Usaha menyelamatkan pasukan ‘diraja’, Pahang, daripada tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan akhirnya gagal apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan format pertandingan Liga Super musim depan kekal dengan 14 pasukan sepertimana sedia ada.
Ini bermakna, PAHANG yang menghuni tangga ke-13 Liga Super musim ini akan beraksi buat pertama kalinya dalam saingan kelas kedua liga tempatan bersama-sama PERLIS, manakala PKNS SELANGOR dan SARAWAK beroleh tiket automatic ke saingan elit.
Apapun, keputusan FAM ini sekali lagi bukan keputusan jangka panjang, apabila Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi isyarat awal bahawa format ini hanya untuk musim 2012, manakala untuk 2013, format pertandingan mungkin diubah kepada 10 atau 12 pasukan bergantung kepada keputusan mesyuarat.
Dalam perkembangan lain, mesyuarat pada Selasa turut memutuskan untuk membenarkan semula pengambilan pemain import bermula musim 2012 – HANYA 2 pemain setiap pasukan, dan HANYA pasukan yang berkemampuan serta kukuh dari segi KEWANGAN dibenarkan berbuat demikian.
SYARAT KELAYAKAN PEMAIN IMPORT :
ASEAN : Mestilah merupakan pemain kebangsaan negara berkenaan.
Asia (AFC) : Divisyen 1
UEFA, CONMEBOL, CONCACAF, ETC : Divisyen 2 ke atas
Turut berlangsung di Wisma FAM, Majlis Tandatangan Perjanjian Kerjasama Bolasepak antara FAM, dan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Antara yang dipersetujui menerusi perjanjian ini :
1) Skuad Harimau Muda A akan beraksi di Liga Singapura bermula musim depan, manakala sebagai EXCHANGE skuad YOUNG LIONS akan beraksi dalam saingan Liga Super.
2) Pertandingan Juara lwn Juara (ala-ala Piala Sultan Selangor), di mana Juara Liga Super akan menentang Juara Liga Singapura, dan Juara Piala Malaysia akan menentang Juara Piala Singapura.
3) Mengadakan seberapa banyak perlawanan persahabatan, membabitkan skuad junior (u-23) dan senior kebangsaan.
1) Skuad Harimau Muda A akan beraksi di Liga Singapura bermula musim depan, manakala sebagai EXCHANGE skuad YOUNG LIONS akan beraksi dalam saingan Liga Super.
2) Pertandingan Juara lwn Juara (ala-ala Piala Sultan Selangor), di mana Juara Liga Super akan menentang Juara Liga Singapura, dan Juara Piala Malaysia akan menentang Juara Piala Singapura.
3) Mengadakan seberapa banyak perlawanan persahabatan, membabitkan skuad junior (u-23) dan senior kebangsaan.
9 comments:
raja muda pahang,tlg la backup pahang...plzz la
x dapek din nk nolong..
kahkahkahkahkahkahkahkahkahkah
nampaknya sultan bola segan nak tolong team dia tahun ni. kalau pahang stay super league, mmg terlampau jelas tak kenanya.
"itula..len kali bler u dh dberikan pluag,guna la sbaik mgkin pluag y u ada tu..jagn rilek d zon selesa jer...mentang2la u ad kable besar..u igt kable u tu bleh hulur tgn anytme je bler u perlu..igtla..kita bukan slalu d atas..ala..mcm roda..ala-ala roda impian gtu.. apepum slamatla bjaya kt u ..mbey lpas 'jatuh' ni..n u tau sakitnya 'jatuh' tu..u bgunla blik..ingat..BANGUN SENDIRI..no,no,no..xmou orglen tlg..xmou..igt tau.....
Buat kali ptama dlm sjarah bola sepak Malaysia, Pahang merasa berada di liga bawahan. Kali ini Pahang kena belajar, terima, dan akur dgn kputusan. Walaupun tlh diselamatkan & diberi pluang berada dlm Liga Super 2011 dan sblm nya, Pahang gagal utk perthankan pasukan drp tersungkur.
Kalau Pahang msh gagal dlm Liga Perdana thn dpn, x mustahil Pahang akan trn ke Liga FAM pla. Tp x mustahil, jika Pahang "DISELAMATKAN" utk sekian kalinya..
Harap2 Presidin, pengurusan, & pnyokong Pahang dpt mnerima dgn hati tbuka kputusan ini..
Walaupun turun ke liga perdana... maruah sekali lagi hampir tercalar dan mampu diselamatkan (harap2 selamatlah) bila berpeluang bersaing dlm piala m'sia sekiranya menang play off dgn sime darby.. adakah ini keladak dlm dunia bolasepak m'sia..
hehehe...susah nk komen team pahang nih...hebak pasang surut...siap balun kelate tu ari tu..ekekeke..jem palo otok
untuk kesekian kalinya penyokong dari kuantan sukar untuk menyaksikan perlawanan The Red Warriors di Pahang. nak tunggu stadium Felda lambat lagi..hehehe
Post a Comment