Monday, July 25, 2011

Serang Pengadil : Akmal Rizal, Shahrulnizam Digantung 7 Perlawanan


Bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal dan Shahrulnizam Mustapha adalah dua daripada lima pemain utama skuad Liga Super Perak yang digantung 7 perlawanan dan didenda RM 4,000 oleh Jawatankuasa Disiplin Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ekoran insiden menyerang pengadil perlawanan, Mohd Sabri Mat Lazim, 19 Mei lalu.

Insiden tersebut dikatakan berlaku pada perlawanan Liga Super antara Perak dan Sabah di Stadium TLDM, Lumut, ekoran keputusan Sabri menghadiahkan sepakan percuma di luar kotak penalti, yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemain tuan rumah.

Sepakan itu menghasilkan gol penyamaan buat pasukan Sabah, hasil jaringan Rozaimi Rahman.

Perak sebelum itu mendahului 1-0, jaringan Shahrulnizam pada minit ke-52.

Selain Akmal dan Shahrulnizam, tiga pemain lain adalah penjaga gol no.3 negara, Nasril Nordin, Syazwan Roslan dan Azmeer Yusoff.

**Apapun status mengenai hukuman ini sepertimana ditulis Akmal Rizal di laman Facebook beliau yang berbunyi saya dan 4 lagi rakan digantung 7 perlawanan dan denda RM4k, akan didapatkan pengesahan kerana ada kesangsian timbul. Nasril bersama skuad kebangsaan, takkan dijatuhkan hukuman ketika saat getir seperti ini?

14 comments:

Anonymous said...

aik.. baru kena gantung ker?
bkn liga super da lama habis ke?
diorg serang camne smpai kne gantung 7 perlawanan?

hurm..

Alexis Aiman said...

baru bersidang bro, bukan bro tak tahu FAM, sathia pun lepas 3 bulan baru kena gantung..am i ryte?

Anonymous said...

nasib pemain d liga mlsia mcm ni la..tu sbb kita ketinggalan jauh dr kuasa besar asia yg mana satu ketika dulu lebih kurang standard je..FAM terlebih sudu dr FIFA...

Anonymous said...

player kedah yg tumbuk player harimau muda A di stadium darul aman tak kena apa-apa ke?

Anonymous said...

you are right bro.. kes sathia adlh d antara yg paling truk dlm sjarah FAM.. 2 3 hari nk strt Liga Super 2011 bru diorg nk gantung..dah la 6 bulan plak tu.. pastu duk bising2 ckp klntan xleh msk sumbangsih sbb xde coach Class A. nasib baik KAFA sempat cari new coach.. x sangka plak episod Liga Super 2011 ada cite sambungan lg.. ingtkan lps klntan da menang da tutup buku dah.. lmbt betul la diorg ni buat decision.. hope diorg x ulang benda yg sama b4 match piala malaysia.. tkut ade team yg xleh main piala malaysia last2 minit jer.. harap prestasi pengurusan FAM tahun ni better la dari tahun lps ye..

Anonymous said...

org besar dalam FAM tu smuanye dh tua bangka.itu pasal la lembab nk wat kputusan..a'ah ye kes player kedah tmbuk player harimau muda tu ape kes.adakah yg tukang tumbuk tu bukan player klntan @ halim napi FAM xleh amik tindakan!??..smua xleh pkai

Anonymous said...

Halim Napi

Anonymous said...

thanks Bro atas penjelasan pasal penggantungan ni...sebab ramai fan perak menyangka akmal di gantung sebab blah dari kelantan...diorg bengang gila kat KAFA...so, pada segelintir fan perak, baca artikel ni dulu.....jgn duk menyalak tak tentu pasal..

nona Tyraa ^^ said...

baik lahh FAM buat keputusan yg perak ta layak mauk kempen piala mlaysia . sbb tonggak utama perak semua kena gantung . ta faham ngan FAM skrg ni .. kes ludah , tumbuk sesama pemain ta naik lagi isu ..mane tindakan nye ?

Dunia Baru said...

hmmmm.....pengadil pun tk betul mana....nama jek pengadil..tp mana ada yg adil nye..huhuhu...

player pun manusia..kadang2 pns hati gak..wpun tau keputusan pengadil adalah muktamad...huhuhuhu

Anonymous said...

tahniah Fam kerana perangai hodoh dan bodoh sombong kembali lagi..mengapa sekarang baru nk hukum??..mari sama2 kita berdoa agar fam teruskan usaha bodoh & sombong ni banyak2 dan kalau boleh peramkan kes yg ada tu biar sampai setahun dua, lepas tu jatuhkan hukum tak boleh main 80puluh atau 126 enam permainan dan denda sekurangnya 200ribu ke 270ribu usd...kita tahu ini adalah benda yg ada didalam kepala otak cerdik pandai di fam yg kalau boleh pasti mereka nk laksanakan..sekali lagi tahniah kepada fam yang perangai hodoh dan bodoh sombong kerana melaksanakan hukuman yg paling setimpal yang wujud dimana2 persatuan bola didunia ini

kaki_bangku said...

Ingatkan mahkamah syariah yang urus hal penceraian je yang lambat, jawatankuasa tatertib FAM pun lambat juga rupanya.

Harapnya ahli2 FAM dapat bagi cadangan pembaikian dalam mengubah dasar ini

Anonymous said...

teman tengok pada hukuman tu..macam pengadil tu dah masuk icu je ..cedera parah.. betul ke FAM ni..

FAM dah tengok ke video rakaman perak vs sabah tempoh hari.. cube kaji sket kenapa pemain serang pengadil.. mungkin keputusan pengadil itu yang menjadi PUNCA kejadian serangan pemain itu..walaupoun keputusan pengadil adalah muktamat.. tapi pengadil juga manusia biasa yg ada AKAN melakukan kesilapan atau pun rahsuah.

Aku rasa FAM cuma tgk rakaman semasa serang pengadil tu je.. FAM tak tgk keseluruhan rakaman tu bermula dari sepak mula hingga tamat perlawanan..

maklum ler... AJK pun semua dah tua-tua... mana lalu nak tgk rakaman lama-2.. lebih baik pegi kelab dangdut..baru masukkk...
kekekeke.

br,
ayonyor.

tycoon said...

kalau bahasa kasarnya, kalau karier pemain nak selamat daripada penggantungan dan denda maksima ialah sertai pasukan Selangor dan Pahang.. hantuk kepala sampai rebah pun 2-3 match jer gantung, apatah lagi setakat kerumun ref macam kes ni :)