Thursday, July 14, 2011

KOAM Bengang, Bidas Noraseela Khalid Sekadar Pandai Cari Alasan

Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) tampak sudah tidak mampu lagi bersabar dengan kerenah atlet ‘kesayangan’ mereka, Noraseela Khalid yang disifatkan tidak tahu berterima kasih dan berterusan memburukkan kesatuan itu yang banyak membantunya untuk menyertai pertandingan di luar negara.

Menerusi kenyataan dipetik daripada kenyataan akhbar yang dikeluarkan KOAM, Noraseela sekadar mencari alasan menutup kegagalannya, dengan menjadikan KOAM sebagai mangsa keadaan dan mereka tidak akan teragak-agak mengambil tindakan ke atas atlet lompat berpagar itu jika terus memburukkan KOAM.

Antara lain, KOAM turut menyebut : 

1)                 Malaysia telah MEMBELANJAKAN LEBIH DARIPADA SEJUTA RINGGIT sehingga sekarang ke atas atlet Noraseela Mohd Khalid - merangkumi kos untuk mendapatkan khidmat jurulatih terbaik untuk memberi latihan kepada beliau di Jerman dan juga Afrika Selatan, malah beliau GAGAL melayakkan diri ke Sukan Komenwel XIX di New Delhi, India dan juga ke Sukan Asia ke 19 di Guangzhou, China.  Akhirnya KOAM terpaksa MENGGUNAKAN SALURAN LAIN untuk mendaftarkan beliau menyertai kedua-dua kejohanan tersebut. Noraseela seharusnya berterima kasih kepada Presiden KOAM yang telah berusaha keras memastikan beliau didaftarkan dan menyertai kejohanan-kejohanan tersebut.

2)                 Mengenai masalah ketiadaan jurulatih - Noraseela PERNAH MENJALANI latihan di bawah jurulatih dari Bulgaria di sini, tetapi beliau TIDAK BERDAYA mengikuti latihan memandangkan beliau TERLALU UZUR.  Baru-baru ini pihak KOAM juga telah MENAWARKAN KHIDMAT seorang lagi jurulatih luar negara yang ada kepakaran dalam acara lompat pagar tetapi Noraseela MENOLAK tawaran tersebut dan memilih untuk MENJALANI LATIHAN SENDIRI. 

3)                 Pihak KOAM juga merasa dukacita kerana Noraseela TIDAK MEMAKLUMKAN kami tentang pergerakan beliau ke tempat-tempat latihan atau pertandingan di luar negara dan juga catatan masa dalam sebarang pertandingan yang beliau sertai.  Perkara ini bukan sesuatu yang baru kepada KOAM, malah ianya telah berlanjutan sejak beberapa tahun kebelakangan. 

4)                 Segala cadangan latihan diatur untuknya sebelum ini di Jerman dan Afrika Selatan, dirangka sepenuhnya oleh MAJLIS SUKAN NEGARA dan kami sedar bahawa beliau TELAH DIBERI KEMUDAHAN TERBAIK sewaktu berada di Jerman dan Afrika Selatan. Kami ingin menegaskan disini, Noraseela telah MENERIMA LAYANAN ISTIMEWA berbanding atlet-atlet lain di Malaysia dalam soal jurulatih, elaun, pertandingan dan latihan yang mana telah menelan perbelanjaan melebihi satu juta ringgit.  

5)                 Dalam keadaan ini, KOAM berpendapat Noraseela seharusnya menumpukan perhatian untuk berlatih bersungguh-sungguh dan menyiapkan diri untuk Sukan SEA akan datang, bukannya MENCARI SEBARANG ALASAN MENUTUP KEGAGALAN.  Beliau harus bersiap sedia dan mengambil bahagian di Kejohanan Olahraga Terbuka Kebangsaan di Kangar, Perlis pada 23 & 24 Julai 2011.  

6)                 Noraseela ibarat HARIMAU TERLUKA dan cuma menyerang Kesatuan dan sikap seumpama ini biasanya dilakukan oleh 2 orang atlet wanita termasuk Noraseela Khalid.  Kami mengingatkan sikap ini TIDAK HARUS DITONJOLKAN oleh seorang Pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia yang mana sudah pasti telah dilatih sebagai seorang berdisiplin malah ia juga memberikan imej buruk bukan sahaja kepada negara tetapi kepada Angkatan Tentera Malaysia.

14 comments:

Dunia Baru said...

malaysia tak perlukan atlet seperti ini.....kira tk tau bersyukur la nih..

Anonymous said...

For all you know is from their side and not from the athlete. Before accusing anything do an investigation and dont pretend like the association been doing all the nesassary development and support to the athletes. Infact, what have been MAAU doing to help her with her coach absent and cant they just blame themself for not doing their job for the sake of the athletes and ofcause for Athletics generally. Look at athletics overall, its been worst and yet the athletes has to take the blame, they are the one that should take the blame and let the new blood runs the association.

MAAU is one hell of a corrupted association, where it's run by corrupted and irresponsible peoples.

Hidup Sukan MAS said...

Hello En Dunia Baru! Sebelum kata orang tak bersyukur sila guna akal dan fikiran yang dianugerahkan Allah. Jangan terus ambil apa yang dibaca atau dikata orang tanpa usul periksa dulu. Hampeh la orang macam ko ni!!!

Dunia Baru said...

Hidup Sukan MAS : kalau ko nk komen, ko leh komen apa....so apa yg pelik sgt nye....??? ko sapa? kn ni demokrasi? pandangan aku, kalau atlet tu tk tau bersyukur, buat apa nk simpan lagi what? paham elok2 ye....

ko pun bukan apa pun kan? kalau ko nk bela pun, aku bukan rugi apa pun..tu pandangan ko...

aku pun tk le hentam ko nk bela sapa2...sbb hak ko tu...

"sila baca artikel ni balik"
so aku komen dlm ni berdasarkan artikel ni...apa hal aku nk g siasat n interview atlet lak utk tau sebelah pihak satu lg...

"buat la artikel yg bela dia..nnti aku cakap...oooo begitu citer dia...tak patut la artikel ni kuar mcm ni..."

ada paham?

p/s: kalau stakat nk bela, tanpa ulasan & bukti..hmmm....mcm tin kosong sahaja

Rob Bunny said...

Sgt menarik utk dibaca.. tapi byk benda yg disini agak kurang tepat.. Msn bukan membelanjakan berjuta pada dia seorg saja.. tapi utk semua atlet di Malaysia ni untuk memastikan pencapaian atlet Malaysia seiring dgn atlet yg berada diluar sana.. Bagi saya, tiada istilah pilih kasih dalam sukan ini.. lebih2 lg dalam sukan olahraga.. konsepnya sgt mudah " Siapa Kuat, Dia akan Wakil Malaysia"..!!! tetapi ada jugak pihak yg tidak berpuas hati dgn pencapaian atlet ini?? sedangkan mereka telah memberikan yg terbaik demi menaikkan nama negara..Harus kita sedar yg mereka ini adalah wakil pada kita semua..Sokongan dan kritikan yg dilemparkan akan memberi mereka kekuatan utk terus berlari demi negara.. Kalau difikirkan kembali, masih adakah atlet di Malaysia berumur dalam lingkungan 30an yg sanggup berlari demi negara.. Selami hati beliau, rasai bebanan yg beliau pikul.. mungkin anda jugak akan menjadi salah seorg dari peminat sukan negara..!!! wasalam..

Anonymous said...

aku hanya fikirkan bolasepak jer.. Tak amik port sgt pasal kes norsela ni.. Xpenting pun buat aku ngeh3x! Lantak ko la nk naik langit pastu terjun ke bumi balik.. ni.. Xpenting pun buat aku ngeh3x! Lantak ko la nk naik langit pastu terjun ke bumi balik..

Anonymous said...

dunia baru: saya sokong anda.. Pendapat masing2.. Xperlu nk hentam tukang komen kat sini.. Ni bkn ruangan debat.. Kalau nk post,post komen berdasarkan tajuk artikel bkn menghentam user lain.. TqXperlu nk hentam tukang komen kat sini.. Ni bkn ruangan debat.. Kalau nk post,post komen berdasarkan tajuk artikel bkn menghentam user lain.. Tq

Anonymous said...

aisshh.. Kenapa teks jadi 2x ulang? Ekekeke

Anonymous said...

Dunia sukan hanya akan maju dengan kerjasama atlet, jurulatih, pengurus, pentadbir, media, penaja, kerajaan dan sokongan peminat sukan. Atlet telah berkorban masa dan nyawa untuk berlatih dan bertanding selama berpuluh-puluh tahun. Mereka akan dijunjung tinggi selepas menang pingat tetapi akan dipijak-pijak jika belum mencapai kejayaan. Cuba letak diri anda situasi mereka dan rasa apa yang mereka rasa. Setiap orang mempunyai cerita yang berbeza. Jika anda ingin melihat sukan kita maju, sama-sama kita membantu mereka dalam kesusahan bukan mengutuk mereka yang sedang mengalami kesukaran.

Dunia Baru said...

anon 4.43 : yap..kita tak kutuk dia utk jatuhkan dia...kalau stakat tekanan mcm tu tk leh nk bangun...hmm...susah la nk jd atlet pro kn? tekanan dr pihak2 pengurusan lg teruk aku rasa...so bangkit,...tunjuk kn kemampuan anda...tak mampu bangkit? sila pk utk bsara spt atlet2 lain dh buat...mcm tu la maksud dia...so gunakan tekanan tu sbg pemangkin utk bina kejayaan demo kejayaan...

anon 4.30 : tu la...kita cakap betul, tk semua org boleh terima...kita bincang psl topik artikel, tp tu la....hmm...harap kalau ada pendapat, boleh sahaja kasi kt sini...saya pun tk halang nye...

Anonymous said...

Dunia baru : tekanan yang baik memang boleh menjadi pemangkin yang baik. Tetapi adalah lebih baik kita menyokong atlet dengan cara yang lebih positif. Tekanan yang melampau akan memberi kesan yang kurang baik kepada sesiapa pun. Terima kasih

Anonymous said...

Shahidan patut letak jawatan KOAM. Sejak dia pegang KOAM prestasi menjadi lebih buruk. Semasa Datuk Khalid Yunus jadi presiden, Msia mampu mengutip lebih 10 emas sukan sea, selepas tu Datuk Syed ambil alih, prestasi menurun, bayangkan sukan sea 2001 di KL, masia mendapat kurang dari 10 emas. Datuk Khalid mengambil alih semula, prestasi olahraga meninggakt dgn kelahiran seela, moh siew wau, ng siew mei, malik tobias, roslinda samsu dsb. Bila Shahidan ambil alih ramai yg meninggalkan olahraga walaupun masih mampu bersaing, hanya seela dan roslinda yang mampu bertahan. Tgk apa jadi pada sukan renang sjeka shahidan memegang jawatan presiden, cuma 5 emas mampu dimenangi sedangkan dulu paling kurang 8 emas. Shahidan tak perlu tamak sgt menguasai persatuan sukan, rasanya kalau FAM tak dipegang Sultan Ahmad Shah, mau jugak dia jadi presiden FAM. Letak jawatanlah Shahidan!

Anonymous said...

Nama Saya Tunku Afiq Tunku Ahmad, dalam Hal ni mungkin en.aiman lebih tahu apa telah terjadi dgn persatuan olahraga, nikah sahaja loam malah SEMUA persatuan mengalami masalah dgn MSN. Btul tk aiman? Sheela ke sapa ke it sini sayakan salah MSN.MSN patut tahu atlet mana sewajarnya pergi Olympic. Saya ketika Itu berada di london juga menyaksikan sukan2 d setiap arena. Malang sekali atlet yg patut dpt pingat menghampakan kecuali Datuk Lee Cheong Wei dan Pandalela Rinong. Ni dua atlet yg btul fight till the end yg lain hampeh. Aiman, apa jadi dgn nadi arena? Pergi london makan angin ke? Bukan ke nadi arena ni Ada hubung kait pakai duit KBS sikit? Atlet langsung tak buat coverage. Jadi mcm ni la. SAYA rasa Datuk Zolkeples Embong tu Letak Jwatan pergi kahwin LAGI bagus. Tolong BAGI laluan PADA en.Shapawi dan Dr.Ramlan takeover.
P.s. Aiman, Shabery chek ni bile nak berhenti jadi menteri sukan? BAGI org baru jade menteri KBS. KJ bakal penganti.
Kalau nak kepastian SMS or call SAYA DI talian +441202295651 assalam

Anonymous said...

Nama Saya Tunku Afiq Tunku Ahmad, dalam Hal ni mungkin en.aiman lebih tahu apa telah terjadi dgn persatuan olahraga, bukan sahaja koam malah SEMUA persatuan mengalami masalah dgn MSN. Btul tk aiman? Sheela ke sapa ke it sini saya salahkan MSN.MSN patut tahu atlet mana sewajarnya pergi Olympic. Saya ketika Itu berada di london juga menyaksikan sukan2 d setiap arena. Malang sekali atlet yg patut dpt pingat menghampakan kecuali Datuk Lee Cheong Wei dan Pandalela Rinong. Ni dua atlet yg btul fight till the end yg lain hampeh. Aiman, apa jadi dgn nadi arena? Pergi london makan angin ke? Bukan ke nadi arena ni Ada hubung kait pakai duit KBS sikit? Atlet langsung tak buat coverage. Jadi mcm ni la. SAYA rasa Datuk Zolkeples Embong tu Letak Jwatan pergi kahwin LAGI bagus. Tolong BAGI laluan PADA en.Shapawi dan Dr.Ramlan takeover.
P.s. Aiman, Shabery chek ni bile nak berhenti jadi menteri sukan? BAGI org baru jade menteri KBS. KJ bakal penganti.
Kalau nak kepastian SMS or call SAYA DI talian +441202295651 assalam