Monday, July 18, 2011

Stadium Tidak Penuhi Piawaian, Kelantan Mungkin Terpaksa Beraksi Di Bukit Jalil


Hasrat The Red Warriors untuk beraksi perlawanan bertaraf benua (Piala AFC) buat pertama kali di gelanggang sendiri mungkin tidak kesampaian, apabila gelanggang keramat pasukan itu, Stadium Sultan Muhammad Ke-4, Kota Bharu dikatakan tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan minima ditetapkan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC).

Memetik kenyataan ringkas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa di laman Facebook beliau :

“berita kurang baik, baru bincang secara informal dengan AFC, besar kemungkinan TRW tidak dapat beraksi di Kota Bharu untuk AFC Cup kerana AFC bertegas dengan syarat minima kelayakan stadium termasuk scoreboard, digital clock, lampu limpah, media facilities dan lain-lain..”.

‘Keuzuran’ Stadium Sultan Muhammad Ke-4, bukanlah suatu perkara baru, malah pernah disuarakan beberapa kali sebelum ini, sejak beberapa tahun kebelakangan, namun nyata tidak diambil peduli pihak yang bertanggungjawab, sama ada Perbadanan Stadium Kelantan, atau kerajaan negeri yang mengaut untung berlipat kali ganda, namun kerja pembaikpulihan tidak juga dimulakan sehingga ke saat ini.

Dengan status Kelantan selaku kuasa baru bolasepak tanah air – Juara Piala Malaysia 2010, Juara Piala Sumbangsih, Naib Juara Piala FA 2011, dan terbaru Juara LIGA SUPER 2011, umum menyedari mereka seharusnya memiliki sebuah stadium bertaraf professional, namun situasi di Kota Bharu ketika ini lebih menjurus kepada agenda peribadi sesetengah pihak yang mana mungkin sesuai dilabel ‘mahu menangguk di air yang keruh..”.

Apa sekalipun, peminat setia TRW pastinya mengharapkan segala masalah berbangkit ini dapat diselesaikan segera, apatah lagi ini merupakan kali pertama pasukan kesayangan mereka beraksi di pentas Asia.

32 comments:

apeeh said...

"kerajaan negeri yang mengaut untung berlipat kali ganda". try pengarang wat artikel berkaitan isu neh,,perjelas skt..jge amik 100% info dri kafa jah,amik blako dari perbadanan stdium nge krjaan negeri...

cinta bonda marketing said...

jaga2 jgn jd isu politik..nanti dr stadium penuh langsung ta de org mari tngk..2 pihak ta dpt ape..pemain juga yg merana ta dpt gaji...

Anonymous said...

saya sokong pndapat apeeh dan cinta moden marketing.
ambil berita dari 2 pihak sbb klantan dah dalam proses nak buat stadium

Anonymous said...

kawe setuju dengan apeeh dan cinta bonda marketing

org dalam said...

kawe pulak kurang bersetuju, kawe rasa apa yg KAFA cakap ada betulnya, jgn terlalu bersifat kenegerian sehinggakan benda yang nampak ketara pun kita nak menidakkan atau menafikan. umum mengetahui kot, siapa yg bayar gaji player? KAFA, bukan kerajaan negeri. sape yg naikkan bola di Kelantan, KAFA, bukan kerajaan negeri. siapa yg bertanggungjawab apabila kena denda, atau sewaktu dengannya, KAFA, bukan kerajaan negeri. ada kerajaan negeri beri sokongan dlm bentuk kewangan? takde KAFA cari sendiri, kalau ada, itu selepas merayu macam pengemis jalanan, lepas tu bagi pulak bersyarat, beza yg teramat jauh dgn negeri lain yg mndapat sokongan kerjaan dalam bentuk geran so on..kenapa kelantan takde?? amboi bila menang, bila naik jer bola kelantan, tau pulak nak tumpang publisiti? mulanya taknak sokong pembinaan stadium, tiba2 anounce stadium baru? mmg betul ada pengecualian cukai hiburan, tapi altogether yg KAFA bayar mencecah berjuta, itu nak taruk kat mana? mana pergi duit tu, boleh suruh SPRM siasat tak? bukan nak politikkan, tapi sudah terang lagi bersuluh itulah agenda sebenar di kelantan. bila najib anounce baru-baru ni sume nak menempelak TSAM, kononnya beliau mempolitikan TRW, padahal terang2 nampak kerjaan negeri nak politikkan bola dgn anounce stadium baru, itu korang tak nampak? haktuiiiiiiiihhhhhhhh!! aku sokong statement yg mintak pengarang menulis pandangan dari kedua pihak, pengarang, tulis jangan tak tulis, tolong korek sikit mana pergi duit berjuta KAFA bagi kat kerajaan negeri, masuk poket siapa, kalau boleh make sure SPRM masuk siasat, baru dia tahu langit tinggi rendah...

anti-anti said...

yezzzza, itu dia, syabas 'org dlm', aku mmg tunggu ada org bukak topik ni, baru senang nak menyampuk. hahaha orang kelantan tak sedar mereka diperbodohkan kerjaan negeri sndiri, tapi tuduh TSAM and BN yg nak perbodohkan mereka hahah, aku kesian dgn orang kelantan yg bodoh ni.. come on la, dari awal lagi yg naikkan bola kelantan adalah TSAM, kalau takde sokongan kewangan beliau sendiri, serta kesungguhan, aspirasi TSAM, tak mungkin bola kelantan boleh maju camni. aku orang luar pun kagum tgk smengat beliau, tapi sayangnya beliau ditempelak, dijatuhkan rakyat beliau sendiri. kerajaan negeri tak pernah nak menolong selama ni, geran tak bagi, pembinaan stadium reject, tapi tiba2 bila naik macam2 benefit lak ye? hahaha, takkan tak nampak kot mainan politik pas kat situ. apabila mereka buat stadium, rakyat akan lebih 'sayang' pada mereka, so itulah undi yg mereka dapat, dgn membina stadium - secara otomatik rakyat akan beranggapan 'kami tak perlukan BN untuk bina stadium, kerajaan kami boleh bina sendiri'. so berjayalah pas yg naikkan TSAM, yg dapat nama diorang, umpama itu lembu punya susu, sapi dapat nama, mmg org kelantan bodoh sbb makan budu banyak..

p/s : kesian TSAM, sampai sekarang skorboard pun takde kat stadium aduhai...stuju, mintak SPRM masuk check. kalau pengarang berani nak menulis benda ni, aku dedahkan maklumat yg aku tahu..mungkin boleh membantu, biar mampos kerajaan kelantan..

Anonymous said...

Hari tu kan dah lwn myanmar, ok plak stadium SMIV..?

Ke ape crite..?

-ZP

cinta bonda marketing said...

Bagus na suruh SPRM siasat..kalau ada maklumat lg bagus..siasat dr mana Tok Guru & najib dpt duit na bt stadium..duit sendiri ka atau duit rakyat..kalu duit sendiri ta pe kalau letak syarat..tp kalau guna duit rakyat yg membayar cukai ta ya tunjuk taring kena undi xxxx baru dpt stdm..mcm mana rakyat na terima..politik zaman 50an..tlg rakyat adalah tanggungjwab kerajaan yg memerintah..lg satu kita hanya dengar statement dr kafa tp dr kerajaan negeri tade..mcm mana na nilai..rakyat skrg bukan bodoh..duit royalti bole jd wang ihsan..hasilnya negeri kaya minyak adalah antara negeri termiskin d malaysia..ini bkn pro xxx atau xxxx tp rakyat na apa yg di janjikan ditunaikan cepat atau lambat..jgn pilih bulu..mcm mana na maju..baru naik sikit semua na tunjuk gedebe..Islam mengajar kita beserdehana dalam dlm menjalani kehidupan di dunia,.bola sepak adalah sukan hiburan yg ada pro n kontranya..ambil iktibar pasukan bolasepak wanita jepun..jd juara dunia..semangat kerjasama la yg bantu kejayaan..bak kata pepatah " Jd juara adalah perkara mudah ,tp mengekalkannya adalah sebaliknya "..pada siapa yg pegang jawatan dlm apa pun..bt dgn Ikhlas n Amanah kerna anda akan di HISAB di alam yg kekal..Insyaalah pasukan Harimau Malaya akan beoleh kejayaan n di geruni oleh pasukan dunia lain..ta de puji diplomatik..Amin

Anonymous said...

utung berlipat x ganda sebab ape tu ? acu wi bukti atek。。xrok duk main ambik so pihak jah。。hok so pihak tu hok tahu sokmo doh duk main isu jah kijoan。。doh demo banyak pitih demo buat lah facilities。。politik pah ceroh。。siap nk perbodohkan ore lagi。。

ibun_jogho said...

O o oooo.. Akhirnya.. Akhirnya..topik ni mjadi medan perbalahan politik. Sblm artikel ni ditulis rasanya xde hujahan bkaitan politik (maaf kalu mmg ada sblm ni) yg dilontarkan oleh pengulas2..

Maaf ckp la..

Ssiapa yg rasa ada bukti ada pnyelewengan silakan buat laopran polis & SPRM. Kawe pun nk tahu jg mana yg betul mana yg salah.

& kawe mjangkan ulasan topik akn jadi pjang sprt topik "Panas di kem Kelantan, pemain bidas Karathu".. & hujahan lbh kpd smgt KEPARTIAN...

wan said...

kalu dah kafa hebat sgt sgt....buat stadium sediri la cepat2....trw kan hok kafa....hok krajaan pusat buke hok krajaan negeri...buat stadium sdiri pah biarla pnyokong2 krajaan pusat/kafa/tsam jah g tgk...nok masuk stadium atau nok beli tiket tunjuk kad ahli parti....main2 la pok2 demo tuh...tgk setaro mano biso....hebat ko dok trw tuh....ni gak nok mitok sokongan rakyat kelate jgk gapo2 pun...baso politik taik...cehhh...

Anonymous said...

Politik taik...

Anonymous said...

guano pah ko politik pulok ni...xleh sentuh sikit nah klu pasal kerajaan negeri tu..nok wat ngano mugo apo yg kerajaan negeri wat tu betul belako tu gak....

Amirul said...

selagi tak dok stadium baru lagu ni akan berdendang setiap tahun pada awal musim. dengar khabar awal tahun ni federal dah lulus untuk scoreboard mana pergi peruntukan tu JPP atau perbadanan stadium tolong jawab. Baso dia dah kalu nok bola kelate jadi industri kena hidup atas keupayaan diri sendiri. Kalu kerana bola kita nok balah tak payoh masuk AFC pun tak po. Cadangan kawe kafa buat la stadium sendiri muat 6ribu jah pun tak po caj tiket mahal Rm200 so game biar hok mana ada pitih jah gi stadium pah tu upah stesen tv buat live sokmo bayar ko KAFA untuk tontonan hok tak dok pitih. Agak2 kelab pro luar negeri hidup atas duit kerajaan negeri ke? Tok soh dok balah la puak kita semuanya ada agenda masing-masing hok tertipunya kita hok abih duit gi stadium. MSL dah jadi MSLE Malaysian Super League Entertaiment banyak isu dan kontroversi bagi menghangatkan cerita. Apa-pun kalu main di Cheras atau MPPJ pun tak po molek baru.

pokjik said...

saye ore kg ambo jd lagu nih...
jange gak kita pikir ore hok pakai pioh, serbe tu xdok buat saloh...
tapi gak bia la ore lain hok nok bui pendapat sdiri...ni gak ore kecek pasal puok hok demo sokong gak nyetok slalu.. krajae negeri ko, pusat ko...suma paka duit rakyat...meme kijo demo tu la tulong rakyat.. mulo2 krajae negeri la keno tulong KAFA.. mugo KAFA ni hok naik namo Klate... kalu dok mampu, baru la mitok krajae pusat..
pasa kecek/ugut tu supo jah wei, jange nok royak krajae negeri dok guno stail ugut lagu tu...supo jah...duo2 tu ore politik...
nok sene kito rakyat pn keno la panda main politik gok...ko guano

Azremiey said...

Wow... penulis jus menengahkan apa yg diwar2kan oleh Presiden Kafa difacebooknya.. dan ramai pula yg komen berapi-api dari kedua2 belah pehak.. ini sebenarnya bukan menyelesaikan masalah tapi bakal memecah belahkan penyokong TRW.. sepatutnya.. kita2 beri komen yg lebih bernas dlm menyelesaikan masalah.. Setiap kita ada alasan yg tersendiri bila membangkitkan sesuatu isu..tapi minda dan emosi kita jiga perlu dikemas kini dlm menghadapi kritikan sesama sendiri... pendekatan yg perlu dilakukan.. pihak KAFA perlu buat.. fowardkan syarat2 minumun yg perlu ada pada setiap stadium utk membolehkan SSMIV jadi stadium utk TRW semasa AFC nanti.. perbincangan antara pihak perbadanan stadium, kerajaan negeri, pihak KAFA dan juga wakil kerajaan Pusat perlu diaturkan utk menyelesaikan masalah.. bukan utk kita bertekak sama sendiri...mengata itu dan ini.. harap2 ada jalan penyelesaian.. kalau tidak... kita pasti juga hadir kalau terpaksa bermain distadium bukit jalil..kita wira2 ke12 TRW senantiasa beri sokongan pada TRW walaupun telah dilebel dgn macam2 lebel oleh setengah2 pihak...

kasimselamat said...

aku kesian dgn orang kelantan yg bodoh ni.

anti-anti July 19, 2011 12:32 AM

sedap bekecek weh org bijak pandai nih.... semoga anak anti-anti akan menjadi lebih bodoh dari apa yang katakan....

ibun_jogho said...

Hhah..tu dio!! Ba'loh pasa politiklah pulok puok kito.

Buleh doh la..

Hoktu sokon hoktu, nguduh hokni. Hokni sokon hokni, nguduh hoktu.

Bo' la wei kecek politiknyo.

Lwn Singapura ni, guano gamok Malaysia? Agok2 Apek lekat first E ko dok heh?

Dunia Baru said...

aduss..jem......dok dam aku nk tambah2...semua dh komen kt ats tu..aku setuju kalu main kt bkt jalil...senang aku nk g tgk.,.hehehee

Dunia Baru said...

ibnu_jogho : kawe rasa apex tak lekat first elebeng....sarbinee turun kawe rasa.... puak2 lain guana?

ats wojik dh idlan ngan safee

Anonymous said...

jgn balah sek kito..biar la buat kat bukit jalil..rakyat kelantan tetap memenuhi stadium bukit jalil..

Baiz said...

isk isk...jadi nyo panah molep...ambo terbaco komen di atas...kerajaan negeri nok wat stadium bukan guna pitih kerajaan atau rakyat...tapi guna sistem BOT..modal pemaju...build operation transfer....wi cidik sikit gak...jange tahu nok ngudoh ko kerajaan kelate...tok guru nok guno pitih utk hak rakyat kelate...buke nok wat stadium kokse...esok2 di akhirat sapa nak jawab...pitih rakyat wat stadium..

namun ambo sokong usaha tsam...tak kira dia umno ko pas ko dap ko....asal bendo molek bulih wi manafaat ko rakyat marhain nih tak po belako... hok dok marah ke tsam baru2 nih kes pok jib oyak..."kalu MENANG PRU DI KELANTAN saya nak bina stadium" <---- hok nih napok TERAAAANGGG2 sgt politik...tapi TSAM ambo tetap hormat beliau dan beliau ambo anggap bapa bola kelantan :)

hok kerajaan negeri umum komplek sukan beserta stadium...dan takde pulok TGNA oyak..seperti pokjib kita tuh...kalau kerajaan kelantan tak buat staidum kata tak sapot...dah buat kata isu politik lerr pulokk...

apa2 pon...tahniah buat TSAM kerana berjaya membawa TRW ke puncak kejayaan...im salute u ;)

hok kato rakyat kelate bodo tuh kecek molek sikit be...dalam blog bulih la...tubik luar kecek bodo gitu terabur gigi la jawabnyo...hihihi

Baiz said...

ibun jogho (ibnu ko ibun...ko ambo saloh taip...huhu)

molep doh tuh...kabar2 tok kabar penuh isu politik pulok dale nih...agoknyo demo nih tok leh bezo bola dgn politik...kijo nok berpolitik jah...isk isk

Anonymous said...

Dua2 pihak kna bertolak ansur, TSAM pun jgn duk heboh sgt benda2 gini. Try bincang moleh ngan Krajaan negeri Insya Allah ada jln pnyelesaian.

Klau nak main politik yg akan rugi psukan Klntan dan TSAM juga nanti, kna ingt mjoriti rkyt klatn ni pnykong kuat PAS, hok duk pnuh stdium pun org PAS jgk, klu mrka2 ni dah fed up dan xgi stdium dan xcara ke bola lg bru nmpak akibatnya..

Org kelate mjoritinya sokong TSAM atas dasar bolasepak dan bknnya dasar politik. Klau main kot bola TSAM mng dan Krajaan negeri kalah tp klu main kot politik kita msing2 thu la akibatnya.

Kawe percaya skrg org bertahan sbb sayangkan Pasukan Kelantan je ni..
Jgn smpai ada yg kluar statement "Baik klate dulu la drpd leni yg cmpur politik dlm bola, bia pun duk divisyen 2".

-ZP

anak kltn L/Klang said...

Dalam fb TSAM dia tulis dlm bahasa Melayu, katanya SSMIV tdk dapat digunakan utk kejohanan piala AFC kerana tidak menepati piawaian minima dan menyerahkan kepada pehak yg berkuasa untuk di ambil tindakan.kalu bolih dibaiki lagi baik kalu tdk kita main di Bukit Jalil atau menarik diri, yang kita dok serabut dan sibuk campur aduk dgn politik tu buat gapa, builah sapa merentah pun dewa turun dari kayangan pun kalu kita jenis org pemalas kita akan jadi papa kedana juga, bdk2 players tu dok perhati mereka pun naik nak mutah juga dengan perangai puaki2 nih. Kawe cadang pengarang berhentikan perbalahan ini kerana ia nampaknya telah menjurus ke arah yang negatif, Kawe bimbang sangat2 kot2 ada tangan ghaib yang lebih suka melihat TRW ni telingkup

Alexis Aiman said...

SILA JANGAN CAMPUR ADUKKAN POLITIK DALAM ULASAN ANDA SEMUA.

ARTIKEL/ENTRI NI DITULIS BUKAN UTK MEDAN PERBALAHAN POLITIK, KEPADA YG CAKAP ADA BUKTI KE, ADA INFO NAK BAGI KE, SORRYLAH SAYA TAK BERMINAT SAYA WARTAWAN SUKAN, BUKAN POLITIK, SAYA RASA LEBIH ELOK ANDA SALURKAN MAKLUMAT KEPADA PIHAK BERKUASA ;).

SEKALI LAGI, ENOUGH K. KALAU NAK BERBAHAS BANYAK LAGI RUANGAN KAT LUAR SANA HANYA BERI PENDAPAT BERKENAAN STADIUM, ATAU ALTERNATIF YG ANDA FIKIRKAN SESUAI JER KAT SINI. OK? CHAIYOK..

Anonymous said...

Bagus tu lain kali jgn bangkitkan isu panas..TRW bkn milik penuh TSAM..apa pun TSAM diakui sebagai Bapa Modenisasi skuad TRW utk cemerlang sejak 4 thn lepas..tp tanpa pemain ke 12 siapa lah TRW dimata peminat bola sepak Malaysia..biarkan sukan dgn acuan nya tanpa kepentingan peribadi..pandang ke depan utk mengembalikan AURA pasukan kebanggaan kita HARIMAU MALAYA !!! ITU LEBIH UTAMA..setelah sekian lama malappppp.....

ibun_jogho said...

Kpd BAIZ: Namo Ibnu come jugok tuh, tp namo kawe IBUN jah.. "U" dlu, baru "N". Hehe..

Btl kata admin @ SS @ Aiman tu; ini bkn medan politik. Yg ada bukti itu, bukti ini, sila buktikan. Tp bkn di sini, buktikan di mahkamah deh..

Bbalik pd topik: kawe rasa walaupun SSM 4 x blh djadikan venue ptandingan, itu x mjadi msalah buat pasukan. Bkt Jalil / Shah Alam jg umpama stadium Kelate. Sbb nya, rakyat Kelate, pnyokong Kelate, & pminat Kelate ramai jg di luar sana. Mrk akan mmberi sokongan padu. Ke Sabah hari tu pun ramai yg turut serta dgn pasukan, inikan pula di KL.

Cuma pnyokong di Kelate terkilan jg la sbb xleh nk tgk pasukan beraksi. Tp terkilan sbb xleh tgk je, sokongan ttp ada.

Anonymous said...

main politik tak main pun skit sbyk akan terheret gak sbb boss2 smua dr parti politik, aritu najib dtg kltn ttiba jd peminat nombor 1 lak lawak dgr camtu,ape2 pun kalau kata tak main politik bnda camni bleh nk elak dah tapi pandai2 nk hidup jgn peminat trw akan lari sorg demi sorg da la

Dunia Baru said...

pok2 mana nk lari ....lari la...

tp bagi kawe n yg mana peminat setia TRW, nk lari sbb isu2 mcm ni jauh sekali...


kawe nk tgk staro mana nk lari...

jgn time kelate jatuh baru nk lari..bila TRW naik pakat ngaku penyokong belako...pastu mcm2 isu...TRW bukan hok kafa sajo la apo la....

jgn jadi hipokrit...peminat TRW ni minat sbb faktor kenegerian kita kuat dlm badan ore kelate...tak perlu kita pura2...mmg setiap anok kelate ada sikap kenegerian termasuk kawe..hehehe...

so tak yah dok ugut nnti lari sorg2 ko apo....hok mana nk stay ngan TRW stay..hok mana nk tinggalkan TRW, dipersilakan...xde org nk halang rasanye...

p/s: kalu ramai tk sokong kelate best jugak..tk perlu lah kawe n geng2 kawe nk berebut tempat duduk kt stadium nnti...loni dpt duduk kt tangga stadium sokmo la..hehehe..stadium paroi,stdium shah alam,KL,KB,kuantan semua kita redoh...

ibun_jogho said...

Keno wat pembetulan tu. Bkn smngt KENGERIAN, tp smngt KEPARTIAN...

Ok cukup.. cukup.. bo' la kecek politik.. Hhahaha..

Anonymous said...

Jika di perhatikan daripada syarat yang di tetapkan oleh AFC sudah pasti hasrat Skuad Penyu untuk beraksi dalam saingan Piala AFC buat kali pertama musim depan di gelanggang sendiri tidak akan menjadi kenyataan. Ini kerana Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh AFC.

Antara syarat-syarat kelayakan stadium oleh AFC adalah scoreboard digital, lampu limpah, media facilities. Terengganu layak beraksi di saingan AFC di atas tiket menjuarai Piala FA musim ini. Sekiranya Terengganu ingin terus beraksi dalam saingan ini PBSNT perlu mencari venue lain yang memenuhi syarat AFC.