Monday, July 25, 2011

Subra Akui Pertahanan Teruk, Minta Diberi Peluang Kedua


“Defend was really TERRIBLE, memang teruk I don’t know why, dulu masa AFF konsisten, but tiba-tiba drop, have to do something, saya juga harap dapat panggilan coach (Raja), I know I can. tapi until today takde perkembangan, so saya ambil keputusan balik Kelantan..”, reaksi S.Subramaniam mengenai kerapuhan barisan pertahanan Malaysia ditunjangi tiga pemain skuad Harimau Muda, serta harapannya untuk kembali menyarung jersi negara, ketika dihubungi sebentar tadi.

Majoriti penyokong setia HARIMAU MALAYA yang menyaksikan perlawanan Pilihan Malaysia menentang Chelsea (0-1) baru-baru ini, pastinya bersetuju Subra adalah jawapan tepat kepada krisis pertahanan meruncing skuad Datuk K.Rajagobal - aksi kental dan meyakinkan pemain berasal dari Perak ini, berjaya mengekang penyerang berkelas dunia seperti Nicolas Anelka, Fernando Torres, Salomon Kalou dan Florent Malouda daripada menjaringkan gol, malah Didier Drogba sendiri mengharapkan gol nasib untuk membolosi gawang negara, dan satu-satunya pemain beraksi sepanjang 90 minit permainan.

Untuk rekod, Subra bukanlah nama asing di kem skuad negara, pernah menyarung jersi HARIMAU MALAYA di pelbagai peringkat umur, antaranya Sukan SEA 2007, mengetuai skuad bawah 23 tahun beraksi di Kelayakan Olimpik 2008, Pestabola Merdeka, Kelayakan Piala Dunia 2010 serta Kelayakan Piala Asia.

Kali terakhir pemain ini disenaraikan dalam skuad kebangsaan, adalah ketika Malaysia tewas 0-5 kepada UAE dalam saingan Kelayakan Piala Asia pada Januari 2009, itupun sekadar memerhati dari bangku simpanan apabila B.Sathianathan memilih untuk mengandingkan Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan selaku centreback.

Musim ini, Subra adalah watak penting keampuhan barisan pertahanan Kelantan, di mana gandingannya bersama Farisham Ismail di pertahanan tengah, dibantu Daudsu Jamaludin (kanan) dan Zairul Fitri (kiri) menjadikan defend Kelantan yang kedua terbaik dalam Liga Malaysia selepas Kedah, seterusnya faktor utama kejayaan The Red Warriors menjuarai Liga Super, dan mara ke final Piala FA.

Bukti yang jelas, kejayaan skuad Kelantan mengekalkan rekod 6 perlawanan tanpa bolos selepas bermulanya pusingan kedua Liga Super adalah ekoran kembalinya Subra dalam kesebelasan utama serta posisi asalnya CB, di mana sebelum itu Datuk M.Karathu lebih gemar menurunkan kombinasi Farisham + Rizal Fahmi,  yang pincang apabila bolos 4 gol kepada T-Team (4-3) dan Perak (4-0). 

Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim pula pernah melabel salah satu punca Kelantan tewas di final Piala FA 10 Jun lalu, adalah kerana kepincangan pertahanan Kelantan selepas Subra dikeluarkan. (baca sini, Kelantan Pincang Selepas Keluarkan Shakir, Subramaniam).

Andai diberi pilihan antara Rizal Fahmi dan Subra, SS yakin ramai yang akan menyarankan nama Subra untuk diserap ke skuad kebangsaan meskipun kedua-dua pemain mempunyai kelebihan masing-masing.

Cuma yang menghairankan, apakah kelebihan Rizal Fahmi yang meyakinkan Rajagobal sehingga beliau menyenaraikan seorang pemain yang lebih kerap memanaskan bangku simpanan berbanding menyenaraikan Subra yang cukup konsisten dan sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama skuad juara Liga Super? Atau Subra mungkin belum cukup fit untuk international game ketika beliau memuktamadkan senarai pemain? 

Hanya Raja yang tahu.

18 comments:

Daus said...

Sorry ye Cesc Aiman, lari tajuk sikit komen aku, blog ni xde fb fanpage ke?

Anonymous said...

Mna bleh Subra, King Raja ada alasan mnurunkan player2 a anak emas dia, "Saya kenal player saya"..

Betul2 ke kenal? Ke ada tgn2 ghaib dlm memilih first 11..?


-ZP

Alexis Aiman said...

fb suara sukan : SuaraSukan1Mas.blogspot.com

ZP : rajagobal la tangan ghaib tu haha ;)

Anonymous said...

jolo doh aiman.. Raja blako tu main wayang.. Sapa org kuat fam pun suruh buh apex untuk game 28hb ni.. Bermakna fam sendiri pun xsuko cara raja pilih player

Affendy_Julaihi said...

Saudara Aiman,

Kita yang riuh rendah bising di sini dan fanpage di facebook pasal komen itu ini, rasa tidak puas hati penyokong dan lain2 lagi ni adakah rajagobal tahu? nampak macam dia takde ape2 je.. harap dia tahu kekecewaan penyokong harimau malaya.. cuba lihat di facebook tan sri anuar musa.. juga dia tidak setuju dgn pemilihan pemain harimau malaya..

Anonymous said...

itupun sekadar memerhati dari bangku simpanan apabila B.Sathianathan memilih untuk mengandingkan Norhafiz Zamani Misbah dan Aidil Zafuan selaku centreback.

Bermakna Subra akan jd reserve walaupun dipanggil oleh Rajagopal.

Anonymous said...

terlalu bnyk perkara yg misteri di sebalik prestasi merudum pemain..dikala pemain ini tidak menjadi dicadangkan pemain itu..tp pi mai pi mai tang tu juga..kita kena akui saat ini kita menghadapi internal krisis..jgn kita terlalu mudah menuding jari..berat mata memandang berat lg bahu memikul..lumrah kehidupan ada pasang surutnya..prestasi HM tidaklah terlalu teruk..cuma pemain kita gagal menyerap tekanan n seterusnya hilang tumpuan..d harap pemain HM diberikan kaunseling motivasi peringkat dunia dr pakar2 motivasi terkenal..bkn hanya sekadar dr TMP,TSAM,DR,SK..insyaallah kita bole ..HM bole..

Annase said...

Mr cEsc,

Subra wasn't listed in the initial match with Singapore. He didn't make it to the 24 and no player change is allowed. If we make it to the 3rd round, then only subra could be called back. At the moment, we have to make do with the 24 we have.

ibun_jogho said...

Sandarkan pd kenangan lalu (ewah..mcm lagu Jamal plak), DR bjaya dlm AFF adalah krn adanya defend Anak Rimau tu. Jd DR mungkin rasakan anak kesayangannya tu lbh layak.

Lg pun kalau panggil Subra ke, Hafiz Misbah ke, rasanya kurang bkesan jg kalau mildfield x tukar. Amar Rohidan pun bersandarkan pd kenangan lalu jg. Raja sayangkan mrk.

Apa2pun kawe percaya DR ada ramuan istimewa nanti. Singapur akan rasa kejutannya. Bgitu jg kita.

Alexis Aiman said...

mr annase,

24 pemain itu hanya untuk perlawanan menentang Singapura di Stadium Jalan Besar sahaja. jangan terkeliru, untuk kelayakan Piala Dunia Malaysia ada lebih 60 pemain yang didaftarkan, dan mereka masih boleh memanggil pemain seperti Farisham ismail, shahrizal Saad sekiranya perlu.

kalau 24 player tu jer, maknanya tak boleh lah Norshahrul idlan main kalau dia cergas sebab dalam initial 24 list tu takde nama dia. hanya player yg takde dalam senarai 60++ player tu jer tak boleh main, harap maklum.

p/s : dun worry, as a repoter i always make sure the fact is correct, kalau salah saya akan betulkan, by the way tq memberitahu ;)

Alexis Aiman said...

cuma, tak dapat dipastikan nama Subra ada atau tidak dalam senarai 60++ pemain itu, so in terms of that pandangan anda boleh diterima, tapi subra sebenarnya bukanlah looking forward for this Singapore game shj, dia sebenarnya maksudkan di masa akan datang, agar diberi peluang ;)

mdfaizal said...

knp subra tak dpt panggilan.. mmg misteri. rajagobal mmg seorg yg hebat dlm ms sama kekal misteri. susah kita nak teka.

mdfaizal said...

bro cecs aiman. harap dapat cari senarai penuh 60 player tu..

Akif Mazlan said...

aiman, demo xtau koh sapo player hok ada dlm 60 ore tuh?

despyan said...

oh 60 org ke?hope bro aiman boleh selidik sape yg 60 org tu?agak2 ada x nama2 hebat cm azwan roya,kalang T,mat cah,piya..dll....

Dunia Baru said...

semoga team kita akan terus maju jaya......

(xtau doh nk komeng gapo...)


tp sokongan tetap di beri kt bukit jalil nanti...

Anonymous said...

Kawe rasarizal fahmi penah sumbat gol,subra dok penah sumbak gol..
Masa rizalfahmi sumbat gol lepas tu DR panggil..

Anonymous said...

nok sumak gol guano mugo subra defend.. Subra khas untuk jaga bowoh.. Walaupun tendangan sudut diambil.. Berbeza dgn rizal fahmi walaupun dia defend.. Time sepakan sudut dio tulong striker dalam kotok penalti..