Tuesday, July 19, 2011

Piya Azam Ledak Gawang Cech, Pemain Senior Turun First Eleven

Peluang menyarung jersi kebangsaan mungkin hadir sekali seumur hidup, justeru sedar akan hakikat itu kapten kesayangan Kelantan, Badri Razi, atau nama glamernya Piya berazam ‘menghiasi’ kap antarabangsa pertamanya menentang Chelsea (andai diturunkan) Khamis ini, dengan menjaringkan gol.

Bunyinya mungkin seolah bercita-cita tinggi, namun bagi Piya ianya tidak mustahil dan dia mahu membuktikan sentuhannya bukan hanya berbisa sekadar di saingan Liga Malaysia, tetapi juga di pentas antarabangsa.

Meskipun tidak berpeluang bersama skuad senior kebangsaan kendalian Datuk K.Rajagobal, Piya yang ditemui selepas sessi latihan di Padang Majlis Sukan Negara, tetap teruja dipanggil menyertai kem latihan skuad pilihan Malaysia + Olimpik untuk perlawanan persahabatan menentang Chelsea, dan berbangga masih mendapat kepercayaan jurulatih pada usia yang sudah menjangkau 29 tahun.

“ini first time, banggalah kan, tak sangka, jurulatih dah bagi kita peluang jadi perlu guna peluang ni sebaik mungkin, kena banyak belajar sebab ya lah international ni level dia lain berbanding saingan liga, laju, memang masa yang ada untuk kita buat persiapan pun tak banyak, singkat, tapi saya masih yakin kita boleh buat yang terbaik..”.

“gabungan player sume bagus, campur berpengalaman dan pemain muda, gandingan antara pemain pun dah mula serasi, walaupun tak mantap sangat, memang tak sabar menantikan perlawanan khamis ni, harapan saya walaupun sebagai pemain tengah, nak skor jugaklah, mesti lagi manis..”. – Badri Razi (Piya).

Andai Piya berhasrat merealisasikan hasratnya mencetak nama selaku penjaring menewaskan Petr Cech, Ross Turnbull atau Henrique Hilario, salah satu peluang terbaik buatnya adalah menerusi sepakan jarak jauh, atau sepakan percuma di luar kotak penalti – Piya cukup dikenali sebagai pakar sepakan percuma.

Itu secara OFFENSIVE namun secara DEFENSIF, Piya dijangka berdepan tugas berat dalam mengawal pergerakan Salamon Kalou, Florent Malouda dan Yossi Bennayoun yang pastinya bergilir menghadirkan ancaman ke kubu Malaysia.

Selain Piya, 8 lagi pemain senior yang turut disenaraikan Ong Kim Swee adalah Daudsu Jamaludin, S.Subramaniam, Joseph Kalang Tie, Norhafiz Zamani Misbah, Hairudin Omar, Farizal Marlias, Shahrulnizam Mustapha dan Amri Yahyah – dengan Norhafiz akan bertindak sebagai kapten.

Piya menjaringkan 10 gol dalam saingan liga musim ini, sekaligus merupakan penjaring kedua terbanyak Kelantan, dan antara pemain tonggak yang membantu skuad The Red Warriors muncul juara Liga Super buat pertama kali.

Sementara itu jurulatih, Ong Kim Swee, yang berdepan Chelsea tanpa beberapa pemain utama seperti Muslim Ahmad, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, Ismail Faruqi dan G.Gurusamy yang bersama skuad senior, memberi gambaran awal akan membariskan pemain senior di kesebelasan utama.

“sekurang-kurangnya pemain olimpik dapat main 45 minit, atau ada yang akan main 90 minit. Chelsea ada 2 team, saya harap Chelsea akan lakukan benda sama seperti Arsenal dan Liverpool iaitu turunkan barisan reserve mereka terlebih dahulu, kemudian baru pemain bintang, so saya akan letak senior player first, second half baru masukkan pemain Olimpik, tapi campuran, saya takkan terus tukar semua..”. – Ong Kim Swee.

10 comments:

Nik Zulkhairi said...

all the best to piya.

Anonymous said...

Moga berjaya julang nama TRw n Harimau dgn harapan dpt buka mata DR..Good Luck PM.

Anonymous said...

Main molek piya,lma doh kwe nak tgok demo main m'sia. Makbul jgk harapan kawe.. All the best Piya terr..

-ZP

ibun_jogho said...

Piya bkn saja mnjadi slh 1 harapan Malaysia, malah mnjadi harapan peminat Kelate, penyokong Kelate & rakyat Kelate. Bkn utk mninggikn lg smgt kenegerian, tp inilah hanyalah harapan kami rakyat Kelate.

Tunjukan prestasi cmerlang buat smua.

Rasanya xda masalah utk Piya bgandingan dgn Amri. Piya kena cedok sdikit sbnyak pengalaman dgn Amari (serta Hai-O & Hafiz Misbah) tu.

Kombinasi Piya - Amri biar nmpak mantap. Tp kwe bimbang takut2 Piya ada prsaan tlalu gementar. Kmudian pgerakan jd kaku dan teragak2 nk passing bola.

Apa2pun slmt maju jaya utk Piya & Malaysia Team..

Gomo Malaysia gomo Celsi tuh deh..

Anonymous said...

chelsea pun takut ooo..nmpk zidane kat depan..

Dunia Baru said...

adusss...ramai org nk tgk piya main utk malaysia..

kali ni buleh tgk staro mana...mayb ada sikit gugup, tp lepas 5minit main, harap perasaan gugup tu ilang la piya..gunakan peluang nih betul2....berpuluh ribu mata tgk demo main nih.

Anonymous said...

Masa mulo2 kawe tgk Piya main kat stdm mohd ke-4, kawe sangka dio adik bala. Masa tu dia dribble 3 org player pahang, dalam hati kawe dia ni mgkn akan jadi star suatu hari nanti. Telahan kawe benar, skrg ni dia antara nama besar dalam bola sepak Malaysia.

Syabas Piya.

Dunia Baru said...

biso demo teko..syabas...

Anonymous said...

KUALA LUMPUR - Kedua-dua pemain ini ternyata berbeza dari segi pengalaman mahupun umur, namun Wan Zack Haikal Wan Nor dan Bahdri Radzi bakal berdepan satu lagi peristiwa yang belum pernah mereka lalui, iaitu menentang kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, esok.

Stadium Nasional Bukit Jalil bakal menjadi saksi kepada kedua-dua pemain Pantai Timur ini jika diturunkan oleh jurulatih pasukan Pilihan Malaysia, Ong Kim Swee dalam perlawanan persahabatan sempena Siri Jelalah Asia kelab London itu.

Bagi pemain kelahiran Pahang, Wan Zack, semuanya berjalan lancar dan dia sudah bersedia seratus peratus untuk berdepan dengan pemain bertaraf dunia walaupun pada usia yang amat muda, iaitu 20 tahun dan masih kurang pengalaman di peringkat antarabangsa.

"Saya mengikuti segala arahan jurulatih terutama sekali dari segi taktikal sebagai persediaan penting untuk bertemu dengan pemain Chelsea yang rata-ratanya mempunyai fizikal lebih besar daripada saya," kata pemain Harimau Muda A itu yang ketika ini mewakili skuad Olimpik negara.

Jelas Wan Zack, bukan mudah untuk menentang Chelsea, tambahan pula kesemua pemain skuad itu mempunyai pengalaman dalam saingan EPL mahupun perlawanan antarabangsa mewakili skuad negara masing-masing.

"Saya tetap berasa gugup tetapi saya berjanji akan memberi komitmen seratus peratus dan saya berazam untuk menjaringkan gol, walaupun saya sedar ia bukan satu misi mudah. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mencapai cita-cita tersebut," kata pemain sayap kanan itu.

Sementara itu, Badhri atau terkenal dengan panggilan Piya, dia berasa bangga selepas disenaraikan dalam skuad Pilihan Malaysia walaupun ia bukanlah skuad kebangsaan sebenar.

Ini kerana ia adalah pengalaman pertamanya menyarung jersi kebangsaan sejak dia mula bermain bola sepak pada usia remaja.

"Saya akan menggunakan peluang ini sebaik-baiknya. Ini adalah pentas terbaik untuk saya belajar dan membuktikan bahawa saya layak diserapkan dalam skuad kebangsaan kendalian Datuk K. Rajagobal," kata ketua pasukan Kelantan itu.

Pemain berusia 29 tahun itu berkata, walaupun diberi peluang singkat untuk berlatih bersama pemain senior yang lain serta bersama pemain muda, dia akan memberikan persembahan terbaik terutama sekali untuk merencanakan serangan.

Dunia Baru said...

hurmmm parok...copy paste berito pulok...heheheh