Monday, July 25, 2011

Subahan - Posisi No.1 Kembali Milik Apek, Aidil Sedia Tutup Kepincangan


Pengurus Pasukan, Datuk Subahan Kamal berpendapat penjaga gol Terengganu, Sharbini Allawee Ramli bukan lagi calon sesuai untuk terus diberi kepercayaan menyarung jersi penjaga gol utama, selepas deretan aksi kurang meyakinkan ditampilkan pemain itu.

“memang kita lemah, bukan saja defend, tapi juga goalie, kita beri mereka peluang tapi mereka tak balas kepercayaan kita, saya dan pegawai lain dah cadangkan supaya turunkan semula Khairul, dan coach pun setuju, sebelum ni bukan tak percaya pada dia, tapi kita bagi dia betul2 recover kecederaan bahu, dan saya yakin dia sudah bersedia..bolos 19 gol dalam 5 perlawanan memalukan la, saya tak boleh terima. saya tak nak tengok lagi kesilapan bodoh, kita takda masa nak panggil atau scout player lain, so yang mana yang ada ni sila buat kerja anda, buktikan kepada kami anda layak menyarung jersi negara..”. – Datuk Subahan Kamal.

Melihat riak wajah serta kata-kata Subahan nyata beliau tidak lagi mahu memberi muka kepada mana-mana pemain yang dilihat tidak serius serta tidak mempamer prestasi UP TO THE STANDARD, dan tidak akan teragak-agak menyingkirkan mana-mana pemain yang dirasakannya tidak layak untuk berada di dalam pasukan.

Apek, kembali.
Kepincangan skuad negara, terutamanya di barisan pertahanan jelas menjadi topic yang hangat diperdebatkan di mana ianya cukup terserlah ketika Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2014, Sabtu lalu.

Subahan juga membayangkan Ismail Faruqi akan mengambil alih posisi Safiq Rahim yang digantung perlawanan, manakala Amirulhadi Zainal dijangka mengambil alih semula posisinya di sayap kanan daripada Ahmad Fakri Saarani.
 
“itu antara plan kita, tapi masih ada masa 2 hari, kita akan tengok juga Shakir dan Gurusamy, atau pemain lain seperti Baddrol, memang kita akan turunkan yang terkuat, saya selalu berfikiran optimistic dan saya yakin barisan yang akan diturunkan nanti akan berjaya menumbangkan sang singa..”.

Sementara itu, kehadiran semula pemain pertahanan berprofil tinggi, Aidil Zafuan Abdul Razak dijangka menjadi tonik terbaik buat Datuk K.Rajagobal, untuk memperbaiki kerapuhan dan aksi longlai barisan pertahanannya yang dibarisi Muslim Ahmad dan Fadhli Shas.

Aidil dijangka mengambil posisi Muslim, namun sama ada Fadhli kekal sebagai gandingannya atau Raja mungkin merombak secara besar-besaran dengan mencuba kombinasi Aidil-Rizal Fahmi, hanya akan terjawab selepas satu atau dua lagi sessi latihan sebelum perlawanan.

Bagi Aidil, nasihatnya kepada rakan sepasukan, juga kepada diri sendiri - bermain dengan tenang, jangan kelam kabut, dan elakkan melakukan kesilapan.

Aidil juga berpendapat penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric tidaklah sehebat mana, sebaliknya hanya mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, serta body contact yang baik, justeru berpendapat jika barisan pertahanan kekalkan konsentrasi, penyerang itu akan mati kutu di Bukit Jalil.

41 comments:

Akif Mazlan said...

HOHH! hok nih baru jolo. cuna sow jah jawe bharap, defend tuh! wat molek laa. jgn kekgi sbb sep2 defend, khairul fahmi buruk nama

Anonymous said...

Aku stuju dgn Datuk Subahan..
Tp bleh ke mcm tu..? Mcm cmpurtngan org atas je..
Bkn ke patut bg coach kebebasan memilih player ke..?

Aku pun pening..

-ZP

Anonymous said...

Aidil juga berpendapat penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric tidaklah sehebat mana, sebaliknya hanya mempunyai kelebihan dari segi ketinggian, serta body contact yang baik,

Duric berpendapat Aidil juga bukanlah sekental mana, dan lebih mengharapkan style rambut yang cantik dia atas padang dari corak permainannya.

Anonymous said...

Komen subahan tu dah jelas yang dia juga antara tangan ghaib memilih pemain.. kantoi

Anonymous said...

bue player x perform..pandai2 la jgk bue setiusaha yg jadi kambing hitam tu jgok..baru besih

Alexis Aiman said...

Maaf cakap, anon 10:21 tahu pasal bola tak? subahan kamal adalah pengurus pasukan kebangsaan, selain raja dan tan cheng hoe sebagai pegawai kejurulatihan, subahan ada hak utk bersuara pasal pasukan kebangsaan, dia PENGURUS. so sebelum beri komen merapu yang menimbulkan persepsi negatif, fikir dan selidik dahulu.

bila coach stick ngn favrite player dia, orang kata dia ni pilih kasih la ape la..

bila ramai-ramai termasuk subahan n hamidin kata apek lagi sesuai, korang kata tangan ghaib, aku pun tak fahamla penyokong ni!

cubalah faham, subahan adalah pengurus pasukan, dia ada hak, dia bukan orang luar ok.

Alexis Aiman said...

sebagai pengurus dia berhak memberi cadangan kepada coach, pangkat dia lagi besar dari rajagobal dalam national team. kelakar betul statemen bahwa subahan adalah tangan ghaib. malulah sikit bagi komen macam tu, lainlah kalau naib presiden, atau timbalan presiden seperti TM atau TSAM, atau pegawai dari jawatankuasa lain beri cadangan, barulah dipanggil tangan ghaib dan orang luar.

Anonymous said...

admin..lepas ni sharbini pakai jersi no wape??agak2 dia tgh berlatih n belajar dive x skrg ni?/

Anonymous said...

itu aku tahu ler.. mcam ko tu terer sbg wartawan bola.. itu dah menampakkan jawatankuasa teknikal masih tidak telus.. jika subahan pangkat lebih besar dari rajagobal, bermakna pemilihan pemain2 juga byk datang dari subahan.. amik contoh asraruddin.. ko pun tahu dia layak main bola kat sekolah jer.. tp dia tetap main 1st 11... itu sudah jelas kroni sekapal spt subahan dan hamidin yang menentukan pemain dalam skuad malaysia...

Anonymous said...

bagus datuk subahan, tak macam pengurus dulu, datuk gulzar yg langsung tak ambik kisah pasal team..syabas, subahan buktikan bukan silap dia dilantik sebagai manager. kalau terus harap raja, jawabnya tak dapat tengok Apek main pasni..thanks datuk s.

Anonymous said...

sabaq2..coll..28 hb ni kita tgk sharbini tgk bola masuk gol

Anonymous said...

kawe stuju apo hok subahan goyok,ooo kalu duk wi kebebase coach pilh pmain gak,dio nyo wat trun puok2 defend hr tu la,takdok perubohe mano2,nok tngok pn wat sakit mato jah kalu wat trun puok2 hr tu,jange kato nok g stadium,dale tv dumoh pn blm tntu kawe tngok,baik tngok crito malyu.hahahaha.tp kalu supo hok subahan goyak tu kawe stuju.

Alexis Aiman said...

kalau betul pandai menilai, awak takkan cakap asrar macam tu. kalau betul asrar sekadar layak main sekolah pergilah gantikan dia. gi cakap kat rajagobal. at least dia main SSBJ, ermm, dia stakat layak main skolah ya, tapi dialah anggota skuad juara liga super selangor 2009, 2010, dia juga tonggak sukan sea 2009, piala AFF 2010 walaupun ada skor gol sendiri, skor 4 gol masa lawan perlis, hebat betul budak sekolah ni..

korang ada borak ke ngn datuk subahan? pernah tak borak face to face ngn dia, tahu tak betapa kecewa dia dgn aksi national team. tahu tak dia cakap ini first time diorang bg cadangan kat coach, sbb diorang pun nampak coach stick to one batch of players, dia dgr keluhan kita sebagai peminat, kita plak cakap dia macam2...

ala kalau dia yg bertanggungjawab pilih pemain, baik dia rekemen player selangor jer, tapi ni ramai player kelantan, dia tanya wartawan, 'aku dgr subra main bagus ngn chelsea, betul ke? aku tak tgk game, apa pandangan korang..'?...nampak tak, dia hormati pandangan orang...

takyahlah tuduh bukan2 kalau tak tahu peribadi org..

Anonymous said...

admin..best ke shabini main?

Alexis Aiman said...

sharbini bagus, subahan pun kata bagus, cuma saya berpendapat prestasi dia jatuh ketika ini. itu juga pendapat dtuk subahan yg berpendapat wat masa ni rehatkan sharbini, bukan tak percaya terus, tapi khuatir sharbini gagal bangkit utk game singapore ni...kita tak boleh cakap dia ta bagus..apapun kita harap sharbini atau apek, berikan yg terbaik..

Azremiey said...

Opssssssss..itulah pasal..saya lihat EPL yg berkuasa kebanyakkan nya manager.. tak kan m'sia yg yg paling berkuasa jurulatih.. apa2 pun..kita tunggu jer lineup 28hb nanti..harap2 ada perubahan... apa yg kita harap hanya perubahan dan berilah peluang kepada org lain kalau yg regular tu bagaikan tak beraksi dgn baik....JOMMMMMMMMMMMM BUKIT JALIL KITA.. jangan gaduh sama kita...

Anonymous said...

kalau prestasi down kenapa x keluarkan bila tgk bola bolos masuk gawang sendiri..2 kali pulak tu??raja x dpt detect ke??

Koko said...

harap Rajagopal tak tertekan dengan keadaan sekarang...
sebelum nie Ong Kim Swee menghadapi tekanan yang lebih kurang sama sehingga ada yang mencadangkan Rajagopal mengambil alih tugas Ong Kim Swee..
Sekarang Ong Kim Swee disanjung dan Rajagopal ditekan sehingga ada cakap-cakap yang suruh FAM jangan renew kontrak Rajagopal...

harap Malaysia mara ke pusingan ketiga, kalau tak Malaysia mungkin akan kehilangan jurulatih yang telah berjasa memberi 2 kejayaan kepada Malaysia dan harap tragedi yang menimpa B Sathianathan dan Norizan Bakar sebelum nie tak berlaku....

Alexis Aiman said...

haha, kita tak boleh baca pemikiran dia bro, kena ingat dalam 1 game hanya 3 pertukaran boleh dibuat, so selain sharbini mungkin ada player lain yg turut sama tak perform, boleh jadi dia sayang nak bazirkan pertukaran, dan nak tgk aksi pemain lain secara keseluruhan, tapi ini pendapat saya jer, ;) takpe kita doakan team kita bangkit menang at least 2-0..

Anonymous said...

TANGAN GHAIB yg aku cari selama ni.. kantoi..!! *patutla la ashari yg perform tu x masuk smpai ke sudah..!

*statement yg x patut, buat player moral down je.. lgpn aku tgok ritu bkn salah sharbinie smata2, defend teruk sgt.. klu x krana sharbinie, MALAYSIA x smpai ke peringkat skg ni.. subahan oh subahan...!

Anonymous said...

ikut diala nk kata apa, take it positifly, kalau takleh dikritik blik umah main guli ngn adik..moral down la konon..kami sbagai pnyokong lg down tgk diorang main cmtu..

Anon said...

@ Azremiey, manager di eropah juga merupakan coach... kat Malaysia, manager suku, coach suku... dalam liga super pemilihan pemain banyak campurtangan pengurusan dan biasanya jurulatih takde kuasa, tgk apa jadi pada pasukan Dream Team N9, pemain-pemain yg dibawa masuk cukup hebat tapi N9 gagal menyerlah tahun nie selepas pasukan yang telah dibina Wan Jamak lebih 2 tahun dirombak besar-besaran oleh pihak pengurusan tanpa persetujuan Wan Jamak tapi yg jadi mangsa kena pecat adalah Wan Jamak bukannya manager yg buat pandai atur pemain dalam padang...

Anonymous said...

ABG MOK,

Harap2 prestasi HM naik semula bila di SNBJ nanti. Kita pun pernah tengok MU, Chelsea, Arsenal kalah dengan team corot dalam EPL, itu biasa kan ? Lepas ni polish balik. Aku pun tak rela HM biar si Qiu Li boroi dan Duric si singa tua tu terus memperbodoh team kita. Ini tak boleh jadi. Mari kita penuhkan SNBJ 28hb ini, pastikan sorakan kita dapat mengecutkan ego singa. Ini peluang kita, di laman sendiri pulak tu beb, jangan bagi chance!

Anonymous said...

saya berpendapat saudara aiman tak perlu la berhujah bersama-sama dalam blog ni. Saudara rasanya lebih afdal hanya bertindak pemerhati bukan masuk campur sekali. Penerangan saudara nampak ok pd saudara tp offence pd sesetengah pembaca. Ia sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti saudara sebagai wartawan pd sesetengah golongan.tp kalau saudara selesa begitu, teruskan dan selamat maju jaya

Anonymous said...

sebagai peminat kita harus jg berterima kasih pd HM kerana bkn mudah utk memuaskan hati semua pihak..mana ada pasukan na kalah..tp lumrah ada kala mng /kalah..mari kita muasabah diri mungkin kita jg ada bt silap masa mng AFF dulu..teruskan perjuanganmu skuad Harimau utk membaham sang singa hingga tiupan wisel yg terakhir,.semua peminat sdg mendoakan kejayaan anda..'Manusia mati tinggal nama ,Harimau mati tinggalkan Belang'...jgn biarkan sesekali singa mengaum di SNBJ !!!!

Alexis Aiman said...

anon 12:06

saya setuju ;) mungkin lagi sesuai jadi pemerhati jer, tapi nasihat sy, tak usahlah kita bergaduh brdebat sesama sendiri kat sini. teruskan menyokong HM...

red_babun said...

haha, sedara aiman, saya rasa anon 12:06 tu adalah anon sama yg pertikai pasal asrar tu, bila anda dah jawab dan tutup mulut dia, dia rasa malu dan tercabar, tu la dia suh anda jgn masuk campur. sabar bro, kredibiliti anda tidak akan terjejas sebab bertekak ngn orang macam anon 12:06 tu..syabas, gud job!

alagapas said...

tiru gaya DR, "ini saya punya blog..apa saya mahu bikin itu saya punya suka lah. u org tarak suka kalu,,bole tngk blog crita pasal artis lah.." ada stail ta!!

p/s:sorry dato r..sajo gurau jo...

Anonymous said...

kesian aku tgok player2..pressure btol..tme prform sanjung bgai nak rakk..kentut pum org kata wangi..huh..time xperform..camhagham org maki..kutuk..racistkan..double standard.. nsibla ko sharbinee ke..asrar k..muslim k..fadlishas k..

cume sini aku just nk jd pmerhati jgak.. dgan prkataan 'ANDAI'...
ANDAI APEK DTRUNKAN...n lepaskn gol jugak..apek juga xmustahilkan jd mgsa amukan pyokong..sah2 memg comfom kna la.. defend pom sama..dato'raja? aku bet tentu ad fb page semacam@seperti@lebey kuang : "50 000 SOKONG RAJAGOBAL LETAK JAWATAN"/ "RAJAGOBAL SILA LETAK JAWATAN"..

Anonymous said...

sokongan 100% utk komen anonymous 1:45am nie..

Anonymous said...

bagi yg mahu KFCM main utk HM jganlh smapi kutuk Sharbineee......mmg Sharbinee menunjukan prestasi yg kurng myakinkn tapy klu die tk bgus knpe RAJA plih die???................defend prlu lbih kemas lagi............ape2 pon saye ingin katekan......"jangan ade sentimen kenegerian dlm pasukan HM/natinal team......ingat tu!!!

Anonymous said...

Untuk Red babun,,saya bukan orang yang saudara maksudkan tu. Bagi saya pembaca blog suara sukan bebas untuk memihak mana2 pendapat yang difikirkan betul bagi diri masing-masing tetapi penulis suara sukan ialah wartawan. kalau dia nak memihak, baik dia terus buat cerita bukan menyiarkan berita. Tapi saya suka blog ini dan etiqa wartawan aiman bagus tetapi bila banyak sangat masuk campur dlm perbahasan saya tegur la

Anonymous said...

tlg lh.jgn bg Ismail Faruqi tu main.dia blm bsedia..........klu blh bg org lain yg dh ada pgalaman.klu xde sgt,players team olimpik pn ada.dorang dh ada pgamalan main kt high level.

taik itik said...

klau nk harap kn player bpenglaman je main smpi bila2 pn player xde pnglaman x akn de pngalaman..frenly pn men 10 min,ape cer?

p/s "this is my team".

Dunia Baru said...

aduss...jem..hehehe,...

tu la....raja tk suka sgt playe kelate...tok sir masuk langsung player kelate dlm team kalu buleh.,..hehe


tk tgk doh team TRW ni brapa piala dh buleh....

ikut mu la raja....masuk jah la player mu suko..sbb ni team mu tu gak...huhuhu

tycoon said...

Bro Aiman

Saya sokong ulasan Anon 12:06
Tulisan you dah ok, tapi kadang2 bila you balas balik komen pembaca yang berlawan arah dgn maksud artikel you, ia nampak macam ke arah emosi. Kita kena sedia terima penulisan kita ni akan dibaca oleh 3 golongan pembaca; "suka", "tak suka" dan "no comment".. So better leave it to them to justify dan debate. But keep it the good work and take time to improve :) "kawe banggo denge keberaniye demo"

Anonymous said...

hahahha..memang emosi skit..klu nk yg emosi byk,mesti guna huruf besar cam yg lepas2 tu,kn aiman??hahhahaa

Anonymous said...

mung x suka.. Jgn masuk blog ni.. Mung gi masuk blog rizalhashim nuh! Saya sokong aiman bersama2 kami bertukar pendapat dalam ruangan comment ni.. Penulis xsombong maa.. Jangan halau org ditanah sendiri.. Penulis tuan tanah dia punya suka la nk tanam apa..

Anonymous said...

Setuju dengan teguran di atas. Jangan terikut-ikut rentak wartawan akhbar arus perdana yg memihak mengikut political master masing-masing. Pembaca perlukan berita yang adil dan telus dan tugas anda sebagai wartawan memberikannya. By the way, walaupun rizalhashim loose cannon tu kawan awak, saya tetap nak cakap u punya blog lagi best

Anonymous said...

kalau kita tengok team eropah or kelab eropah main...player sentiasa bergerak cari ruang kosong supaya senang mahu pass bola..kita punya player tnggu member yang pass kt dia..itu pon passing xsampai ..lagi tu stiker atau attcking middfilder perlu ada mentaliti apabila berada pada kedudukan menyerang dan berdekatan dengan kwasan gol pihak lawan perlu lah buat larian yang dpt menarik 2 atau 3 player lawan utk mengejar mereka supaya ruang akan menjadi lebih terbuka dan peluang untuk player kita yang lain membuat percubaab gol...jangan tnggu bola sampai di kaki..HAKIKATNYA perlu ada mentaliti sebegitu.

Anonymous said...

Bagi kawe pulok. . Kawe sokong aiman smash pembaca2 hok tok reti bahse ni.. Doh la kito tulis letih2 bkn nk baco pah komen benda2 molek .. Dok pertikai la,buat bijok la.. Tu mujur aiman bui respon.. Kalu blog rizal.. Ppahitttttt! Nk blas blik komen2 puok kito.. Apa pun aiman terus gomo! Cara apo kokre!