Pingat Perak - sasaran minima skuad elit sepaktakraw negara pada Kejohanan Piala Dunia ISTAF Kuala Lumpur 2011, tatkala Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) mahu menjadikan kejohanan sama sebagai medan mengembalikan reputasi dan martabat Malaysia selaku gergasi sepaktakraw bukan saja di peringkat serantau tetapi juga di pentas dunia.
Dan melihat kepada undian kumpulan, sepatutnya tiada alasan untuk gagal mencapai sasaran itu, apatah lagi skuad negara secara automatiknya mara ke pusingan kedua atas tiket tuan rumah, meskipun diundi dalam Kumpulan H, bersama Laos dan Pakistan – bermakna mereka memiliki tempoh persediaan dan rehat lebih panjang berbanding pasukan lain.
Presiden PSM, Datuk Ahmad Ismail, berpendapat kejohanan julung kali anjuran Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) ini, peluang terbaik skuad negara memulihkan semula maruah negara yang tercalar teruk, ekoran restasi merudum di pentas antarabangsa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
“kita menerima hakikat pembentukkan pasukan hanya bermula April, saya berpuas ati, kerana komitmen diberikan mereka, saya dapat rasakan ada perbezaan, berbanding bekas pemain sebelum ini, saya bersyukur mereka bersatu sebagai 1 pasukan, 1 keluarga, berusaha tanpa curi tulang, ini dapat kita lihat dalam tempoh 3 bulan. Memang ada kelemahan seperti first ball perlu dipolish lagi, diperhebat. Konsistensi tekong, yang penting perlu tenang, tak fikir banyak dan maintain fokus mereka akan berjaya. Saya harap mereka diberi kekuatan, masuk gelanggang sebagai perwira, sebagai pejuang yang mahu mempertahankan martabat sepaktakraw, martabat sukan bangsa kita ini..”. – Datuk Ahmad Ismail, Presiden PSM.
Ahmad Ismail yang juga Timbalan Presiden ISTAF, juga yakin kesemua pasukan termasuk musuh tradisi, Thailand, akan membariskan regu utama/terkuat mereka, apatah lagi kejohanan ini adalah yang terbesar bagi acara sepaktakraw, malah akan dipancarkan secara langsung ke 67 buah negara, untuk tatapan lebih 600 juta penonton.
Tatkala Malaysia, bimbingan Jamaludin Hassan hanya akan beraksi di pusingan kedua, Thailand yang juga pilihan utama kejohanan, dijangka tidak berdepan masalah untuk mara apabila diundi dalam Kumpulan A bersama Filipina dan Bangladesh.
Bagi saingan wanita yang membabitkan 12 pasukan, skuad negara bimbingan Md Fikri Md Nor mensasarkan sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir, selepas mendapat laluan percuma dan hanya akan beraksi di peringkat suku akhir.
Berikut senarai pemain yang akan membawa cabaran negara :
Lelaki : Noor Azman Abdul Hamid, Syazwan Hussin (tekong), Norshahruddin Ghani, Helmi Ismail (pelibas), Farhan Adam (pengumpan).
Wanita : Noor Fairuz Azizan, Siti Norzubaidah Wahab (tekong), Nurrashidah Abdul Rashid, Rahilah Harun (pelibas), Nor Farhana Ismail (pengumpan).
UNDIAN KUMPULAN (LELAKI) | |
Kump. A | Thailand, Filipina, Bangladesh |
Kump. B | Vietnam, Iran, China |
Kump. C | Brunei, Jepun, Australia |
Kump. D | Singapura, Jerman, Sri Lanka |
Kump. E | Myanmar, Taiwan, Perancis |
Kump. F | Indonesia, Switzerland, USA |
Kump. G | Korea Selatan, India, Kemboja |
Kump. H | Laos, Pakistan, MALAYSIA (Bye) |
UNDIAN KUMPULAN (WANITA) | |
Kump. A | China, Indonesia, Malaysia (Bye) |
Kump. B | Myanmar, Korea Selatan, Jepun |
Kump. C | Vietnam, Filipina, India |
Kump. D | Thailand, Kemboja, Pakistan |
4 comments:
Kalau ikut skrip yg lepas2 M'sia akan jumpa Thailand di Final..
Then M'sia jd naib juara..hhmmmm..
Wait & See..
-ZP
Kump. H
Laos, Pakistan, MALAYSIA (Bye)
comel dh nih.....
tunggu adnan saidin ke2 baru ada semangat tengok game takraw ni..kalau tidak jd lauk je dgn thai..uh
tiket semi ngan final ade ke?
bpe ingit?
Post a Comment