Thursday, July 14, 2011

Subahan Akui Permainan Lembik, Gesa Pasukan Segera Bangkit


Igauan ngeri tewas 0-4 kepada Arsenal semalam, segera dilupakan barisan pemain negara apabila turun menjalani latihan selama hampir 2 jam di Stadium Nasional Bukit Jalil petang tadi, sebagai persiapan menjelang aksi menentang sebuah lagi kelab gergasi Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

Meskipun sedar lawan bukan calang-calang pasukan, Pengurus Pasukan, Datuk Subahan Kamal, mengharapkan aksi lebih bertenaga daripada skuad kendalian Datuk K.Rajagobal yang nyata tidak mempamer tahap sebenar permainan mereka ketika dibelasah Arsenal.

“Frust memang frust lah jugak, walaupun friendly kita tak sepatutnya tewas dengan cara macam tu, pemain kita main sambil lewa, macam takde tenaga, itu nasib baik Arsenal bukan full strength, kalau full maybe 10, 20-0, kecewalah, kita atur game lawan team besar agar mereka dapat belajar sesuatu, timba pengalaman tapi dipersiakan macam tu, memang fokus kita adalah game Singapura, tapi saya nak player kita buktikan kita jauh lebih baik daripada itu (aksi ketika tewas kepada Arsenal), kalah takpe, tapi bagi fight..”. – Datuk Subahan Kamal.

Malaysia akan menentang Singapura pada perlawanan Kelayakan Piala Dunia 23 & 28 Julai depan, dan perlawanan menentang Arsenal jelas mendedahkan secara ketara kepincangan HARIMAU MALAYA, terutamanya di barisan pertahanan yang seringkali melakukan kesilapan-kesilapan mudah serta kesilapan berulang.

Justeru adalah sukar untuk Malaysia menundukkan Singapura, andai mereka tidak segera bangkit menutup segala kelemahan yang terdedah ini, apatah lagi Jurulatih Singapura, Radjoko Avramovic pastinya memantau setiap perkembangan pasukan negara.

Perlawanan menentang Arsenal juga menyaksikan skuad negara kehilangan Aidil Zafuan Abdul Razak akibat kecederaan, manakala gambaran awal yang dapat dilihat selepas tamat sessi latihan sebentar tadi, skuad negara berlatih tanpa kelibat Norshahrul Idlan yang sekadar menjadi pemerhati dari bangku simpanan.

Apapun, kehadiran semula Safee Sali yang tersisih hampir dua minggu akibat kecederaan mungkin sedikit melegakan Rajagobal, dan diharap perlawanan menentang Liverpool akan dimanfaatkan sebaiknya, bukan semata-mata untuk ‘MENIMBA PENGALAMAN’.

7 comments:

ibun_jogho said...

..."skuad negara berlatih tanpa kelibat Norshahrul Idlan yang sekadar menjadi pemerhati dari bangku simpanan".. O o oo.. Matyo injured?

Kalau Matyo xde dlm senarai pmain ini mmjejaskan rentak. Bkn nk mnidakan keupayaan pnyerang & pmain lain tp kalu Matyo ada pmainan Malaysia lbh mnarik.

Safee Sali kmbali pulih tp harap2 dia x main full time lwn Liverpol sbb takut2 injured balik.

Ktiadaan Aidil jg mresahkan sbenarnya. Harap dia cpt smbuh. & harap DR ada pganti Aidil di bhg ptahanan. Mungkin Farisham blh beraksi lbh lama drp biasa.

Dunia Baru said...

aduss...kalau betul mat yo n aidil cedera.,,..mmg pincang sungguh la team malaysia.......aduss...aidil buke setakat jd defend, leh score gol jugak...

harap2 team kita bebas dr sebarang kecederaan nnti....

Nik Zulkhairi said...

ayuh bangkit. kalahkan liverfool, they ain't big 4 anymore..

Anonymous said...

kalah kn history channel.

mamuMARAH said...

Malaysia akan main sama ja masa lawan arsenal ari tu..kalau raja gobal (bukan RAJA sebenar) tak tukar player..alih2 player sama meluat aku nak tgk main mcm tu..chait head coach konon tp taktikal mcm pel*t..hare betui raja!!!

Dunia Baru said...

hehe..moga malaysia leh g jauh la kali nih......ni la peluang terbaik msia..

Anonymous said...

paling lembik no 7.