Sedar betapa mereka adalah antara pemain yang wajar dipersalahkan sebagai punca kerapuhan benteng pertahanan skuad negara yang melepaskan 5 gol mudah kepada Singapura tempoh hari, dua pemain FULLBACK Harimau Malaya, Mahali Jasuli (kanan) dan Asrarudin Putra Omar (kiri) berjanji menebus kesilapan itu dengan menampilkan aksi lebih bertenaga dan meyakinkan malam esok.
“saya tahu silap saya, insyaAllah ia mematangkan saya, dari perlawanan lalu coach pun dah tegur, memang betul saya outperform, tapi orang kata belajar dari kesilapan, kita pun dah tahu kekuatan dan kelemahan mereka, siapa penyerang atau pemain yang kita kena alert, yang berbahaya, tahu cara permainan mereka, so yakinlah untuk berdepan mereka, kita akan berusahalah untuk sekat striker dia, dan dengan sokongan padu penyokong di gelanggang sendiri, kita pasti boleh menang, INSYAALLAH tanpa bolos..”. – Mahali Jasuli.
Mahali, yang ‘dipinjamkan’ dari skuad Olimpik bimbingan Ong Kim Swee selepas muncul antara tonggak yang membantu skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, turut berpendapat selain penyerang veteran Singapura, Aleksandar Duric, seorang lagi pemain yang harus diberikan kawalan ketat adalah pemain sayap lincah mereka, Qiu Li yang turut menjaringkan salah satu gol pada perlawanan tersebut.
Asrarudin pula, dilihat cukup bermotivasi, meskipun prestasinya dikritik hebat peminat tempatan, apatah lagi menjadi antara punca skuad negara bolos gol keempat dan kelima pada perlawanan pertama Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia itu, dan melaungkan azam akan berganding cemerlang bersama Mahali serta dua pemain pertahanan tengah bagi menutup setiap inci kepincangan barisan pertahanan yang cukup terserlah sejak beberapa perlawanan lalu, hingga bolos 19 gol dalam 5 perlawanan.
“memang betul saya juga buat silap, tapi pada saya tak usah fikir yang dah lepas, yang tu kita jadikan pengajaran, jangan buat lagi, tengok ke depan. kita kena menang 2-0, kena cover balik, tebus balik kesilapan dengan perbaiki prestasi dan tutup setiap ruang. Dari situ kita akn beroleh keyakinan, kalau kita tengok boleh nampak memang taktikal Singapura banyak main guna flank, so defend kiri kanan kena fokus, elakkan mereka buat hantaran..”. – Asrarudin Putra Omar.
Selain Mahali dan Asrarudin, dua lagi pemain pertahanan dijangka diturunkan Datuk K.Rajagobal, berpandu kepada sessi latihan terakhir sebentar tadi, adalah pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak yang dijangka mengambil semula tempatnya mengantikan Muslim Ahmad, serta Fadhli Shas. King Raja juga dilihat sempat menguji kombinasi Aidil - Rizal Fahmi, dan Aidil - Muslim sebagai alternatif lain.
5 comments:
D.K.Raja akan bg peluang skali lg pd mrk? Jika betul mrk mesti buktikan bhw mrk layak diberi pluang. DKR bgitu mmpercayai anak didiknya yg skian lama diasuh. Anak emas..
Tp, adakah DKR sudi mmberi pluang kpd pmain (x kira defend atau ssiapa sja) yg lain? Bukankah ramai yg dipanggil utk latihan? Xkan xde sorangpun yg betul2 blh cabar kedudukan anak emas DKR?
Kalau xde yg blh cabar, apa tujuan panggil ramai sgt player? Cukuplah yg mana ada. Atau ia sekadar nk cukupkan kouta senarai pemain, kouta tmpt duduk bas, atau kapal terbang...
Atau sbg bekup anak emas yg cedera? Atau mrk hanya dijadikan "anak perak" je..
Apa2pun, kawe macam terasa Malaysia blh menang je mlm esok. Tiba2 rasa yakin. Singapur bkn hebat sangat. Tgkkan gol yg dijaringkan bkannya hebat sgt pun. Cuma defend kita cuai je. Utk mlm esk kawe pasti tiada lg kecuain. Atau kecuaian diminimakan..
Go More Malaysia, Go More..
*Agak2nya berapa ramai player Malaysia yg baca blog SS ni? Kalau mrk baca mrk akan tau brapa ramai pnyokong yg kcewa, brapa ramai pnyokong yg sntiasa mnyokong, brapa ramai yg msh sayangkan mrk..
*Iklan jap.. Tahniah kpd pasukan Presiden Kelantan mnjuarai Piala mlm tdi. Thniah jg utk MP Muar..
yg berlalu biarkan ia d jd kan iktibar..peluang HM tetap ada n pasti esok sesuatu yg positif akan berlaku..baik n buruk game esok hanya YG ESA yg tentukan..kita sebagai hamba berdoalah supaya kejayaan menjadi milik kita.!Amin
buktikan kepada kami dlu bahawa anda defender harimau malaya..jika tidak saya tetap tidak akan pcaya kata2 anda lg..gud luck harimau malaya :)
bagaimana pula bahgian tengah? sape yg akn ganti tempat safiq rahim?bahgian tengah penting utk megerakkan serangan.kalau nk meng tengah kena conquere,.
“saya tahu silap saya, insyaAllah ia mematangkan saya, dari perlawanan lalu coach pun dah tegur, memang betul saya outperform, tapi orang kata belajar dari kesilapan"
Belajar dr kesilapan pah ceroh.. tp wat silap bendo hok samo.. kalu blaja x panda2 tukar org lain la pulok..
Post a Comment