EPL dan Singapura jauh berbeza. Atmosphere dia lain. Sepatutnya kita didedahkan perlawanan yang mana pasukan dia mempunyai kekuatan standing atau lebih kurang Singapura, so kita boleh ukur dan tengok dengan jelas mana silap kita. Ini lawan EPL, game yang dah tentu u akan kalah, apa yang u boleh tengok? Singapura pula steady je, lawan pun pasukan cikai..kita kena menang kurang-kurang 2-0, so let’s hope for the best la..dont say no untill last kick of the game..”. – Datuk Ghani Minhat, bekas pemain dan jurulatih kebangsaan.

22 comments:

Anonymous said...

dah tu.. hambik la ko king gobal.. turunkan lagi peberet playerr ko tuh.. mcm cisss... ambik pengajaran la rajabopal lepas ni.. tgk ong kim swee sebagai cth.. dia guna skuad pilihan jer tp dpt kekang chelsea walaupun kalah..

Anonymous said...

defend male takdi paka puok2 skoloh mano tu,main supo burit,babi la rajagopal main mcm tu pn tokse tkar defend,kalu main bukit jalil ni pakai defend tu jgok mapuh la aku tok g tengok.

ibun_jogho said...

Maaf cakaplah. Ini dia barisan Datuk K.Rajagobal. Barisan Rajagobal. Bkn barisan MALAYSIA. Maaf cakaplah.

DR tlh mnunjukan KASIH SYG YG X BERBELAH BAGI kpd pemain2 KESAYANGANNYA. DR lbh percaya dgn anak2 lamanya drp anak didik baru.

First E lwn Liverpol & Arsenal pmain yg sama. Msh percaya mrk dpt bangkit. Tp syg, bengkot.

Bkn nk mnindakan keupayaan Fakri Sharani, Amar Rohidan, Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi serta yg lain; tp kita sndiri dh tgk bagaimana mrk bmain ketika lwn klb EPL baru ni.

Bkn nk naikan nama / smngt negeri; apa ada pd pmain dr pasukan Juara Liga Super 2011, Sumbangsih 2011, Kelantan? Xde sorangpun yg diturunkan. Mungkin DR akan kata mcm sblm ni, "saya tahu siapa yg layak". Skrg, kita pula tahu siapa yg kena lanyak.

Kalu xnk ambik Farisham pun panggillah Sabre Abu.

Amar Rohidah... Muslim Ahmad... Fakri...

Sblm ni panggil pmain lain utk berlatih sama, tp akhirnya pemain yg disayangi jg dlm skuad utama. Pmain lain diuji masa latihan. Diuji beberapa minit dlm perlawanan persahabatan. Lps tu ckp dia tahu siapa yg layak.

Maaf cakap. Singapurr sumbat gol mudah. Ckup senang. Tp ckup pyah utk defend & keeper halang.

Utk hari khamis ni adakah DR akan / msh menunjukan kasih sayang yg sama? Anak2 kesayangan akan diberi pluang sekali lg utk mbuktikan mrk adalah yg terbaik. Terbaik atau terbalik?

Mudah2an kita berjaya kali ini. DR akan lakukan ssuatu. Kawe percaya. DR bkn baru dlm dunia bola sepak tmpatan. DR bkn pernah meletakn psukan Malaysia sbg juara dlm beberapa kejohanan. Tdk mustahil utk DR buat skali lg.

*Kita kritik bkn kita benci. Bkn kita jd lalang. Kalau lalang dh tntu kita sokong Singapo masa Malaysia kalah, & kmbali sokong Malaysia ktika DR menang. Walaupun Malaysia kalah, kita x sokong Singapura / lwn.

Amirul said...

semangat pasukan nampak tinggi tapi taktikal silap rasanya. Bermain di atas padang tiruan msia masih nak hantar bola jauh dan tinggi sebab tu 1st half game berterabur. Selepas shafiq keluar baru boleh tgk msia guna hantaran pendek rendah dan kemas skit.Apa pun tetap turub bukit jalil 28 ni. Sediikit terkilan tiada seorang pemain dari skuad juara liga super 2011 yang diturunkan semalam.

ibun_jogho said...

...ataupun Malaysia tewas kerana gerun dgn jumlah penonton yg ramai? STADIUM JALAN besar, SINGAPURA, berkapasiti 6000 pnonton, sblm dtolak dgn 200 lbh pnonton Malaysia.

Fuh.. ENAM RIBU kapasiti!!! Fiuhhh... Ramainya..

*iklan smeta: 26 Julai '11, FINAL PIALA PRISEDIN, d STADIUM SULTAN MUHAMMAD IV. kelantan VS MP MUAR. Pukul 2045. Rasa2nya pnonton akan seramai di Stdm. Jln. Besar, Singapura. Agaknyalah.. Maklumlah, stdium kelate ni kecik je, tu je blh muat.

Azremiey said...

Apa lagi yg boleh diperkatakan... pertahanan rata2 dikritik...aksi longlai..aksi hancur... dari game masa lawan Taiwan.. EPL.. hingga ke game dgn s'pore .. kenapa? mengapa? sebab? apa motif? Coach masih lagi beri peluang2 kepada mereka.. apa sebenarnya yg bermain dlm minda coach? Akhirnya..inilah keputusan yg kita perolehi... Pejalanan yg diambil oleh Rajagopal sungguh berliku..adakah akan bawa rebah.. adakah masih lagi mengharap pada player2 yg sama2 yg tidak pernbah cuba membaiki kesilapan.. kita tunggu dan lihat sejauh mana yg kita mampu bergerak...GOMO M'SIA GOMO..

Anonymous said...

best tgk video keeper mesia tgk bola masuk gol..sejak dari aff lg keper tgk bola masuk..mmg rojogobal pilih penonton bola untuk jadi keper mesia.

Anonymous said...

Rsanya xperlu aku ulas apa2 lg, komen2 kt ats semuanya betul, apa yg bekas pemain ulas pun smuanya betul..

Tak thu la kot2 rajagopal jenis xdgr pndpt org..

Kna ingt skit tket lwn sngapore nnti rm30, klau stkt rm10 mgkin rmai xkisah, aku xsggup nak hbiskan rm30, msa dan tnaga aku smata2 nak tgok "Rjagopal Dream Team"..


-ZP

Nik Zulkhairi said...

this time around i totally agree with RAJA BOLA. what he said make sense.

Anonymous said...

sama je..
kesilapan yg sama..sampai bila nk beri peluang..defender macam c*b*i..xde perubahan..melenting saja buat apa..lakukan perubahan laa..subramaniam masa lwn chelsea pun Ok main.defender lain pun ramai lg..safee xdpt bola dpd midfield utk score..safee bukan rooney yg boleh turun cari bola..bukan silap safee..mungkin boleh evaluate balik safiq rahim? kenape tak turunkan shakir? amirul hadi masuk lambat..kenape? striker OK tp ada yg boleh improve..

tu saja komen aku..maaf kalau ada terkasar bahasa..

N/A: Maaf game 1st leg tak cukup convincing utk aku ke stadium..rm30 boleh beli pampers anak..haha

ibun_jogho said...

Maaf ckp. Defend defend defend.. Apa lg yg patut dikatakan. Fokus utama skrg adalah pertahanan (termasuk penjaga gol).

Skdr mngambil contoh mudah: Kedah bolos 20 gol, Kelantan 21, Selangor & Perak 24 gol utk musim ini. Rasanya x slh jika kita andaikan pasukan yg mlepaskan gol plg sikit adalah pasukan yg mmpunyai pertahanan yg mantap..

Mmg perlawan tmpatan berlainan dgn pentas antarabangsa, tp inilah pertahanan yg besungguh2 mmpertahankan mengawal kawasan penting sms MSL. Rugi ke jika sandarkan kpd pthanan yg cmerlang dlm liga tmpatan utk serap kemaraan lawan swaktu d pntas antarabangsa?

Harimau Muda A bolos 28 gol musim ini. Siapa defendnya? Samakan dgn pmain ptahanan Malaysia smlm. Dlm liga tmptn pun mrk bolos agak besar, inikan pula perlawanan besar.

Bkn utk mndabik dada dgn ptahanan Kelantan & Kedah, tp inilah pasukan yg kurang bolos musim 2011. Walaupun Kedah berada pd kdudukan k 4 liga, ptahanan mrk hanya melepaskan 20 gol.

Kelantan sbg juara liga. Tp syg, Rajagobal x ttarik dgn pmain Kelantan yg hanya bolos dgn 21 gol.

Datuk Rajagobal masih sayangkan pemain lamanya..

Mudah2an, pemain kesayangan DR akan mmpamerkan ssuatu yg mnakjudkan pd plawanan 28 Julai nanti.

*ini baru pertahan, blm lg ckp psal pmain tgh & pnyerang. Pmain sayap rasanya dh ok.

*maaf ckp; kawe x brapa stuju jg la kalu ada yg sarankan Subra, Hafiz & Farizal berada dlm skuad DR skrg ni. Sbb kita jgn sandarkan dgn HANYA 1 perlawanan - mnentang Celsi - shj. Pmain yg sdia ada dgn DR skrg mesti didahulukan. Bbrapa pmain yg hanya diberi tugas "jaga kerusi simpanan" perlu diberi tugas baru. Tugasnya ganti rakan2 yg lemau & lmbik kat pdg tu.

Walaupun bgtu kwe x nafikan, Subra, Hafiz & Farizal adalah watak pnting msa lwn Celsi tu. Perfom yg ckup baik. First E masa lwn Singa ni pun blm tntu blh lwn 3 org ni (tmasuk first E lwn Celsi).

Akif Mazlan said...

sow ayat jah kawe nk wat tubik,
'saya lebih tau pemain saya'

Anonymous said...

cukup2 lah tu kritik pasukan HM..saya rasa inilah masa yg terbaik utk kita naikkan moral n semangat pemain kita ..kalau na blame jugak..ini lah peluang na kondem pengurusan tertinggi FAM yg ta peka dgn keadaan pemain yg di pilih..asyik na cari keuntungan je..akhirnya pemain juga yg kena keji n makian oleh peminat..saya rasa pemain telah cuba utk melakukan yg terbaik..harapan kita moga di BJ akan menang 3-0..ta mustahil..indon n vietnam pun kita belasah..jd peminat haruskan ketepikan sebentar apa jua provokasi terhadap pemain..Maruah Hrimau Malaya terletak pada bahu pemain n penyokong tegar..hrp maklum.

Anonymous said...

yup..aku setuju silap dari segi pecaturan dan kesilapan raja mendedahkan kelemahan skuad kita sewaktu pre-season match..
tapi aku masih menaruh kepercayaan kat raja dan beliau pasti boleh menebus kesilapan skuad malaysia next match nanti..PERCAYALAH..!!!!!

Anonymous said...

telah menjadi adat kita "menang dijulang ,kalah diteranjang"..bg pendapat saya pasukan HM ni lah yg telah mengembalikan keghairahan peminat di M'sia utk mengenal pemain dgn lebih dekat setelah hampir 10-20 thn suram..mereka lebih kenal pemain EPL / La Liga /BUndesliga..stadium yg dulu hampir kosong pun da kembali diduduki oleh peminat..hargai la pengorbanan mereka..semua pemain dlm dunia bole melakukan kesilapan yg diangap bodoh atau tidak bijak..hrp kita berpijak dibumi yg nyata..semua terlibat atas kegagalan pasukan HM.pengurusan / pemain /peminat /media dan yg lebih teruk provokasi peminat yg dtg stadium utk tngk HM dibelasah oleh EPL Team..sedarlah sikit.dimana 'Bumi Dipijak,Disitu Langit Dijunjung'..

Anonymous said...

Bangga tengok semangat pemain negara
HARIMAU Malaya tewas di bumi Singapura semalam.

Walaupun tewas 3-5 pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, namun anak-anak buah Datuk K. Rajagobal itu telah mempamerkan mutu permainan yang sungguh menakjubkan. Saya anggap ia sebagai kekalahan bermaruah kerana barisan wira negara telah berjuang sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan. Ketinggalan tiga gol pada separuh masa selain kehilangan komander, Shafiq Rahim tidak melunturkan semangat pemain untuk memberi cabaran kepada lawan mereka yang dibarisi beberapa pemain import.

Saya juga kagum dengan sikap serta disiplin yang dipamerkan oleh anak-anak Harimau Malaya pada perlawanan tersebut yang langsung tidak putus asa untuk meloloskan diri daripada kawalan pemain Singapura. Hasilnya, dua gol dijaringkan pada separuh masa kedua yang saya lihat bakal memberi kele- bihan kepada skuad negara menjelang aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini. Pada mulanya, saya anggap Singapura akan menang mudah perlawanan tersebut.

Selain beraksi di gelanggang sendiri, mereka juga diperkuatkan beberapa pemain import.

Tanggapan saya rupa-rupanya silap belaka. Benteng skuad import Singapura itu begitu mudah diloloskan. Saya boleh katakan, Singapura tidaklah sehebat mana pun. Pemain yang mereka import pun tiada kualiti yang boleh dibanggakan. Saya lihat tindakan Singapura mengimport pemain luar untuk menguatkan skuad kebangsaan mereka sebagai langkah yang sia-sia. Hasrat mereka nak mendapat 'instant result' tetapi tidak banyak yang boleh disumbangkan oleh tenaga import mereka.

Langkah tersebut dilihat menutup ruang kepada anak-anak tempatan Singapura mengisi tempat dalam skuad kebangsaan. Diharapkan Malaysia tidak mengambil langkah seperti itu kerana kita mempunyai ramai lagi bakat terpendam yang belum diterokai di seluruh negara. Walaupun skuad import Singapura menang 5-3 pada aksi semalam, kedudukan mereka masih belum selamat. Masih ada 90 minit lagi untuk diharungi dan Bukit Jalil akan menjadi medan penentuan.

Malaysia pula memerlukan kemenangan 2-0 pada aksi kedua Khamis depan bagi menjamin tempat ke saingan peringkat kumpulan yang pastinya lebih mencabar. Kalah pada aksi pertama ini bukan bererti peluang kita sudah tertutup. Berdasarkan persembahan semalam, Singapura semestinya mudah diratah. Saya juga tidak nampak seba- rang kelebihan daripada gaya permainan skuad Singapura dan jaringan mereka banyak berpunca daripada kelonggaran barisan pertahanan negara yang nampak belum stabil pada separuh masa pertama. Perasaan gugup memang biasa, lebih-lebih lagi barisan pemain negara muda-muda belaka berbanding lawan mereka. Tetapi Singapura perlu ingat - pemain muda negara berisi dan tidak semudah itu untuk diratah. Tak percaya, tunggu 28 Julai di Bukit Jalil. Singa pasti dibaham.

Anonymous said...

Belum tamat

HARIMAU MALAYA tewas 3-5 di tangan Lions pada perlawanan pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia Zon Asia di Stadium Jalan Besar, Singapura malam tadi.

Walaupun mendahului seawal minit pertama melalui jaringan Safee Sali, namun Singapura bangkit dengan lima gol menerusi dua jaringan Aleksander Duric pada minit ke-8 dan 80, Qiu Li (21’), Mustafic Fahrudin (44’) dan Shi Jiayi (45’).

Bersambung babak kedua, skuad Datuk K Rajagobal bertambah parah apabila ketua pasukan Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-50 selepas mengasari Haris Harun.

Bagaimanapun Malaysia kembali merapatkan jurang menerusi pemain gantian, Abdul Hadi Yahya pada minit ke-70 dan Safee Sali seminit selepas itu.

Apa pun, anak buah Rajagobal masih mempunyai baki 90 minit perlawanan untuk melakukan kebangkitan pada aksi timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil, 28 Julai ini.

Anonymous said...

Bila mng kita sanjung tggi,bile kalah kutuk kaw2
If you're ashamed to stand by your colours , you better seek for another flag!!! - Madah Bicara oleh Mokhtar dahari dlm kenangan.

Anonymous said...

'saya kenal pemain saya' puikkk! Pooraaahh!

MHN said...

Franz Bakinbeaur salah seorang lagenda bolasepak Jerman, tatkala Jerman gagal menjuarai piala dunia suatu masa dulu,apabila ditanya olih pemberita beliau menjawab " Dalam setiap perlawanan apabila pasukan itu mencapai kemenangan yang pertama harus dipuji ialah pemain2 kedua jurulatihnya ketiga pengurus pasukan dan akhir sekali persatuan sukan itu. Sebaliknya jika pasukan itu tewas yang pertama harus di kutuk ialah persatuan bolasepak berkenaan kedua pengurus pasukan ketiga jurulatih dan akhir sekali pemain.In kata Franz Bakinbeaur....

Qazwsx said...

dah kalah mesti la kena kutuk.xkan nak puji.messi yg power pun kena kutuk.ini plak pemain Malaysia.xkena kutuk dorg xsedar yg dorg mne teruk.rajagopal pilih bulu.plih pemain kesukaan dia.bukan pemain yg perform

Anonymous said...

bole kritik tp jgn sampai mengutuk..bila menang pula jgn puji berlebihan..masih ingat pesan DR bhw sasaran beliau adlah utk asian cup2015..kalau pemain skrg ta perform kita masih skuad muda olimpik yg nmpk lebih menyakinkan..kita pun bkn selalu betul dlm segala tindakan..kita mampu merancang tp ALLAH lebih mengetahui..anggaplah kekecewaan kita akan mendewasakan generasi kita akan dtg..