Friday, July 15, 2011

Raja Naik Angin, Belum Sedia Turunkan Ashaari


Biar apa orang kata, biar apa tanggapan ramai, tidak akan sekalipun mendesak Datuk K.Rajagobal untuk mengubah taktikal, strategi, formasi mahupun kesebelasan utama pilihannya, meskipun selepas kekalahan memalukan 0-4 kepada Arsenal, baru-baru ini.

Sekadar seri menentang Etoile FC dan Hong Kong (1-1), menang tipis 2-1 ke atas Taiwan, sebelum tewas kepada lawan sama 2-3, diikuti kekalahan terbaru kepada The Gunners, menimbulkan pelbagai cakap-cakap negatif mengenai MINDSET Rajagobal, dengan pertikaian hebat mengenai keengganan jurulatih yang membimbing skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 itu mempraktikkan formasi baru, selain KEKAL dengan beberapa FAVOURITE PLAYERnya untuk setiap perlawanan.

Antara yang nyata, posisi DEFENSIVE MIDFIELD yang kini ‘digenggam’ erat Amar Rohidan tatkala Rajagobal mempunyai Shakir Shaari dan K.Gurusamy untuk digilirkan di posisi itu, serta posisi sayap kanan yang menjadi milik Amirulhadi Zainal (Baddrol Bakhtiar, Ashaari Shamsudin, S.Chanturu).

Rata-rata peminat setia Harimau Malaya, mengakui gaya permainan COOL dan BERSAHAJA Shakir, pemain kental Kelantan yang ‘bergraduat’ dari Sekolah Sukan Bukit Jalil, sesuai untuk diadaptasikan di posisi DEFENSIVE MID, tatkala Ashaari, penjaring terbanyak Liga Super musim 2010 yang terkenal dengan skill mengelirukan dan kebijaksanaan mencari ruang, di posisi sayap kanan. 

Rajagobal akui beliau sedar akan situasi itu - kehendak peminat yang mahu melihat perubahan terutamanya corak permainan dan penggiliran pemain, tetapi dalam masa sama menegaskan dia tidak akan sesekali mengubah pendiriannya untuk memuaskan hati pihak lain.

“ini team saya, I’m the coach, I know what I’m doing, bukan u saja, 80 ribu peminat yang datang tengok game cakap macam ni macam tu, takkan I nak dengar semua 80 ribu cadangan tu?? Itu hak mereka, ini pula hak saya.  I know my team as well, siapa layak main siapa tidak..”.

“pergilah tanya Alex Ferguson kenapa dia tidak selalu turunkan Berbatov musim lepas, atau u pergi tanya coach Argentina kenapa tak menang dua perlawanan pertama Copa America, padahal main tempat sendiri, u pergi tanya pemain terbaik dunia Lionel Messi kenapa dia tak perform dengan Argentina..u all boleh cakap saya sepatutnya turunkan Ashaari, Shakir, saya dengar itu semua, tapi belum tiba masa. bukan saya tak percaya dengan pemain-pemain saya, kalau tak percaya saya takkan panggil mereka ke national camp, tapi mereka belum layak..”. – Datuk K.Rajagobal.

Sharbini ditemuramah wartawan Utusan, Felzalfie Fauzi
Dalam pada itu, dua pemain, Aidil Zafuan Abdul Razak (pertahanan), dan Norshahrul Idlan Talaha (penyerang) sah tersisih daripada senarai terakhir pemain untuk menentang Liverpool petang esok, bermakna posisi Aidil akan diisi Muslim Ahmad, manakala Fakri Saarani akan mengambil alih posisi Norshahrul.

Posisi penjaga gol pula hampir pasti diisi penjaga gol Terengganu, Sharbini Allawee Ramli.

20 comments:

Anonymous said...

hermmm... ikut ko la raja weyh.. main bterabur cmtu pn msih x pcaya akn kebolehan ashaari n shakir.. msih kekalkn peberet player wlpn x perform, even dlm lga pn.. dh penat ckp/komen psl ashaari, sblom start aff ari tu lg.. btw, aku mahukn msia kita layak ke peringkat seterusnya..!!!

mdfaizal said...

akhirnya terjawab juga misteri. hehe.
selama ni aku tertanya2 knp rajagobal tak turunkn ashari terutamanya utk 1st eleven. skurangnya2 dia da nyatakan pendirian, so kita kena hormati.

Akif Mazlan said...

penjaga gol, sharbini lagi.. huhuh

Anonymous said...

Bukan rajagobal sorg yg pilih player, seluruh teknikal coach yang bagi idea dan pandangan kpd rajagobal. Tp memang kecewa dgn pemain 'feveret'nya yg tak perform langsung dlm liga dpt main 1st11. Sepatut rajagobal tgk permainan kucar kacir tersebut di bangku penonton baru lebih nampak

Anonymous said...

jgn ade tgn ajaib dah laa yg tentukan players mna yg kna main...:)

Koya said...

tunggu M'sia kalah lawan Singapura baru Rajagopal nak letak Ashaari...

dia tunggu Fakri sumbat gol sendiri baru nak buang Fakri...

kalau satu game x perform, boleh terima lagi tapi dah banyak game x perform buat apa letak lagi dlm 1st 11?

lantak ko la Datuk Raja...kalau kalah lawan Singapura dgn cara memalukan, letak jawatan jer la raja woiiiiii...

ibun_jogho said...

Dah mmg dia "RAJA" suka hatilah nk buat mcm manapun. Tp RAJA kena jg la ambil kata2 "rakyat". Kawe mmg stuju RAJA kata “ini team saya, I’m the coach, I know what I’m doing"..

Tp RAJA kena stuju jg bhw rakyat dtg nk tgk game yg mnarik. Game ni utk rakyat. Kalu game ni utk RAJA sorang je, silakan buat apa yg u suka. Tp ini psukan Malaysia, pasukan rakyat.

Panggil je Shakir, Ashaari, Farisham, Chanturu dll, kmudian simpan. Jgn bg main ye. Simpan. Bg main masa latihan je. Cukup. Turunkan pmain ksayangan u masa lwn team lain.

RAJA jg kata .."all boleh cakap saya sepatutnya turunkan Ashaari, Shakir, saya dengar itu semua, tapi belum tiba masa". Agak2nya bila masanya mrk ni nk diturunkan?

Rasanya time friendly mcm ni la nk kena turunkan pmain rizat sbb nk tau psembahan mrk. Time mcm ni nk uji mrk. Slps uji masa friendly baru buat kputusan siapa yg layak.

Uji masa friendly, jgn uji masa training. Kadang2 msa latihan pmain x tunjuk pmainan yg mnarik tp time lwn mrk btul2 bagus. Mungkin RAJA tgk masa latihan pmain x perfom betul2 jd RAJA buat kputusan mrk x layak.

Pmain x perfom, pnyokong akan booooo. Bila dh kena boooo... moral down, hilang smgt. Tp kalau pmain perfom baik pnyokong akan bersorak, time mcm ni moral player akan mmbara sama tinggi dgn smgt pnyokong.

Apa2pun kawe masih percaya, DR akan buat yg tbaik utk Malaysia Team. DR dh buktikan sblm ini. & x mustahil DR akan buktikan skali lg.

Sprt yg DR kata "saya tahu apa yg sya buat".., itulah yg mbuktikan DR ada strategi..

;-]

Anonymous said...

Kepala hotak gobal kata belum layak.. ko tu yang menghadkan potensi player, bukan nak bagi peluang player spt ashaari, shakir bermain 1st 11.. ni tak, wat masuk 10 minit nak habis.. rajagobal tahu dak siapa shakir tu.. dulu dh main national team bawah sathianathan.. expose dan permainan dah matang, selalu main match kompetetif spt final piala malaysia, fa, liga super dengan kelantan.. ni duk bagi amar rohidan.. tiada yg istimewanya amar rohidan.. shakir lebih kreatif, diakui sendiri oleh shebby singh. Aku pun heran ramai lagi yang patut main dengan team malaysia spt josep kalang tie, azwan roya dan lain2..

gobal_king said...

Match paling menarik melibatkan pasukan malaysia sebulan dua ni masa friendly lawan myanmar di kota bharu aritu. Cara main cantik, simple pass, possession football. Tak silap midfield masa tu shakir dan shafiq.. gandingan 2 org ni memang mantap.. nampak tersusun je permainan..

mamuMARAH said...

wey raja kapor..kalau hg rasa team ni team hang suka hati hang la..ni Team malaysia maknanya team rakyat msia, hg jgn la dok cewi dan juah sangat..klu msia kena ngan sgapore ni aku nak tgk la apa alasan hg nnt..hang mmg penakut nak wat sesuatu perubahan kat pasukan, alih2 player sama ja walaupun prestasi mcm kentut hang..aku dah boring la ngan taktikal sama hang RAJAGOPAL!!!hang mmg poyo!

Thearah11 said...

Rajagopal tlh menerajui Malaysia utk layak ke peringkat kump sukan olimpik mewakili asia tenggara, bermain utk pusingan ke2 kelayakan piala dunia, mmnangi piala Suzuki.. Jika arsenal starnya, arsene wenger, star malaysia kini adalah rajagopal.. silala lain-lain utk mula mnjnkkn diri dlm dunia coaching, mgkn bmula dgn mlatih team kg masing-masing.. dan bkn sekadar bckp.. menjadi tin-tin kosong..

Anonymous said...

aku stuju ko ckp josep kalang tie boleh main utk national team.. wei gopal ko tak tgk ke josep main camane? xder dah player yg masin bersunguh-sungguh turun naik.. smpai 90min.. josep kalang tie lah salah satu cth nya.. kalau dia tak hebat.. xder nye hadi yahya blh jadi penjaring trbanyak.. sbb josep tu lh slh satu punca hadi dpt umpanan cantik dan mengelirukan.. dismping beliau juga mampu buat jaringan

Anonymous said...

TANJUNG RHINOS RC: star sgt ke arsene wenger? eh dia dah hampir2 nak kena lepaskan arsenal season lepas.. mmg smua org tau dia pernah bawa pasukan menang sesuatu piala.. tp bila pasukan merudum.. mcm mana? masih nak simpan ke? itu maknaya bro TANJUNG RHINOS RC coach kena ade kelainan taktikal apabila benda2 mcm ni kerap berlaku.. eh klau skali dua takpe lh bro.. ini dh brape game.. lebih kurang la cara main.. kami disini bukan ckp tin tin kosong..kita nk tgk gopal ubah.. UBAH.. kita still kasi dia pluang bro.. kita ckp ubah la taktikal tu.. tpi dia ekkal kn cara dia.. kalu camtu dia nak.. rakyat nak kasi pluang ke? sah2 dah coach ni xnak buat perubahan langsung,... still guna skill lama.. so kat sini aku cakap (LETAK JAWATAN LAH GOPAL) amik je coach lain.. tpi make sure coach bru tu mempunyai taktikal yg berlainan dari GOPAL.. bru berubah..

Dunia Baru said...

nate raja.....

" “ini team saya, I’m the coach, I know what I’m doing, bukan u saja, 80 ribu peminat yang datang tengok game cakap macam ni macam tu, takkan I nak dengar semua 80 ribu cadangan tu?? Itu hak mereka, ini pula hak saya. I know my team as well, siapa layak main siapa tidak..”."

ayat nih buat kawe panah ati...sakit ati baca.,..jemmmm

Thearah11 said...

hmm.. Pelik.. np nk suruh letak jwtn plak.. dorg ni org2 dr masa dpn ke?? rasanya malaysia mng lg stkt nih.. tgh nk jmpe singapore.. Arsene wenger nk kene pecat?? Kita dok Malaysia, ad berita yg smpi dr sana tu namanya RUMORS - khabar angin.. pegila bc mne2 yg ptut psl wenger tuh.. Klula ad masalah dgn taktikal malaysia, xlah kita mng bbrpa plwnn sblm ini.. perlawann persahabatan tuh mmgla, kita lwn top team.. yg pntg belaja.. tkut nk klh x kemane team kita.. MMgla btul die ckp, dia coach, mmgla akn men ikut taktikal dia. Dengan ini sy sekali menyeru - carila team, cbe jdi coach- coach kecil-kecilan pn jdilah-cbe utk pkmbngkn diri.. nnti br ble fhm kot.. Tp ini cume pndpt peribadi sy la...

Anonymous said...

wenger tu setakat coach kelab boleh la..ini coach kebangsaan..xyah kuar duit mahal2 nk beli player terbaik..pilih je..masalahnya bila pilih asyik pemain sama yg xde peningkatan pun..mcm amar,fakri..selalu dibagi peluang tp mcm tu gak..sejak jd dato ni coach cakap pun mcm org sombong..

Anonymous said...

Alex Ferguson kalu di coach Scotland pon xkemana jugak.. kui3x

Thearah11 said...

biarlah tukang gunting dgn gunting dan rambut, biarlah tukang kayu dengan kayu2 utk mmbina rumah, biarlah nelayan terus ke laut.. Biarlah mne2 coach dlm dunia ni buat kerja mereka.. klu mereka gagal, kita boleh pertimbangkn utk minta mrk ltk jwtn.. selagi mne positif, kita sokonglah.. itu shj mksd sy..

Anonymous said...

dah kalah ngan singapura x nak turunkn ashaari ngan shakir lgi ke..@ masih alasan sama blum layak.. smpai bila nk tunggu.......

Anonymous said...

Pemain posisi bebas seperti Ashaari perlu bermain.Sampai bila anda mahu menyimpan Ashaari???!!!!